Selawat dan salam buat Baginda Al-Rasul

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Selawatlah banyak-banyak ke atas Nabi junjungan SAW yang membawa sinar dan rahmat ke sekalian alam. Sedangkan Allah dan para MalaikatNya sentiasa berselawat ke atas Baginda SAW. Bukan terhad kepada hari ini sahaja, bahkan hari ini kita menyemarakan ingatan dan selawat. Menghayati perjuangan Rasulullah SAW menyampaikan risalah Islam ke seluruh alam. Tanpa usaha, dedikasi, komitmen dan kreativiti Baginda, dan dengan izin Allah maka Islam telah disebarkan dan dapat dinikmati indahnya nikmat Iman di serata pelosok dunia.

Rasulullah berpesan, yang mafhumnya sesiapa yang mengucapkan selawat ke atas Baginda, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan 10 selawat. Selawat bermaksud doa keselamatan. Apabila seseorang manusia itu mendapat doa keselamatan daripada Penciptanya sendiri, maka apakah maksudnya itu? Ia tidak lain, maksudnya manusia itu semestinya akan terselamat dan bahagia hidupnya di dunia berterusan hingga ke akhirat. Kehidupannya akan mendapat petunjuk dan hidayah.

Marilah sama-sama meningkatkan bilangan selawat ke atas junjungan Baginda Rasulullah SAW agar bilangan selawat Allah ke atas kita turut bertambah. Kehidupan kita tersuluh cahaya, segala permasalahan diiringi dengan jalan penyelesaian dan sebagainya. Samentelah, Rasulullah SAW telah menjanjikan syafaatnya ke atas mereka yang memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda di hari tiada padanya pemberi syafaat melainkan Allah SWT dan mereka yang diizinkan Allah (Nabi Muhammad SAW dan al-Quran).

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan perkongsian rasa dan pancaran minda bersama para pembaca yang budiman. Untuk bicara-bicara lain, anda boleh merujuk tulisan ana sebelum ini, semoga ada manfaatnya:

Sekian, wassalam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. hamba Allah yang ketakutan
    Mac 01, 2012 @ 05:05:00

    Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya satu soalan ni. Saya perna mengatakkan bahawa yang saya ni murtad, padahal saya tak maksudkkannya langsung, saya sangat takut. Saya tak tahu nak buat apa. Kerana saya tahu perkara ini sangat serius, saya benar-benar tak maksudkannya. Perkataan itu bermain-main dalam fikiran saya. Saya taknak murtad betul. Saya cintakkan Islam. saya jahta dulu, tapi sekarang, bila betul-betul nak berubah, perkara macam ni berlaku. Di saat saya, tinggalkan larangan Allah, dan tunaikan segala perintah Allah, perasaan was-was datang, dan perkataan murtad tersebut mengantui saya. Kadang-kadang apabila saya ingin katakkan saya orang islam, alhamdullilah saya islam. Entah kenapa, ada satu suara dalam hati cakap saya bukan Islam.Apabila saya sudah solat,saya ingin mengucapkan Alahmdulillah,selamat dah solat ku. Perasaan was-was tetiba datang.Ada suara mengatakkan bahawa solat saya tidak sah,dan sehingga kan sya pernah mengatakkan,biarlah tak sah,saya bukan islam lagi dah .Ya Allah ustaz,semua ni beralaku secara tetiba,saya tidak tahu mengapa.Selepas tu, saya bangun,buat solat taubat semua,mengucap balik semua. Saya sngat takut. Saya masih islam kan? Saya tak murtad kan? Saya takut sekiranya saya murtad betul, saya akan masuk neraka. Saya taknak.

    IR: subhanallah.. Rasulullah pernah berpesan, katakanlah “La ilaha illallah, kemudian istiqamahlah” maksudnya, sentiasa memperbaharui iman dengan shahadah, kemudian sentiasa amalkan syariat Islam.. tiba waktu solat, solatlah.. puasa, puasalah.. tersalah, taubatlah.. basahi lidah dgn astaghfirullahal azim.. amalkan 3 qul niat utk jauhi hasutan/was2 syaitan.. be positif to Allah, Dia Maha Mengetahui.. Allah aklam

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: