Selamat hari raya aidiladha

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rasanya tidak terlalu lewat mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat walau di mana anda berada terutama rakan pengunjung blog IbnRajab Online yang dihormati. Kesibukan dua tiga hari sebelum menjelang aidil adha dan berterusan sehingga ke hari semalam, maka baru hari ini berkesempatan updated blog. Sebenarnya, hari ini pun kita masih beraya walaupun ramai antara kita yang telah balik bekerja, anak-anak telah kembali ke sekolah dan sebagainya. Namun, hakikatnya hari raya aidil adha ini adalah hari raya besar orang Islam.

Kerana sambutan hari raya orang Islam bukan bererti perlu seiring dengan cuti. Tanpa cutipun, umat Islam masih boleh merayakan hari mulia mereka. Cuma, jika diberikan cuti, ia adalah bonus kerana banyak perkara boleh dirancang dan dilakukan. Tanpa cuti, umat Islam masih boleh bertasbih dan bertahmid. Di mana-mana sahaja, ucapkanlah takbir raya yang makruf (sedia diketahui) itu.

Takbir hari raya aidil adha tidak sama dengan aidil fitri jika dilihat daripada segi tempoh masa yang disunatkan. Jika dilihat daripada segi lafaz, maka tiadalah bezanya. Pada hari raya aidil adha ini, umat Islam disunatkan bertakbir hari raya selama empat hari mengikut pendapat paling rajih dan lima hari mengikut sesetengah pendapat ulama, iaitu termasuk hari arafah (9 zulhijjah) bermula selepas waktu subuh.

Selamat hari raya sekali lagi, maaf zahir dan batin. Semoga segala ibadah kita pada hari yang mulia ini dan hari-hari yang lalu dan mendatang, akan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Izad
    Nov 11, 2011 @ 06:58:15

    Asallamu alaikum Ustaz…moga Ustaz di beri kesihatan dan ceria slalu….
    soalan sy : seorg teman sy yg bkn beragama Islam, bertanya pada sy, apa bezanya Islam dan Muslim?
    harap Ustaz dpt membantu sy. Terima kasih Ustaz.

    Wasallam
    Izad

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: