Salam Maal Hijrah 1434

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Selamat menyambut kedatangan tahun baru hijrah 1434H kepada para pengunjung IbnRajab Online, followersnya, rakan-rakan yang mengenali pengendali laman blog ini sama ada di alam maya ini mahupun alam nyata. Hayatilah penghijrahan Rasulullah SAW 1434 tahun yang lalu.

Rasulullah SAW berhijrah atas perintah Allah. Kerana taat kepada Allah lah maka Rasulullah berhijrah. Sedangkan tanah hijrah berkenaan bukanlah tanah tumpah darah Baginda. Kerana sebelum hijrah ke Madinah, telah ada beberapa siri hijrah ke Habshah yang dilakukan oleh para sahabat Baginda. Namun, Baginda SAW sendiri tidak berhijrah.

Baginda hanya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah SWT. Pelbagai peristiwa berlaku sebelum penghijrahan Baginda juga memberi pelbagai warna dalam mendidik umat Islam. Setiap satunya mempunyai nilai dan pengajaran yang sangat hebat.

Tahniah kepada surau-surau dan masjid-masjid yang menganjurkan majlis-majlis ilmu yang segar berbanding hanya anjuran membaca doa akhir dan awal tahun yang terlalu ritual. Kadang-kadang tanpa penghayatan. Sehingga ada yang sanggup menukar rutin kuliah mingguan semata-mata nak meraikan doa akhir dan awal tahun hijriyah.

Semoga tahun ini memberi banyak pengajaran dan ilmu kepada kita semua. Ilmu adalah suluhan jiwa membentuk jatidiri yang sejahtera bukan sahaja di dunia tetapi hatta ke akhirat. Para ahli ulama pula adalah mereka yang paling mengenali Allah untuk ditaati, ditakuti azab siksaanya lantas memohon keselamatan dan perlindungan agar ditempatkan dalam kalangan para ridhuanullah alaihim.

Marilah kita menyayangi alim ulama Islam. Mereka yang berilmu pengetahuan, kemahiran dan penghayatan Islam. Marilah kita sokong para ulama tersebut dengan sepenuh jiwa raga kita. Dengan sokongan moral, dengan sokongan harta dan segala-galanya milik sementara kita. Sedarlah kita bahawa, tiada milik kita melainkan milik mutlak Allah. Ayuh pergunakan ke arah ketaatan kepadaNya dengan menyayangi dan menyokong ulama.

Lebih baik lagi kalau kita berusaha menjadi salah seorang daripada ulama itu.

Tuntutlah ilmu. Perbanyakkan usaha ke arah mencari ilmu. Korbankanlah masa dan harta demi mencari ilmu. Lawanlah arus perdana yang selalu pada setiap masa dan ketika menyogok kita ke arah cintakan dunia, cintakan material. Ke arah perkara-perkara lagha yang melalaikan.  Lawanlah arus itu. Biarkan kita dilihat sebagai pelik bin ajaib kerana menukarkan cinta dunia kepada cintakan ilmu dan ulama.

Semua ini tidak dapat diubah hanya dengan doa akhir dan doa awal tahun semata-mata. Ia boleh dimotivasikan dengan kuliah-kuliah ilmu, tazkirah dan baki zikrullah berbentuk aplikasi dan analisis. Bukan ritual semata-mata.

Agama Islam bukanlah disiplin ritual semata-mata. Ia adalah the way of live. Panduan hidup yang perlu kepada aplikasi. Sumbernya al-Quran telah dijamin kekal hingga ke saat terakhir dunia ini. Tidak syak lagi, kalau kita sendiri yang menukar gantinya dengan jumud, amalan ritual semata-mata. Kita memang pasti tidak akan terpandu.

Semoga tulisan ini bermanfaat. Segala teguran membina sangat dialu-alukan. Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: