Kerja sebagai ibadah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kerja sebagai ibadah. Adakah kita menghayati kata-kata itu? Apakah yang dimaksudkan dengan kerja dan pekerjaan sebenarnya? Menurut Kamus Dewan, kerja adalah bersinonim dengan khidmat, tugas, tanggungjawab, kewajipan, usaha, urusan dan kegiatan. Kerja dalam konteks bahasa Arab dikatakan “Amal” yang bermaksud perbuatan yang dibuat dengan qasd (niat). Qasd juga bermaksud perbuatan dengan keteguhan hati ingin melakukannya.


Ibadah pula adalah istilah Islam bermaksud melakukan kerana ingin menzahirkan nilai Ta’abbud iaitu pengabdian diri kepada Allah. Pengabdian itu diambil daripada perkataan Arab juga iaitu “ABD” yang bermaksud “Hamba”. Hamba kepada Allah tidak sama dengan hamba kepada sesama makhluk. Hamba kepada makhluk atau kepada sesama manusia menzahirkan rasa hina dan kehilangan nilai, sebaliknya hamba kepada Allah menzahirkan ketinggian nilai insani. Manusia menjadi lebih nilai kemanusiaannya jika dia adalah hamba Allah sebaliknya nilai kemanusiaannya kurang kalau ia hamba kepada manusia lain.

Kerja sebagai ibadah adalah melakukan perbuatan dengan sungguh-sungguh, dengan keazaman dan keteguhan hati semata-mata ingin menzahirkan rasa kehambaan kepada Allah. Ganjaran daripada kerja bukan semata-mata nampak pada zahir berbentuk gaji dan elaun tetapi ada nilai tambah iaitu keredhaan dan keberkatan anugerah daripada Allah untuk keselamatan, kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat yang lebih kekal abadi.

Benarlah sabda junjungan Nabi Muhammad SAW “sesungguhnya setiap amalan (kerja) itu hendaklah dengan niat, sekiranya baik niatnya (kerana Allah) maka balasan (rahmat, kesejahteraan dan keberkatan) adalah sepertimana yang Allah redha. Sebaliknya jika buruk niatnya (kerana dunia semata-mata, kerana manusia sama ada lelaki mahupun wanita) maka ia tidak akan dapat selain perkara yang menjadi isi kepada niatnya itu sahaja (fizikal atau material) yang lebih berbentuk fatamorgana dan fana.

Oleh yang demikian, mereka yang faham konsep bekerja sebagai ibadah, akan menjadi lebih sempurna pekerjaannya. Lebih teratur, tersusun dan jika ada kelemahan pun, mereka masih boleh menerima teguran yang membina dengan hati yang tabah. Kerana mereka faham, yang sempurna hanya milik Allah dan mereka berusaha ke arah kesempurnaan sama ada pada pandangan manusia ataupun pandangan Allah (yang jauh untuk dicapainya). Tetapi mereka tetap berusaha dan ada ketenangan di sebalik tiap usaha mereka. Tidak ada keluh kesah, tidak ada ragu-ragu, dan tidak dapat dipengaruhi terutama oleh mereka yang zalim.

Kerana, segala perbuatan mereka dilindungi Allah berkat niatnya yang suci dan pengharapan serta kebergantungan mereka kepada hanya Allah. Hidup mereka akan selamat di dunia walau pada pandangan zahir penuh dengan kelemahan-kelemahan yang terinsaf dan yang lebih penting, mati mereka diterima oleh Allah SWT. “Wahai nafsu-nasfu yang mutmainnah…” (rujuk al-Quran; surah al-Fajr: 27-30).

Sebaliknya mereka yang kerja hanya kerana dunia, dan hanya kerana yang selain daripada Allah, tidak ada konsep ibadah dalam pekerjaannya, maka hidup mereka adalah fatamorgana. Mengejar dunia yang diibaratkan seperti bayang-bayangnya sendiri, semakin dikejar, semakin ia menjauh. Lalu hiduplah mereka dalam kepenatan yang tidak berpenghujung. Bukan itu sahaja, apabila mati mereka tidak diterima sebagai Hamba Allah.. dan ditempatkan ke dalam azab siksaan yang kekal abadi. Nauzubillah.

Oleh itu, berbaliklah kita ke pangkal jalan. Sedarilah apa tujuan pekerjaan kita sebenarnya. Soal diri sendiri dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi untuk kehidupan yang jauh lebih baik daripada ini, selepas ini.

Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Duit habis bayar income tax
    Sep 11, 2012 @ 21:44:12

    A good article. Memberi semangat untuk bekerja apabila niat untuk ibadat.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: