Marhaban Ramadhan 1433H

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ke hadapan para pengunjung yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah, kita semua masih dipanjang usia sehingga kita bertemu kembali dengan bulan Ramadhan, sebuah bulan ruang dan peluang yang disediakan oleh Allah kepada umat Islam, bagi mencari nilai yang tertinggi di sisiNya iaitu taqwa. Sesungguhnya, sebaik-baik bekalan di dunia untuk dibawa berhadapan dengan Yang Maha Pencipta di akhirat adalah “Taqwa” itulah juga(mafhum al-Quran).

Bagi sesetengah manusia, mereka berpandangan bahawa bulan Ramadhan yang tiba ini adalah seperti bulan-bulan biasa. Mungkin pada mereka, bezanya hanyalah selepas berpuasa nanti akan disambut hari raya. Pada sesetengah manusia, hari itu juga tiada apa-apa melainkan ianya ruang bersuka-suka, menunjuk-nunjuk aneka pakaian, aneka juadah dan sebagainya. Subhanallah.

“Ramadhan tiba lagi, kena puasa lagi.. tapi takpe, lepas sebulan nanti raya.. kena sedia duit lebih utk calebrate!” antara luahan biasa, daripada sesetengah manusia yang hilang nilai taqwa.

Ramadhan sebenarnya bulan offer. Allah menyediakan ruang yang cukup luas bagi hamba-hamba yang ingin kembali, hamba yang ingin menambah pahala amalan, menggandakannya memandangkan usia umat Nabi Muhammad SAW yang tidaklah panjang mana ini. Bayangkan, ganjaran perbuatan sunat adalah seperti ibadah wajib manakala ibadah wajib digandakan sehingga 70 kali ganda.

Sayang sekali, hanya beberapa kerat daripada kita yang menghitung-hitungkannya. Kalau ada yang menghitung (ihitsaban) pun, mungkin tidak mempunyai kekuatan untuk menuruti segala keperluan rohani berkenaan. Tidak apa, apa yang penting adalah percubaan dan usaha kita. Semoga dengan usaha permulaan, kemudian ada doa pula diselitkan sebagai rencah dan resepi dalam ibadah, InsyaAllah, akan diberikan “thabat” dan istiqamah.

Kita semua bukan tidak pernah mendengar huraian hadis berkenaan “ganjaran mereka yang berpuasa, ataupun mendirikan malam-malam Ramadhan dengan sepenuh kepercayaan bahawa ia adalah suruhan Allah (imanan) dan dengan berkira-kira (ihtisaban) akan ruang-ruang rahmat, pengampunan dosa dan pembebasan dari azab neraka” ganjaran mereka adalah seperti dilahirkan semula. Ertinya segala dosanya yang telah lalu akan terampun.

Atau, ada manusia yang berfikiran mereka tidak ada dosa? Atau, adakah mereka mengira dosa jika ada sekalipun, tidak perlu dikisahkan. Nauzubillah..

Dalam kesempatan ini, ana menyeru diri sendiri.. Ramadhan kali ini kita pertingkatkan usaha. Mungkin ini yang terakhir. Namun, selagi hayat dikandung badan, selagi nyawa masih dihela, ayuh kita rebut ruang dan peluang ini. InsyaAllah, Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sudah-sudah.

Ya, kita bukan hamba kepada Ramadhan, tetapi hamba Allah.. tetapi, Ramadhan adalah anugerah Allah, offer daripada Yang Maha Pencipta.. ayuh kita sedar, kita bangkit dan kita sahut seruan Allah tersebut. Kita cuba sedaya upaya semoga dengan tarbiyah rabbaniyyah tersebut, bakal menyuluhi kehidupan kita untuk 11 bulan berbaki, dalam keadaan syaitan-syaitan jin dan manusia bebas menyesatkan kita.

Selamat menyambut dan melalui detik-detik Ramadhan 1433 Hijriyyah. Semoga kita semua diberikan kekuatan, kesihatan, keiniginan untuk mengimarahkan Ramadhan, keterujaan untuk mencapai taqwa janjian Allah dan sebagainya. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah. Berdoalah untuk itu, semoga kita mendapat keberuntungan.

Wallahu aklam. Tahniah dan bersedialah!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: