Selamat bercuti

Bismilahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh

Selamat bercuti diucapkan kepada rakan-rakan guru dan anak-anak pelajar semepena cuti akhir tahun persekolahan bermula hari ini (kami di besut, cuti awal sehari, semalam mula). Cuti persekolahan rasmi sahaja, dalam mencari ilmu tiadalah istilah cuti. Begitu juga dengan para guru, hanya bercuti kerja rasmi persekolahan sahaja, dalam menabur ilmu tiadalah istilah cuti juga. Banyak masjid-masjid dan surau atau tempat-tempat lain boleh dijadikan sebagai medan mencurahkan ilmu kurniaan Allah itu.

Bagi ana secara peribadi, tiadalah cuti sangat pun. Dalam cuti ini pun kena mengajar KDC (kursus dalam cuti) untuk para bakal guru yang menimba ilmu rasmi perguruan dalam musim cuti. Kerajinan anda dan kesabaran membuatkan kami juga sedia menabur bakti apabila diperlukan. Kiranya dalam masa 20 hari juga ana tidak dapat merancang cuti bersama keluarga. Mula mengajar KDC j-QAF dan PGSR pada 20.11.2011 sehingga 15.12.2011. Lima selepas itu, iaitu pada 20.12.2011 sudah dipanggil untuk mesyuarat perancangan operasi 2012 kali pertama. Itulah kata.. tiada istilah cuti sebenar cuti bagi guru.

Samalah juga yang berkhidmat di sekolah, sama ada sekolah rendah waimma sekolah menengah. Yang sekolah dengan giliran bertugasnya dan yang sekolah menengah dengan “jaga exam” SPMnya. Teringat ana masa di SM Teknik Matang dulu, masa tu jadi warden, maka sehingga tamat paper SPM terakhir lah baru dapat balik kampung. Kerjanya memastikan pelajar asrama bangun untuk duduki SPM, mengetuai bacaan doa untuk mereka setiap awal pagi, pantau mereka makan minum dan sebagainya. Hehe, menu makan “tambahan” pada musim peperiksaan pula ada, buah-buahan import dan ais krim.

Itu sahajalah, selamat bercuti, selamat balik ke kampung menziarahi orang tua semasa mereka masih ada ini. Yang sudah tiada boleh balik ziarah kubur mereka di samping memanjatkan doa keampunan buat mereka yang terdahulu meninggalkan kita. Bgi yang dapat bantuan kewangan RM100 sorang itu sempena bajet 2012, gunakanlah sebaiknya kerana bajet untuk anak seharusnya digunakan untuk anak. Jangan curi-curi tulang pula. Paling baik jika bantuan untuk anak itu dimasukkan dalam simpanan mereka, manakala menyediakan makan pakai dan segala yuran-yuran keperluan itu dah memang tanggungjawab kita selaku orang tua.

Type off dulu. Wassalam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. NieySue
    Nov 20, 2011 @ 21:55:14

    btl tu ustaz…mcm sy wlupun dh cuti sklh tp masih kena bertugas…ada byk lg bnda x selesai…meeting..LDP utk KSSR thn 2 blm wt lg…kerja2 utk 2011 ni byk lg x settle…bntuan utk ank2 yatim dan asnaf blm hbs diagihkn…xtau la smpai bile br selesai semua ni…diri dh rindu dgn klga di kg tp bb tugas kena la simpan dlu rasa rindu tu… 😦

    IR: balik la ustazah.. anak2 sadara ramai dah duk nanti2 hadiah tu.. mugo anak2 sadara ustazah bijak2.. dpt markah tinggi2.. dapat nombor depan2.. mak sdara la susah nyo.. kena beli hadiah.. huhu

    Balas

  2. LELASURAMADU LOVES CATFISH
    Nov 21, 2011 @ 12:41:36

    Para Guru hakekatnya tidak pernah bercuti. Dimana-mana tebar ilmu bermanfaat. Selamat Hari Libur 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: