Kertas Kajian Seminar Penyelidikan Zon Timur 2013

Assalamu’alaikum wbt dan salam sejahtera

Akhir tahun 2012 ana sempat melakukan sedikit kajian tindakan yang dilakukan ke atas pengajaran bahaasa arab dan pengendalian sesi tutorial pelajar PISMP PAI(2) IPG Kampus Sultan Mizan. Setelah laporan siap untuk dibentangkan dalam seminar kajian tindakan peringkat IPG Kampus Zon Timur tiba-tiba panggilan kursus yang tidak dapat dielakkan pula menjengah terlebih dahulu daripada makluman tarikh pembentangan oleh urusetia seminar. Tiket pun telah dibeli maka terpaksalah memohon sahabat karib al-fadhil ust Kamil tolong bentangkan.


Alhamdulillah, kertas kerja dibentangkan seadanya pada 25 April 2013 dalam seminar berkenaan. Demi memanjangkan manfaat kertas kerja tersebut sekiranya ada, ana kongsikan dalam blog ini.

Tajuk:

MOTIVASI AGAMA MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR PISMP PAI(2) DI IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

Abstrak:

Motivasi keagamaan telah mendapat sambutan dalam kalangan penyelidik mutakhir ini terutama apabila dikaitkan dengan kejayaan hidup seorang muslim di dunia dan akhirat. Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana motivasi agama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa Arab dan aktiviti tutorial mingguan mampu mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar secara empirikal. Kajian dijalankan ke atas 20 orang pelajar PISMP kursus Pendidikan Islam Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan di antara motivasi agama dalam P&P dan sesi tutorial yang berkenaan ke atas pencapaian pelajar pada semester 3 dan 4. Bilangan pelajar yang mendapat keputusan A dalam subjek bahasa Arab telah meningkat dari lima orang kepada 13 orang pada semester 3 dan 14 orang pada semester 4. Bilangan pelajar yang memperolehi gred 4.00 (gred penuh) telah meningkat dari seorang kepada dua orang pada semester 3 seterusnya kepada sembilan orang pada semester 4. Manakala daripada segi peratusan, pelajar yang mendapat gred 3.75 ke atas telah meningkat dari 35% kepada 80% pada semester 3 dan 90% pada semester 4.

Untuk mendapatkan kertas kerja lengkap sila klik di sini.

Sekian, untuk perkongsian.

p/s: syukran jazilah kepada al-akh ust Mohammad Kamil bin Jaafar.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. bro
    Sep 26, 2013 @ 16:09:21

    guano lama tak update blog ni gu

    IR: kijo byk gu.. x dan maso.. alwajibat akthar minal awqattt

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: