Majlis ilmu sempena Ramadhan 1433H

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ana mempelawa mana-mana rakan pengunjung blog ini yang berdekatan, untuk sama-sama hadir ke majlis-majlis perkongsian ilmu seperti di bawah:

Jumaat 27 Julai 2012 / 7 Ramadhan 1433
Masjid Mukim Kemasin, Bachok
Kuliah selepas solat jumaat.

Jumaat 3,10 dan 17 Ogos 2012 / 14,21 dan 28 Ramadhan 1433
Masjid Mukim Neman, Kpg Rekang, Bachok.
Kuliah sebelum solat fardu jumaat.

Tujuan ana postingkan jadual-jadual di atas, adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri. Mungkin pada suatu masa nanti, jikalau semangat semakin melemah, entry-entry seperti ini akan menyegarkannya semula. Bahawa suatu ketika dahulu (kalau ianya sempat menjadi sejarah dan pada masa sejarah ini dibaca, diri sudah jauh tenggelam tiada perjuangan – nauzubillah) khidmat dan bakti diri pernah diberikan ruang dan peluang. Pada masa itu nanti, sekiranya tiada lagi jemputan, maka mungkin platform blog ini boleh digagahi untuk diteruskan. Begitu juga, bidang-bidang penulisan yang lain. Atau mungkin ada platform perkongsian lain selain masjid. Ini tujuannya insyaAllah..

Ia juga mungkin akan menjadi rujukan anak-anak dan relatif. Secara tidak langsung, mungkin akan memberi ransangan dan semangat juga untuk mereka. Sekurang-kurang berasa segan untuk tidak menjerumuskan diri ke dalam bidang perjuangan dan dakwah islamiyah. Kerana, asal usul keturunan mereka memang berusaha untuk menjadi pejuang agama. Wallahu aklam. Semoga niat suci menjadi teladan daie daripada asal usul sendiri akan termakbul. Itulah tujuannya, insyaAllah..

Semoga Allah memberi perlindungan daripada sifat suka menunjuk-nunjuk, sifat bangga diri dan merasa sumbangan diri sendiri melebihi daripada usaha-usaha orang lain. Oleh sebab itu, pepatah ana “sekiranya kita merasakan diri ini banyak memberi kepada orang, nescaya sebenarnya, orang lainlah yang lebih banyak memberi kepada kita”. Dalam apa sahaja keadaan. Ana selalu kalah dalam memberi berbanding semua orang di dunia ini. Bermula ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan bahkan para pelajar yang sempat berkongsi didikan. Mereka lebih banyak memberi. Sekurang-kurangnya idea, semangat dan insyaAllah “pahala” di sisi Allah (sebenarnya semua yang baik-baik daripada Allah). InsyaAllah tidak ada niat riak, menunjuk-nunjuk.

Seterusnya, posting ini secara tidak langsung ingin mengajak anda semua, wahai pengunjung budiman. Mungkin anda juga perlu memberikan sumbangan kepada orang lain dalam bentuk ilmu. Sabda nabi Muhammad SAW yang sentiasa meniti di telinga dan bibir “sampaikanlah daripadaku, walaupun sepotong ayat”. Namun, perenggan ini tidaklah ditujukan kepada anda yang selalu bahkan lebih banyak majlis ilmunya. Tahniah untuk anda sekiranya begitu. Dan, Alhamdulillahh..

Akhir kalam, Ramadhan kariemm.. semoga amalan soleh kita diterima olehNya Yang Maha Esa..

Wallahu aklam. Terima kasih sudi membaca dan berkungjung!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: