Salam Eidul Fitri al-Mubarak

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada para pengunjung yang sempat singgah ke IbnRajab Online.

Kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini walau di mana mereka berada. Rakan sepejabat, rakan-rakan JAPIM, rakan-rakan al-Quds Travel, sahabat-sahabat ex-Jordanian, sahabat-sahabat yang pernah berkhidmat sekali semasa di Bumi Kenyalang 2001-2011, semua kenalan dan semua sanak saudara jauh dan dekat.

Semoga Allah menerima segala amalan soleh kita di sepanjang Ramadhan dan di sepanjang baki-baki hidup kita yang akan datang insyaAllah. “Taqabbal Allah, Ta’atakum.. wa taqabbala minna wa minkum solehal a’mal”

Pada kesempatan ini juga, suka disenaraikan beberapa perkara yang sunat diamalkan bagi menyambut atau meraikan hariraya sebagaimana yang dianjurkan oleh syariat agama kita, Islam yang maha suci.

  1. Bertakbir raya; ianya bermula pada malam Hari Raya dan tamat sebelum menunaikan solat sunat hari raya pagi 1 Syawwal. Sukacita diingatkan bahawa hari-hari Islam bermula dengan masuknya waktu maghrib dan takbir raya tidak semestinya dilakukan dimasjid dan surau sahaja, bahkan boleh diucapkan di mana-mana, atas kereta, di rumah, dsb.
  2. Mandi sunat hariraya pada pagi 1 Syawwal.
  3. Memakai pakaian (termasuk perhiasan yang diharuskan) iaitu yang paling baik, paling cantik dan paling bersih yang kita ada
  4. Memakai bau-bauan yang harum
  5. Menghadiri dan mengerjakan solat sunat hariraya secara berjamaah
  6. Pergi dan kembali ke masjid/surau untuk solat hariraya menggunakan jalan yang berbeza
  7. Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan serta bertukar-tukar doa.
  8. Memperbanyakan doa. (spt ucapan selamat hariraya, mendoakan semoga Allah menerima amalan dsb)
  9. Ziarah-menziarahi antara satu sama lain untuk mengeratkan silaturrahim. Paling baik pulang menziarahi orang tua dan sanak saudara sekiranya mereka masih ada

Sekian, wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: