Ceramah motivasi

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam hormat kepada semua pengunjung IbnRajab Online yang tidak jemu-jemu datang menziarahi walaupun blog ni jarang-jarang diupdate. Ilmu dan perkongsian juga nampaknya biasa-biasa sahaja. Tapi, jauh di sudut hati, ana sangat menghargai antum semua. Bila jumpa dalam kalangan antum (sudah tentu rakan-rakan yang mengenali) ada rasa malu menyerlah dalam diri bila antum tegur tentang lama tak update, bila antum kata sentiasa mengikuti perkembangan diri kerdil ini dan bila antum menyatakan betapa kehadiran IbnRajab Online yang kerdil ini juga adalah sebuah perjuangan yang ada ertinya. Syukran jazilan kepada rakan-rakan.


Hari ini cuma nak kongsi. Ana diminta menggantikan seorang rakan penceramah yang hebat di sekitar Daerah Besut ini. Ceramah motivasi anjuran SK Pelagat, Jerteh Terengganu. Kumpulan sasarnya adalah murid-murid tahun 4 dan tahun 5. Ada sedikit rasa teruja untuk menyahut cabaran yang mendatang memandangkan telah lama tidak berkongsi dalam bentuk ceramah di sekolah-sekolah. Pun begitu, perasaan sedikit teruja itu banyak dipengaruhi oleh perasaan gentar dan gusar kerana membawa imej seorang rakan dan juga merangkap guru kepada ana. Rasa macam tak nak menyahut cabaran bila fikir tentang itu. Namun, rakan-rakan yang sedia banyak memberi galakan yang tak sudah-sudah, tidak jemu menyuntik semangat dan memberikan galakan. Sehingga ana ambil juga keputusan untuk setuju.

Tarikh offer: 10 Julai 2012 jam 10.00 pagi. Tarikh dan masa ceramah: 11 Julai 2012 jam 8.00 pagi. Macam tak logik saja kan? Macam tidak sempat berbuat dan menyediakan apa-apa bahan sahaja bukan?

Demi sebuah perjuangan, ana mencagarkan tubuh badan yang segar, dan sedikit pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada dalam dada. Selebihnya, ana ambil masa dua tiga jam mencari bahan-bahan mulitimedia di laman youtube. Alhamdulillah, banyak sangat bahan diperolehi. Terima kasih kepada mereka yang telah sudi berkongsi hasil karya di laman youtube. Sesungguhnya, kalau kita nak, memang banyak sangat ilmu di alam cyber yang boleh menyuntik cahaya ilmu, inspirasi, motivasi ke dalam diri. Sama nak pilih yang itu atau nak pilih yang melagha dan meloya. Terpulang.

Dari situ, timbul semangat untuk sama-sama berkongsi maklumat dan kalau mampu slide-slide dan video-video di laman youtube sebagai bahan yang boleh dimanfaatkan secara bersama. Hakikatnya, gerakan itu telahpun bermula dengan ana menulis di sini, di blog IbnRajab online ini, namun sekiranya kreativiti dan masa mengizinkan, insyaAllah langkah boleh dimulakan dengan yang lebih lagi. InsyaAllah.

Pun begitu, suka ana menasihati mereka yang mengambil bahan dari laman blog, youtube atau di mana-mana sahaja. Perlulah mereka memiliki sahsiah atau jatidiri sebagai seorang yang beramanah, intergriti dan sebagainya. Perlulah mereka sebut daripada mana bahan yang digunakan itu mereka capai. Kalau boleh, sebutkan sekali URLnya. Perkara ini selain memberi kredit kepada usaha orang lain, ia sebenarnya memberi laluan yang jelas kepada para audien untuk mengemukakan soalan atau pertanyaan secara terus kepada pemilik maklumat yang asal. Di sini, maksudnya, setiap apa yang ditulis dalam blog, dimuat naik ke youtube itu, perlu dipertanggungjawabkan. Sebab itu perlu disebut sumbernya yang asal. Untuk kredit dan untuk mendidik nilai tanggungjawab itu.

Pada kesempatan ini, ana sertakanlah URL berkaitan yang ana guna sebagai bahan ceramah pagi ini:

http://www.youtube.com/watch?v=9KBosSzAhaI Surat dari anak mak yang sudah tidak nakal lagi.

http://www.youtube.com/watch?v=973drXYjJw8 Ceramah Ust Don Danial.

http://www.youtube.com/watch?v=MDURgBn0wUk Hargai ibubapa.

http://www.youtube.com/watch?v=ORM_n4AwFas Aiman Buatmu Ibu

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah yang sudi memberikan ruang dan peluang untuk ana menimba ilmu. Tidak dilupakan kepada para sahabat di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGKSM yang tidak jemu-jemu memberikan galakan. Sesungguhnya ana datang untuk belajar daripada antum semua, mahaguru-mahaguru hebat Daerah Besut yang disegani sejak sekian lamanya.

Sekian untuk perkongsian, semoga kita bersua lagi.

Wassalam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. azizah abas
    Jul 12, 2012 @ 18:00:11

    Selalu menanti bahan selanjutnya dari ente.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: