Selamat pulang ke pangkuan keluarga

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah atas kesempatan ruang masa maka sempat kita bersua kata di blog ini. Sudah sangat lama tidak updated. Masa sangat cepat pula berlalu. Sedar tak sedar, dah beberapa bulan tidak mencatat sesuatu. Kerja lebih banyak daripada masa. Lagipun, bila ada FB, banyak ilmu telah dicurahkan ke situ. Kepada rakan-rakan pengunjung yang ingin berkongsi, add ana di FB dengan email: pubmutual[at]gmail.com

Pada kesempatan ini, ana mendoakan semua rakan dalam keadaan sihat dan selamat. Kebetulan hari ini permulaan cuti sekolah, ana percaya ramai rakan yang pulang bercuti di kampung halaman, terutama bagi yang berkhidmat jauh dari sisi keluarga, ayah bonda. Ruang masa inilah sepatutnya dimanfaatkan semaksima mungkin.

Yang pulang ke kampung, selamat balik ke kampung. Yang masih terpaksa tinggal di tempat kerja atas urusan-urusan yang belum selesai, selamat berkhidmat. Nanti ada masa, boleh balik jenguk orang tua yang sentiasa mendoakan kebaikan anak-anak mereka. Tiada yang lebih ikhlas dalam berdoa selain ayah bonda.

Ana sendiri pun, walaupun anak-anak bercuti dan memang diberikan cuti, tapi tidaklah cuti habis. Masih ada khidmat yang menanti. Antaranya kuliah dalam interaksi j-QAF. Jadi, walaupun cuti dan kebetulan ada saudara mara ajak kenduri, terutama yang melibatkan perjalanan yang jauh, kena tolak juga.

Apa yang suka ana sebutkan di sini ialah, memang benar orang tua kita semakin uzur dan sangat memerlukan kehadiran kita. Kalau boleh melihat anak mata pun sungguh memulangkan bahagia mereka. Kalau ana sendiri, ahli keluarga yang sakit-sakit pun bertambah ramainya. Minggu lepas kami kehilangan seorang bapa saudara sebelah ayah (adik ayah iaitu Pok Ngah Hussain) yang meninggal dunia akibat barah paru-paru. Pok Ngah adalah seorang bapa saudara yang penting dalam memastikan ana terdidik menjadi manusia. Alfatihah untuk arwah.

Sedang terlantar sakit bapa saudara sebelah isteri. Beliau juga orang penting dalam mendidik isteri dan anak-anak saudaranya yang lain. Paling rapat dalam keluarga. Beliau jugalah antara asbab ana bertemu jodoh dengan isteri tercinta. Sumbangannya amat besar kepada ana sekeluarga.

Seorang lagi bapa saudara sebelah ayah juga. Menghidap sakit strok. Di samping sakitnya itu, apa yang menyedihkan kerana beliau tinggal sebatang kara. Di sebuah pondok usang yang diwarisi daripada peninggalan keluarga. Nasib baik anak saudaranya (sepupu ana) tinggal bersebelahan. Dapatlah memantau perkembangan sakit demam, makan minum.

Orang tua sendiri pun (mak ayah ana, mak ayah belah isteri) semuanya semakin hari semakin kesihatan mereka tidak menentu. Pendek kata, jika hendak disenaraikan satu persatu.. masyaAllah.

Apa yang penting untuk dikongsikan adalah keperluan kita terhadap keluarga. Kita memerlukan mereka dan begitu juga sebaliknya. Suatu ketika keperluan kita kepada mereka lebih besar dan kini tiba pula keperluan keberadaan kita di sisi mereka lebih besar.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, ana dapat pindah berkhidmat dekat dengan mereka semua. Walaupun sumbangan yang diberikan tidaklah banyak, dengan kekangan masa dan cabaran dunia (ujian Allah belaka), namun, ana bersyukur. Ana berpegang kepada prinsip kita semua ini milik Allah, apa-apa yang kita miliki ini adalah milik mutlak Allah, bukan kita. Kerja, masa, harta benda, anak-anak, saudara mara, semuanya. Ini semua milik Allah yangmana ada hak yang perlu kita tunaikan ke atas mereka semua itu.

Hari ini Allah sedang menguji, markah dan hasilnya akan disaksikan di akhirat.

Berhati-hatilah merancang kehidupan.. (pesanan khas untuk diri sendiri…)

Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: