Kenapa nak jadi cikgu?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Kenapa nak jadi cikgu? Atau soalan lain, Kenapa mohon nak kerja cikgu? Kenapa dalam banyak-banyak profesion yang ditawarkan dalam pasaran, profesion sebagai seorang guru yang menjadi pilihan? Itulah bentuk-bentuk soalan ataupun persoalan (secara yang lebih tepat) akan dikemukakan kepada seorang calon guru.

Mungkin sesuai dengan peristiwa semasa, iaitu pada masa ini iklan permohonan KPLI telah dikeluarkan dan borang-borang permohonan secara atas talian sudah mula diisi oleh para calon guru (yang ingin jadi cikgu, atau kerja cikgu), maka ana mengambil sedikit ruang dan peluang ini untuk bermusabah (melakukan sedikit refleksi) tentang apakah tujuan sebenar anda nak jadi cikgu, atau kerja guru.

Dalam ilmu pendidikan moral, di sana telah ditetapkan (mungkin berdasarkan kejian tertentu) terdapat dua nilai (sebab) yang mempengaruhi seseorang memilih kerjaya mereka. Apa sahaja kerjaya yang dipilih sama ada ia kerja sebagai guru, tentera, peguam, pilot kapal terbang dan sebagainya. Dua nilai yang dimaksudkan iaitu; nilai instrinsik dan nilai ekstrinsik.

Nilai Instrinsik
Ia adalah nilai dalaman diri seseorang yang sememang meminati bidang keguruan mungkin sejak mereka mula mengenal erti guru. Pepatah mengatakan ibu adalah guru pertama bagi manusia. Mungkin nilai dalaman yang cinta akan bidang pendidikan ini (guru) lahir bersama cinta mereka terhadap ibu yang mendidik mereka sejak awal lagi. Kemudian mereka terus dibesarkan dalam dunia pendidikan rasmi di pra sekolah, sekolah rendah, menengah, universiti di samping mendapat pendidikan tidak rasmi di surau, masjid, majlis-majlis ilmu, ceramah dan lain-lain.

Dari dalam diri mereka merasakan kerja mendidik ini bukan sahaja dipandang mulia bahkan dijanjikan pahala dan ganjaran yang berkekalan sehingga selepas jasad mereka sudah ditelan bumi. Apabila mereka belajar tentang tokoh-tokoh ilmuan seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi, Imam al-Syafie dan lain-lain tokoh tersohor dalam bidang pencapain ilmu tersendiri, terpancar dalam diri betapa walaupun mereka tersebut telah meninggal dunia, sebaliknya ilmu dan kesinambungan perjuangan ilmiyah mereka masih diteruskan. Perkara ini menjanjikan pahala berterusan di alam selain dunia fana ini.

Kemudian mereka mempelajari pula mafhum sebuah hadis Rasulullah SAW yang menegaskan tiga perkara yang tidak akan terputus pahala amalannya (hatta ke alam kubur) iaitu; anak soleh yang mendoakan, harta yang diinfakkan dan ilmu yang dimanfaatkan.

Sekumpulan ilmu, pengetahuan dan pengalaman inilah yang telah menjadi sebati di dalam jiwa seseorang individu sehingga satu masa telah mencetuskan kehendak menjadi guru agar diri mereka juga dapat menikmati perkara yang sama yang telah dinikmati oleh orang-orang sebelum mereka di dalam bidang sama. Motivasi, kesedaran dan kehendak seperti inilah yang melonjakan seluruh minda dan fizikal mereka yang dinamakan sebagai desakan, atau nilai instrinsik.

Nilai Ekstrinsik
Ia adalah sekumpulan sebab luaran yang mendesak seseorang membuat pilihan ke atas sesuatu kerjaya. Sebab-sebab luaran ini seperti kedudukan atau martabat guru pada zaman sekarang yang dijanjikan gred gaji istimewa. Banyak peluang kenaikan pangkat telah diperkenalkan. Kalau dulu tidak mungkin akan ada seorang guru yang berjawatan JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) yang dibekalkan kemudahan kereta kerajaan, seorang pemandu, dua orang pembantu rumah dan sebagainya.

Mereka melihat kemewahan hidup seorang guru. Bergaya dengan kereta mewah, beberapa unit rumah sewa dan banglo peribadi yang dengan status elit dan sebagainya. Kadang-kadang mereka membuat andaian kerja guru hanyalah separuh hari dan memberi peluang kepadanya untuk melakukan kerja sambilan (part-time) bagi memperolehi pendapatan yang lebih dan pada masa sama menjanjikan kehidupan kelas tinggi.

Implikasi
Kedua-dua nilai yang dibincangkan ini akan menghasilkan karektor guru yang pelbagai. Lihat sahaja kepada output guru sekarang dengan guru dua atau tiga puluh tahun dahulu. Lihat kepada diri sendiri yang kini telah menjadi seseorang dan lihat kepada generasi hari ini yang belum menjadi seseorang yang boleh dianggap berguna untuk diri sendiri, keluarga dan jauh sekali untuk negara.

Kelahiran kelompok sosial seperti mat rempit, bohsia, bohjan, penagih dadah dan sebagainya melambangkan betapa implikasi ataupun kesan kerja sebahagian atau mungkin sebahagian besar guru itu sudah tidak berkesan. Kalau dahulu, tidak ada guru yang berpangkat dan bergaji tinggi mungkin, dan tidak pula banyak berlaku keruntuhan moral yang dahsyat tetapi kini gaji guru telah tinggi dan mungkin akan terus meningkat tetapi ia semestinya tidak mampu membayar harga kejatuhan nilai moral anak bangsa sendiri.

Baiklah, ana tidak mahu meneruskan perenggan ini lagi. Lebih baik ana tinggalkan kepada anda sendiri untuk menilai, golongan guru yang mempunyai nilai yang mana satukah yang akan mendidik dengan ikhlas dan berkesan? Sama ada guru yang memiliki nilai instrinsik atau ekstrinsik?

Anda bebas mengemukan komentar berdasarkan ilmu, pengamatan dan pengalaman diri sendiri di sini, mungkin untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama oleh sebilangan besar calon-calon guru, atau guru sedia ada, atau teman guru atau masyarakat seluruhnya.

Pada kesempatan ini, ana ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas para guru yang telah mendidik ana sehingga mencapai kejayaan dan memiliki sedikit nilai yang memandu hidup kini. Ana percaya, mereka semua memiliki nilai instrinsik yang mungkin mereka tidak sedari tetapi hasil kerja mereka yang menterjemahkannya. Tahniah guru-guruku dan juga tahniah kepada sebahagian guru hari ini yang memiliki nilai instrinsik untuk memandu mereka tidak jemu mendidik anak bangsa menjadi mulia.

Jadi, untuk diri anda, apakah sebenarnya yang menjadikan anda berhasrat nak jadi cikgu? Dan apakah dengan sebab itu, anda percaya ia akan memberi kesan yang baik kepada tahap pendidikan anak bangsa, dan kepada pembentukan modal insan setiap warganegara kita kelak? Sila catatkan respon anda…

Minta maaf jika ada terkasar bahasa. Wallahu aklam

Advertisements

5 Komen (+add yours?)

  1. muslim
    Feb 11, 2010 @ 07:07:17

    guru dahulu umpama lilin..membakar diri untuk menerangi oran lain. guru kini umpama tnb..membekalkan tenaga untuk menerangi orang lain..tapi bayor bapok mahal

    IR: hehe. tinggi metafora aok Lim..

    Balas

  2. Trackback: Semakan MTest Hari ini « IbnRajab Online
  3. Trackback: KPLI ambilan Jan 2011 « IbnRajab Online
  4. nurin93
    Mac 22, 2011 @ 19:24:51

    Kalau jadi guru..ia merupakan satu bentuk perkongsian paling efektif.Kenapa?Coz menjadi guru bererti kt memberi dan pelajar akan bertindak balas utk bertanya apa yang mereka tak tahu dan kadang2 pelajar memberi suatu pengalaman berharga buat guru iaitu kejayaan mereka.Guru bukan setakat mengajar tapi juga membantu.Dan paling penting guru bukan setakat mampu menjadi orang yang berguna tetapi dapat melahirkan 1000 lagi orang yang berguna.

    Balas

  5. Trackback: Selamat Hari Guru 2011 « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: