Selamat bercuti persekolahan

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Lama juga tidak menulis di sini. Entah, mungkin ketandusan idea, kesuntukan masa, kesibukan dunia dan seribu lagi alasan kalau hendak dinyatakan. Rasanya tidak sesuai, kalau di mana-mana sahaja para pembaca dihidangan dengan luahan saja. Di fesbuk dah banyak sekali luahan-luahana orang. Di blog kalau boleh jangan ditambah lagi.

Hari ini Jumaat. Tadi imam dengan bersemangatnya berkhutbah (ekceli membaca sebenarnya) tentang tajuk keibubapaan. Katanya tanggungjawab ibubapa mendidik dan membesarkan anak-anak dengan sepenuh perhatian. Bak kata orang tua-tua, bagai menatang minyak yang penuh. Bukan macam mem’binatang’ ya, tapi menatang.

Pesan khatib, mendidik anak seumpama menanam saham untuk keselesaan kita dalam kubur, bahkan di dunia sudah dapat kita merasai nikmat bahagia sebelum benar-benar merasainya di akhirat yang bermula dengan alam kubur. Sebab itulah, menjadi kerisauan para anbia sekiranya mereka tidak atau lewat dikurniakan generasi. Khatib seterusnya membacakan rintihan Nabi Allah Yaakub dan munajat Baginda kepada Allah.

Begitu juga, khatib terus menerus berpesan dengan kisah-kisah yang dipetik daripada al-Quran. Kisah bagaimana Luqman Al-Hakim mendidik anaknya. Pesanan dan wasiat-wasiat yang berusia ribuan tahun itu dibacakan kepada para hadirin. Dengan harapan, akan bertambahlah ilmu, dan akan berlakulah perubahan kepada anak-anak mukimnya.

Secara kebetulan dengan tajuk khutbah hari ini, tuan Bilal telah meminta anak saudaranya atas dasar latihan dan memberi sedikit pengalaman kepada si anak saudara, macamana berada di hadapan khalayak. Budak itu melaungkan azan dengan suara yang sangat merdu. Setiap butir perkataan azannya diucap penuh tajwid, sopan dan cukup harakatnya. Kelihatan para jemaah seolah ada yang terpukau.

Secara tiba-tiba, hati ini juga tersentuh dengan akhlak, kemampuan, kesolehan budak ini. Betapa rasa bersyukur itu hadir juga dalam hati bahawa ramai sebenarnya anak kampungku ini yang terkehadapan dalam soal agama. Budak itu sekarang ini difahamkan sedang menuntut di sebuah sekolah MRSM tahfiz. Baru dalam tingkatan 2, tapi telah menghafaz 20 juzuk al-Quran. Subhanallah, suatu pencapaian yang diri ini gagal mencapainya hingga sekarang.

Tahniah kepada dua ibubapa yang terus boleh dijadikan contoh yang sesuai bagi khutbah hari ini. Mungkin dengan secara tidak sengaja ianya berlaku. Sudah tentu dibawah perancangan Allah untuk menyedarkan hati-hati yang masih suci dari sifat hasad dan dengki. Nauzubillah..

Diri ini merenung seketika. Minda ini menerawang selang seli dengan tutur kata khatib menyampaikan isi khutbahnya. Minda ini menyelongkar asal usul budak si Bilal Jumaat hari ini. Hati bertambah tersentuh apabila mengenangkan bahawa atuk budak ini dahulunya adalah seorang guru al-Quran. MasyaAllah, yang hidupnya dicurahkan dengan bakti kepada anak-anak orang lain dengan didikan al-Quran.

Hati ini teringatkan sebuah hadis Rasulullah SAW “terbaik dalam kalangan kamu adalah mereka yang mengajar dan belajar al-Quran”.

Minda ini terus menyusuri anak-anak tuan guru al-Quran itu tadi. Wah, anak-anaknya adalah orang hebat-hebat di kampung. Seorang daripada mereka adalah imam yang masih lagi berkhidmat di masjid ini. Sorang imam yang mudah dan sangat mesra dengan ramai orang. Senang diminta tolong dan suka berbudi. Anak-anak imam ini juga berjaya dalam bidang masing-masing. Ada yang jadi ustaz, ustazah dan menantunya pun ramai ustaz yang terhormat.

Budak ini juga adalah anak saudara imam itu tadilah juga.

Teringat kepada pesan guru suatu ketika “Yang penting dalam mendidik anak adalah kita. Kalau kita soleh, insyaAllah anak-anak cucu turut soleh. Doa kita akan dimakbulkan Allah. Yang penting adalah kita”. Guru menyambung setelah ditanyakan tentang berapa ramai anak-anak orang alim terjebak perkara mungkar. Katanya “InsyaAllah, kalau kita berusaha untuk menjadi soleh, musleh akhirnya Allah catatkan kita sebagai hambaNya yang soleh, anak-anak kita tidak akan buat dosa besar. Perkara-perkara salah itu mungkin dilakukan kerana mereka masih mentah. Anak-anak pasti akan ditarbiyah oleh Allah berkat kesolehan kita, insyaAllah”.

Seterusnya jiwa ini teringat betapa suatu masa yang telah berlalu beribu-ribu tahun dahulu. Kini masih boleh dibaca ceritanya melalui al-Quran (surah al-Kahfi). Betapa Allah menjaga harta peninggalan seorang yang soleh. Iaitu apabila lalunya Nabi Khaidir bersama Nabi Musa A.S. Mereka berdua ternampak sebuah bangunan lama yang hampir tumbang. Lalu Nabi Allah Khaidir mengajak Nabi Allah Musa membetulkan binaan berkenaan sehingga menjadi tegak semula. Rupa-rupanya di bawah salah satu tiang bangunan tersebut terdapat harta yang ditinggalkan oleh seorang bapa yang soleh kepada anak-anaknya. Kebetulan pada masa itu, anak-anak yatim berkenaan masih mentah dan dipelihara oleh bapa saudaranya yang tamak. Sekiranya tiang itu tumbang, ditakuti harta-harta berkenaan dirampas dan disalahgunakan olehnya. Maka Allah memerintahkan kedua Nabinya itu membetulkannya. Semata-mata ingin menjaga peninggalan seorang hambaNya yang Soleh.

Kalaulah harta fizikal itupun Allah jaga setelah kematian seorang yang soleh, masakan Allah tidak melahirkan baginya generasinya yang juga soleh yang boleh mendoakannya.

Dan kita, kalau pun kita tidak pernah tahu tentang kesolehan datuk nenek kita yang telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. Namun, melalui coretan yang sedikit ini, ana ingin sampaikan bahawa tidak sia-sia kalau kita berusaha untuk menjadi seorang hamba Allah yang Soleh. Tidak sia-sia kita taat kepada segala perintah Allah (suruhan mahupun larangan). Tidak sia-sia kita meneruskan kerja dakwah yang ditinggalkan Rasulullah SAW. Kerana ini semua akan dibalas oleh Allah. Di akhirat sudah tentunya dan di dunia juga dengan Allah mengurniakan kita anak-anak dan cucu yang soleh, taat dan melibatkan diri dalam usaha-usaha dakwah.

That’s all. Itu sahaja. Maaf menggangu sehingga anda membaca sehingga ke patah perkataan ini. Wassalam.

Oh lupa, selamat bercuti.. lari jauh dari tajuk rupa-rupanya heheh!

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. Fauzi
    Mac 09, 2012 @ 15:53:04

    ambo jugak la xleh cuti, hari2 kerja. malam je dapat cuti xixixi…

    IR: ok apa

    Balas

  2. mohd zamri
    Mac 09, 2012 @ 20:59:46

    bulih amik wat rujukan kerja kursus ni……

    IR: blh.. jgn lupa mention kat bibliografi terr

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: