Ambang 10 zulhijjah 1432H

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bertemu kembali dengan bulan mulia, bulan haram (peperangan) di sisi Islam iaitu bulan Zulhijjah. Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kerana masih diberikan izin ruang dan peluang. Untuk terus berusaha mencari bekalan yang terbaik. Bekalan taqwa. Hari ini dah 7 Zulhijjah. Bukan baru perasan, cuma baru ada kesempatan untuk menitipkan sesuatu buat tatapan rakan-rakan pengunjung setia IbnRajab Online.

Kalau dibelek-belek, diklik-klik, antara tulisan ana yang lepas berkaitan bulan mulia zulhijjah ini boleh dicapai antaranya:

1. Haji gambaran kepada mati
2. Hari wukuf
3. Hari Arafah
4. Hari Tashriq
5. Sembelihan Korban
6. Rayuan tabung haji
7. Ucapan-ucapan selamat hari raya: 2010, 2009, 2008 dan 2007.

Bolehlah membuka-buka (follow by click) link di atas untuk berkongsi sedikit sebanyak mungkin pengalaman, sedikit ilmu pengetahuan dan sebagainya. Artikel berkaitan juga boleh dimuat-turun sama ada untuk bacaan sendiri atau edaran kepada rakan-rakan yang lain. Antaranya Risalah hukum berkaitan amalan Korban dan Lafaz Takbir Raya. Semoga segala perkongsian ilmu dan pengalaman tersebut memberikan manfaat terutama kepada penulis sendiri yang berusaha mencari bekalan taqwa di dunia sebagai modal di hadapan Allah. Menyahut seruan “Sampaikanlah daripada ku (Nabi Muhammad SAW) walaupun satu ayat”.

Dengan harapan, yang baik dapat dijadikan panduan, dan yang lemah dapat diberikan teguran yang ikhlas lagi membina.

Dua tahun lepas, iaitu pada 2009, mak dan ayah telah mendapat seruan panggilan ilahi untuk mengerjakan ibadah Haji. Pada tahun ini, tiga orang rakan yang pernah berkhidmat bersama mendapat giliran. Mereka ialah al-Fadhil ustaz Adni Md Ghazali yang sama-sama bertugas di SM Teknik Matang, Kuching dari 2001 hingga 2006. Kini beliau masih bertugas di sana dan mendapat panggilan haji bersama isteri tercinta.

Seterusnya adalah pasangan Ustaz Normizan Abang dan Isterinya Ustazah Siti Fatimah Ahmad yang sama-sama berkhidmat di IPG Kampus Rajang, Sarawak dari tahun 2006 hingga awal bulan Februari 2011 yang lepas. Kedua-duanya merupakan rakan sejabatan ana semasa berkhidmat di sana. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, dengan ustaz Normizan sebagai bos yang memimpin kami (ana dan ustazah Siti) dengan baik dan penuh dengan suri teladan yang terpuji.

Semoga ketiga-tiga rakan ini  (ustaz Adni, Ustaz Normizan dan Ustazah Siti) mendapat haji yang mabrur, dikurniakan kesihatan dan keselamatan untuk menunaikan segala rukun dan wajib haji dengan sempurna. Doakan giliran kami pula nanti bakal menyusul. Jika diikutkan giliran, insyaAllah 2014 nanti. Namun, jika perkara-perkara berkaitan mengizinkan, dan seruan Allah sampai, mungkin akan dibuat rayuan dan insyaAllah akan berpeluang ke sana sebelum 2014. Kita merancang, Allah yang menentukan sebenarnya. Namun, niat dan usaha itu perlulah teguh dan bersungguh-sungguh.

Semoga selamat semuanya. Mereka yang berada di tanah suci dan yang menanti di tanah air. Semoga Allah mengampun dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan muslimin dan muslimat, terutama kedua ibubapa sama ada yang masih ada bersama lebih-lebih lagi mereka yang telah terdahulu meninggalkan kita. Amin…

Wassalam… “nak ucap selamat hari raya awal lagi ni.. nanti-nanti lah.. 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: