Salam Eidul Adha 1433H/2013

Assalamu’alaikum wbt.

Selamat menyambut dan meraikan Hari Raya Aidil Adha atau hari raya korban kepada semua pengungjung IbnRajab Online. Dengan ucapan maaf zahir dan batin, kullu am, wa antum bi alf khayr. Semoga amalan kita diterima dan dicatat amal soleh di sisi Allah SWT.

Subhanallah, maha suci Allah yang telah menjadikan hari 10 Zulhijjah sebagai hari raya untuk umat muslimin. Tarikh 10 zulhijjah telah merakamkan pelbagai sejarah dan peristiwa sejak dari zaman Nabi Adam AS sehingga Nabi Muhammad SAW. Semoga kedatangan 10 Zulhijjah pada kali ini memberi seribu keinsafan dan ketawaan kepada kita semua.

Antara lain yang ini saya sebut pada kesempatan ini, bersempena kedatangan 10 Zulhijjah, adalah peristiwa agung ketaatan Nabi Allah Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS terhadap perintah pencipta mereka, yakni Allah SWT. Seruhan menyembelih anak kesayangan yang menjadi kerinduan amat sukar dilaksanakan tanpa gugusan iman yang kukuh lagi ampuh.

Pada kesempatan terhad ini, ada dua fakta yang boleh dikongsikan di sini berkaitan huraian tafsir ayat 102 surah al-Saafaat iaitu:

1. Al-Quran tidak menamakan anak yang disembelih.
Al-Saafaat:102, Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakandaku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahawa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” ia menjawab: “Hai ayahandaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.

Sebagaimana umum mengetahui, al-Quran menamakan dua orang anak Nabi Ibrahim AS iaitu Ishak dan Ismail AS. jadi anak yang mana satukah menjadi maksud dalam ayat di atas? Adakah Ishak AS atau Ismail AS?

Ulama kita telah bersepakat melalui beberapa konteks penyampaian Rasulullah SAW bahawa anak yang dimaksudkan dalam ayat itu adalah Ismail AS. Iaitu apabila pernah Rasulullah SAW diseru oleh seorang arab dengan panggilan “Ya ibn zabihain” Wahai anak (keturunan) dua orang yang kena sembelih! Lalu Baginda SAW tersenyum simpul.

Dua orang yang kena sembelih tersebut (tetapi tidak jadi disembelih) adalah ayahanda Baginda iaitu Abdullah bin Abdul Mutalib yang perlu disembelih untuk membayar nazar yang dibuat oleh ayahandanya (Abdul Mutalib) dan Nabi Ismail AS iaitu asal keturunan Baginda SAW yang diceritakan sejak turun temurun oleh bangsa Arab.

Manakala umat Yahudi terutama mereka yang mendiami kota Madinah menganggap Nabi Ishak AS adalah maksud ayat alQuran di atas. Hal ini kerana, Allah SWT menyebut “tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim”. Apa yang dapat difahami di sini anak yang hidup dan membesar bersama-sama Nabi Ibrahim adalah Nabi Ishak yang menetap bersamanya di Palestin. Sedangkan, Nabi Ismail ditinggalkan bersama ibunya Hajar di bumi Makkah dan hidup berdikari dengan berkat dan bantuan Allah SWT.

Walau bagaimanapun, ulama kita telah sependapat mengingkari perkhabaran umat Yahudi berkenaan. Wallahu aklam. (Tafsir, Ibn Kathir)

2. Keberkesanan didikan seorang ibu yang beriman.
Umum mengetahui sejarah bagaimana Hajar ditinggalkan oleh suaminya Nabi Ibrahim AS (salah seorang Nabi Ulul Azmi yakni yang hebat menerima ujian Allah) bersama anaknya yang masih kecil itu.

Bukanlah Ibrahim itu tidak mencintai. Bukan jua baginda tidak terasa belas kasihan. Jauh sekali sikap tidak bertanggungjawab. Tetapi oleh kerana ianya adalah satu perintah, satu ujian yang terkandung padanya seribu hikmah yang tidak jelas pandangannya pada masa itu. Yang memerlukan kesabaran tahap super, kesabaran Haqul Yakin.

Setelah menurunkan isteri dan anaknya di tengah-tengah lembah yang kering kontang itu (Makkah al-Mukarramah), maka Nabi Ibrahim terus memerintahkan kenderaannya berpaling (untuk balik semula ke negeri asalnya). “Ingin tinggalkan kami di sini kah? Di tempat yang tidak ada asbab (sumber) kehidupan ini?” Sebuah pertanyaan yang sukar dijelaskan perasaannya oleh seorang suami penyayang. Tanpa menjawab baginda terus memandu kenderaannya itu. Dua kali. Tiga kali soalan sama diutarakan sang isteri dengan penuh setia.

Namun, setelah bertanyakan “Adakah ini perintah Allah?” maka baginda suami AS menganggukkan kepalanya sebelum memecut laju kenderaannya itu. Terus hadir ke dalam diri Hajar sebuah keyakinan akan seribu hikmat daripada ujian Allah tersebut. Dengan penuh sabar, beliau menantikan detik-detik Allah menunjukkan hikmahnya. Sabar yang super. Sabar tahap Haqul Yakin.

Seterusnya berlakulah peristiwa saie safar dan marwah, mata air zam zam mengalir di bawah telapak kaki Ismail AS sehinggalah terbentuknya sebuah kehidupan yang aman makmur di wilayah yang sebelumnya tidak ada bahkan mustahil ada asbab kehidupan itu.

Berbekalkan keyakinan Haqul Yakin dan kesabaran tahap super itulah Nabi Allah Ismail dididik dan dibesarkan. Sebuah iman kental seorang ibu diterjemahkan oleh Allah sebagai “Hai ayahandaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.

Apa yang ingin disebutkan di sini adalah, itulah ayat yang menyaksikan hasil didikan seorang ibu yang beriman. Yang memiliki kesabaran tahap super. Hasil didikannya itu lahirlah seorang Nabi yang taat dan patuh kepada setiap perintah tuhannya. Diterjemahkan sebagai taat kepada perkhabaran ayahanda kesayangannya yang dirindui. Disembelihpun tidak apa.

Kenapa demikian?

Iya. Kalau ibu-ibu lain, ibu-ibu jahat, ibu-ibu tidak beriman. Inilah peluang dan masanya mereka menyuntik jarum syaitan ke dalam diri anak. “Ayahmu tidak pernah pedulikan kamu! Meninggalkan kamu dengan tidak diberikan rezeki! Tidak bertanya khabar berita!”.. dan sebagainya. Maka membesarlah anak dalam keadaan kufur nikmat. Tidak kenal penciptanya nauzubillah..

Tetapi tidak demikian yang berlaku kepada keluarga para nabi ini. Mereka terlalu suci dek kerana asuhan dan didikan iman yang telah berjaya diterapkan oleh mula-mulanya Nabi Ibrahim kepada isterinya Hajar seterusnya kepada anak mereka Ismail AS. Syaitan pun tidak lagi berupaya menyuntik jarumnya. Kalaupun hadir, dilontarnya dengan batu-batu (peristiwa melontar jamrah).

Ada orang berkata “Nabi Ibrahim membawa anaknya jauh (ke Aqabah) daripada isterinya Hajar (di Makkah), untuk menyampaikan pesan mimpinya itu kerana dikhuatiri si ibu akan membantah tindakannya”. Dangkal sungguh kenyataan ini. Juga tohor ilmu dan penghayatannya.

Bukankah si ibu ini pernah suatu ketika, apabila memahami tindakan Ibrahim meninggalkannya bersama anaknya atas perintah tuhan lantas diredhainya?

Kalaulah Nabi Ibrahim menyatakan hasrat mimpinya itu di hadapan si ibu, maka dengan pantas si anaknya Nabi Ismail akan mendapat sokongan bondanya untuk melakukan taat kepada Allah. Dari situ, nilai kesabaran yang terbit dari dalam diri si anak tidaklah jelas. Dek kerana mungkin mendapat sokongan moral.

Tetapi apabila ia telah berjauhan daripada ibunya, maka yang tinggal hanya hasil didikannya sahaja. Ia menzahirkan kesan pendidikan yang melekat dalam hati si anak. Iaitu “Bapamu seorang Nabi, perkataannya adalah benar sekali, baginda tidak pernah berkata melainkan apa yang diperintahkan Allah.. kita wajib beriman dengannya walaupun pada zahirnya tidak menepati kehendak dan nafsu. Bahkan, perintah Allah berkehendakkan sabar tahap super agar selepasnya akan zahirlah hikmat yang berjuta..”

Kini, anakanda sedang berhadapan ujian Allah seorang diri. Lakukanlah sebaiknya tanpa sokongan bonda lagi. Allah akan menunjukkan hikmahnya yang amat sebentar sebagaimana dahulu Allah tunjukkan kepada umi dengan keluarnya air di celah-celah jarimu seterusnya terbentuklah sebuah kehidupan daripada tiada langsung asbabnya.

“Hai ayahandaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.

Wallahu aklam.

Semoga perkongsian hasil bacaan dan renungan ini ada manfaatnya secara bersama. Dunia dan akhirat insyaAllah

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin..

Wassalam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. syaliatie
    Okt 18, 2013 @ 15:53:50

    assalamualaikum ustaz, sy ingin bertanya , soalan nya agk terkeluar dari topik. tentang hukum berniqab, apa hukum niqab dan ape hadis yg brkaitan dgn hukum trsebut, tq,

    Balas

  2. rahmat kaka
    Okt 27, 2013 @ 21:24:53

    salam…ustz, sy pon nak tnya 1 soalan yg lari dari topik post nie…sy trbaca post ustz pasal kad kredit yg easy payment tuuu…boleh saya taw ustz aply kredit kad dari bank mane ye?

    IR: w’salam saudara rahmat. kad kredit bank mana yg saya guna itu peribadi. x blh dikongsikan. maaf ya? namun sdr blh membaca beberapa artikel saya berkenaan kad kredit.. type shj “kredit” pada ruangan search di atas. smg perkongsian dlm blog ini bermanfaat

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: