Muhasabah 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

“Selamat tinggal tahun 2011 dan selamat memasuki tahun 2012”. Ungkapan yang selalu meniti di bibir banyak pihak sama ada juruhebah, selebrtiti dan juga orang perseorangan biasa bagi menyatakan perasaan dan kegirangan menyambut tahun baru. Satu lagi persoalan “biasa” yang menjadi bualan adalah berkenaan dengan azam tahun baru dan penilaian tentang pencapaian-pencapaian tahun dan tahun-tahun sudah.

Di samping itu, ada juga kedengaran di pihak-pihak ahli fikir, mereka yang menyatakan bermulanya syaitan menusuk masuk ke jiwa seseorang lelaki adalah apabila mereka sering memperkatakan tentang kejayaan-kejayaan, pengalaman-pengalaman baik, pencapaian-pencapaian diri mereka sendiri. Katanya, ia lebih kepada mengangkat diri sendiri, takabbur, riak dan sebagainya. Pihak-pihak ini mengeluarkan kenyataan hasil buah fikiran sendiri secara umum tanpa mengkhususkan kepada individu atau golongan-golongan tertentu. Menyebabkan, ada pihak yang merasakan pendapat dan pandangan sebegini perlu dimurnikan.

Dalam perkataan lain, ramai dalam kalangan orang-orang berkelulusan agama ini, suka sangat mengaitkan pemikiran dengan perkara-perkara negatif. Sekiranya disebut-sebutkan pencapaian maka terus akan dihukum riak, meninggi diri dan sebagainya sifat-sifat negatif hati. Tanpa terlebih dahulu memikirkan saranan Rasulullah SAW supaya kita bercakap berdasarkan keupayaan pendengar. Tanpa juga terlebih dahulu merujuk kepada ayat Allah dalam surah al-Dhuha:11 yang bermaksud “Dan terhadap nikmat Tuhanmu itu, Maka hendaklah kamu menyatakannya”.

Akhirnya orang agama sering dilihat oleh orang awam, terlalu rigid tidak bertempat. Sehingga ingin menyebut pencapaian untuk dijadikan rujukan dan teladan oleh orang-orang lain yang berkaitan dengan diri mereka seperti anak-anak sendiri, ahli keluarga kaum kerabat, anggota masyarakat setempat atau luar tempat pun dianggap meriakkan diri. Seoalah-olah ada orang yang mampu membaca gelombang hati manusia. Mereka tidak lagi menyerahkan penilaian batin manusia kepada Allah sebaliknya mereka terus terusan menghukum manusia. Kenyataan itu riak, kenyataan itu takabur dan sebagainya.

Tidak ada ruang sedikit pun kah, dalam manusia beragama untuk mereka menyatakan pencapaian-pencapaian, kejayaan-kejayaan untuk muhasabah, motivasi, galakan dan panduan insan lain?

Manusia itu tetap manusia, dan mereka bukannya jin ataupun malaikat. Kadang-kadang jiwa manusia memerlukan nasihat, kata panduan dan idola. Sesungguh tidak ada yang menafikan Rasulullah SAW adalah idola agung, cuma tidak semudah itu semua manusia di dunia ini mampu sampai tahap kefahaman mereka sehingga menjiwa sebenar-benar jiwa Rasulullah tanpa dipandu, dipimpim dan tanpa teladan dalam kalangan sesama mereka sama ada, ibu bapa, sahabat handai mahupun rakan-rakan.

Kesimpulan yang ingin penulis sampaikan adalah, tidak perlulah mengumumkan kenyataan (mengeluarkan kenyataan umum) bahawa semua lelaki jika bercerita tentang pencapaian, kejayaan maka mereka itu adalah ejen syaitan, mereka itu takabur dan sebagainya. Tetapi, PERLU muhasabah diri sendiri bahawa sekiranya aku (sila guanakan dalam bentuk saya, aku atau kita bagi menggambarkan kenyataan itu khusus, bukannya lelaki kerana ia adalah umum) begitu begini dan itu ini maka akan begitu begitu dan itu ini.

Wallahu aklam.

P/S: Teruskan membaca catatan berikut:
Tahun baru 2011
Tahun baru 2010
Tahun baru 2009
Miladi atau masihi?
Umur semakin meningkat

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. azizah abas
    Dis 31, 2011 @ 21:32:19

    Muhasabah diri adalah amalan yg sgt di tuntut agama.

    IR: syukran..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: