Salam Hijratul Rasul SAW 1433H

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

IbnRajab Online mengucapkan selamat mengingati peristiwa Hijratul Rasul untuk tahun yang ke 1433H pada hari ini. Semoga peristiwa Hijratul Rasul yang membawa sinar baru kepada dunia dakwah Islam akan menyuluh sinar kepada jalan-jalan dakwah yang bakal kita selaku umat Nabi tempuhi. Ingatlah, tidak ada nilainya kita meraikan tarikh hijratul rasul ini sekiranya hati kita tidak pernah terfikir untuk meneruskan usaha untuk mempastikan kelangsungan dakwah Islamiyah.

Hijratul Rasul membawa sinar kepada umat Islam juga. Daripada menerima nasib malang, sentiasa ditindas oleh mereka yang mempunyai kuasa, dengan hijrah mereka mampu membina kekuatan sehingga berjaya menawan orang-orang yang dahulunya menyiksa, menindas serta melakukan kezaliman terhadap mereka umat Islam.

Hijratul Rasul membawa sinar kepada kedaulatan agama Islam di atas muka bumi ini. Apabila jika sebelum hijrah, Islam tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh, namun setelah hijrah Islam didaulatkan dan diletakkan selaku “cara hidup” yang sempurna bagi menabur rahmat, keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh umat manusia. Istilah “Rahmatan lil alamin” iaitu ketenangan, keselamatan dan keseimbangan dunia dapat dinikmati bukan sahaja oleh makluk manusia (beriman atau tidak) malah seluruh makhluk-makhluk Allah yang lain.

Bagi mereka yang hanya mementingkan diri sendiri, dengan hanya ingat untuk memperharui azam duniawi, merangka-rangka kejayaan hanya dalam bentuk material tanpa mengaitkan dengan keberuntungan hidup di dunia dan akhirat dengan memperjuangkan gaya hidup yang Islami, maka sesungguhnya mereka adalah rugi. Ingatlah pesan Allah dalam surah al-Asr, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dengan Allah, beramal soleh pula, kemudian mereka mampu memberi peringatan sesama mereka dengan kebenaran (al-HAQ) dan juga berpesan-pesan dengan kesabaran.

Sesungguhnya Allah bersama dengan kebenaran dan bersama mereka yang sabar.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: