12 Rabiul Awwal – Ittiba’

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini cuti umum sempena memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tahniah kepada seluruh umat Islam atas nikmat Islam dan Iman yang ditinggalkan oleh baginda SAW. Banyak perbincangan dan ilmu yang dapat dikongsikan berhubung dengan peristiwa besar dalam sejarah umat Islam ini jika hendak diperkatakan. Dalam dunia maya ini sudah tentu banyak bahan-bahan yang dapat dibaca untuk dijadikan renungan bersama.

Ana sendiri secara peribadi pernah menerbitkan beberapa artikel berkaitan sebelum ini. Anda boleh merujuk sedikit perbincangan tentang hukum sambutan Maulidur Rasul di sini. Jika ingin membaca tentang pandangan ana secara peribadi tentang lafaz salam Maulidur Rasul, boleh klik link ini. Namun, pada kesempatan ini, ana ingin berkongsi satu fakta bahawa, apa yang penting di sebalik kita memperingati Nabi Muhammad SAW adalah yang pertama seruan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda.

Yang kedua, apa yang penting adalah, sejauh mana kita dapat mengikuti segala apa yang terdapat dalam sunnah Nabi SAW. Apa yang disebut oleh al-Quran sebagai “ittiba’ al-Nabi” (Surah Aali Imaran: 31) yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ittiba al-Nabi), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Mencintai Allah di sini hendaklah diterjemahkan sebagai mengikuti segala titah perintah Allah dan mengikuti segala syariatNya. Siapa yang dapat menterjemahkan syariat Allah melalui al-Quran melainkan Nabi Muhammad SAW. Melalui sunnah dan sirah hidupnya. Sayyidatina Aishah pernah menggambarkan Nabi Muhammad itu adalah bayangan al-Quran dalam kehidupan manusia seluruhnya.

Oleh yang demikian, mencintai Allah, mencintai syariat Allah adalah dengan cara kita menterjemahkannya dengan mengikuti segala apa yang diajar oleh Rasulullah. Bermula cara mendirikan solat, cara bergaul dalam keluarga dan masyarakat sehiggalah cara mentadbir dan menguruskan sebuah negara. Apalah ertinya kita melahirkan rasa sayang kita terhadap Rasulullah SAW sekali setahun sahaja, manakala baki hari-hari yang lain kita menterjemahkan kehidupan kita berlawanan dengan apa yang Rasulullah SAW sunnahkan sepanjang hidupnya.

Semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah untuk mengikuti segala ajaran Rasulullah SAW. Daripada cara kita bersugi, berjalan, mencari rezeki dan sebagainya. Daripada kita bangun pagi sehingga kita masuk semula ke tempat tidur. Sementara ruang kehidupan dan nafas serta nadi masih berdenyut. Setiap helaan nafas dan denyutan nadi hendaklah diusahakan agar ianya seiring dengan perjalanan dan perjuangan baginda SAW. Barulah ittiba’ namanya.

Wallahu aklam. Selamat bercuti dan menghayati hari cuti yang sangat istimewa ini!

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: Selawat dan salam buat Baginda Al-Rasul « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: