Doa bahasa Arab

Bismillahirrahmanirrahim

Sebagai orang mukmin, kita sangat digalakkan agar berdoa. Nabi SAW berpesan yang bermaksud: Senjata orang mukmin adalah doa. Sebaik-baik doa adalah yang diucapkan dengan ikhlas. Sekiranya mampu hendaklah pula dengan menggunakan bahasa Arab kerana kemuliaan bahasa itu. Bahasa Arab adalah bahasa yang dituturkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Bahasa Arab juga bahasa Ahli syurga.

Apabila berdoa menggunakan bahasa Arab, hendaklah seboleh-bolehnya mengetahui asas-asas bahasa itu. Tidak boleh ikut suka hati sahaja. Satu keistimewaan bahasa Arab adalah, kalau pendengarnya adalah seorang yang sangat peka tentang bahasa itu, ia boleh mendatangkan ketidaksenangan di hati apabila mereka mendengar suatu kesalahan. Semacam ada gangguan apabila mendengar bahasa Arab yang disebut secara membuta tuli dan secara sambil lewa sahaja.

Kalau ia (bahasa Arab) dikaitkan dengan al-Quran, maka lebih dahsyat. Sebab itulah sebelum membaca al-Quran seseorang perlu belajar tajwid. Kalau anda perhatikan, guru al-Quran sangat sensitif (garang dan marah) apabila mendengar muridnya tidak lancar atau tidak fasih membaca al-Quran. Setiap sebutan ayat-ayat al-Quran mesti dituturkan sebetulnya. Kalau boleh sefasih sebutan Arab.

Hal ini kerana, kesilapan dalam menggunakan bahasa Arab boleh mengubah maksud ayat al-Quran atau maknanya. Samada kesilapan pada baris, panjang pendek (mad) apatah lagi kesilapan makhraj (tempat atau cara sebutan) huruf. Kesilapan-kesilapan ini hanya boleh diperbetulkan dengan cara belajar. Bukan semata-mata dengar kemudian mengikuti (taklid).

Doa dua ibubapa
Di sini cuba diperturunkan sedikit panduan sekiranya anda ingin berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan kedua ibu bapa.

1. Berdoa seorang diri

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

2. Anda menjadi imam bagi adik beradik anda (seibu sebapa) sahaja

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.

3. Anda menjadi imam orang lain.
Termasuklah kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda. Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di khalayak ramai.


Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) kedua ibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.

Sekiranya anda perhatikan maksud doa dalam kedua-dua situasi terakhir itu nampak macam sama sahaja. Tetapi sebutannya dalam bahasa Arab cukup berbeza. Perkataan walidaina memberi maksud dua orang ibu bapa kami. Ibu bapa yang dimaksudkan adalah orang yang sama kerana mereka berdua juga ibu dan bapa adik beradik anda. Cuma perkataan walidina bermaksud kedua ibubapa-ibubapa kami kerana kedua ibu bapa anda bukannya kedua ibu bapa isteri dan anak-anak anda. Begitu juga mereka bukannya kedua ibu bapa semua makmum anda. Jadi sejumlah ibubapa-ibubapa itulah yang membezakannya.

Ikut perkataan al-Quran
Ada pendapat mengatakan doa ibubapa ini dipetik daripada ayat al-Quran (surah al-Isra’ ayat 24). Maka ikut sahajalah perkataan al-Quran. Itu bagus dan tepat sekali. Cuma kalau ikut perkataan al-Quran kita tak boleh ubah ayatnya. Mesti naqal (nukil) satu persatu. Maka anda perlu memetik potongan keseluruhan ayat tersebut iaitu:

Cuma sekiranya anda perhatikan lagi, dalam ayat berkenaan tidak ada perkataan “ampunkan dosa”. Maka anda tidak perlu menambah perkataan “ighfir zunub”. Ayat al-Quran tidak boleh disebut secara sesuka hati, ditambah dibuang di mana suka sahaja. Pelajarilah bahasa Arab. Jangan sakiti telinga mereka yang tahu sedikit sebanyak tentang bahasa Arab (apatah lagi mereka yang mahir seperti guru-guru al-Quran) apabila mendengar doa-doa dibacakan.

Sekian, wallahu aklam.

Advertisements

13 Komen (+add yours?)

  1. Mohd Rizal Mohd Zahari
    Mei 18, 2011 @ 09:10:45

    Alhamdulillah, suatu penjelasan yang amat bermanfaat. Syukran ya ustaz

    IR: afwan, ahlan wa sahlan..

    Balas

  2. Mohd Rizal Mohd Adris
    Mei 26, 2011 @ 07:14:46

    Jazakallah…. perkara asas yg sering dipandang enteng. terima kasih ya ustaz

    IR: ahlan…

    Balas

  3. dodi susanto
    Mei 31, 2011 @ 00:08:07

    السلام عليكم ورحمةالله وبركة
    انالله وانااليه راجعون
    الحمدلله
    استغفرالله
    إن شاء الله
    ماشاءالله
    سبحان الله
    نعوزبالله
    الله اكبر
    لااله الاالله
    وعليكم السلام ورحمةالله وبركة

    IR: syukran

    Balas

  4. Abu Mann
    Jul 08, 2011 @ 07:55:54

    As salam Ustaz. S
    aya mengucapkan syukur kehadrat Allah swt kerana telah berjumpa dengan blog ustaz yang dapat membantu saya memahami dengan lebih jelas.

    Saya ingin bertanya ayat Al Quran yang ada di dalam doa yang tidak boleh diubah atau ditambah.

    a) Doa Iftitah

    Di akhir doa iftitah ada disebut ” Inna solati ………………. wa ana minal muslimin” [maaf saya tiada arbic font dan terpaksa tulis dalam rumi]
    Dalam surah Al Anaam ayat 162 dan 163 ada ayat yang sama kecuali pekataan “wa ana au walu” dalam surah Al Anaam di tukar kepada “wa ana mina”

    Terdapat perubahan ayat Al Quran dalam lafaz di atas dan minta ustaz jelaskan.

    b) Doa penutup

    Doa penutup yang selalu dibaca ada lafaz ” Rabbana taqobal minna doaana innaka antassamiul alim”
    Dalam surah Al Baqarah ayat 127 tidak ada perkataan “doaana”

    Terdapat penambahan ayat Al Quran dalam lafaz di atas dan minta ustaz jelaskan.

    Wassalam

    Abu Mann

    IR: syukran akh Abu Mann atas kesudian menitipkan komen dan melayari IbnRajab Online. semoga perkongsian bermanfaat. menjawab persoalan akh, ana sememangnya dah sebut dlm artikel, apabila berdoa, kita memetik “iqtibas” ayat al-quran, dan itulah doa terbaik (dgn memetik ayat al-quran) krn ayat al-Quran itu drpd Allah berbanding doa rekaan sendiri. Apabila memetik, kita perlu sesuaikan dgn kaedah atau laras bahasa doa itu (meraikan mufrad, muthanna, jamak dsb).. kec jika kita ingin membaca al-Quran dgn niat itu ayat al-quran maka tidak blh dilakukan perubahan.. berdosa besar merubah2 ayat2 al-Quran.. sbb itu ia dinamakan doa iftitah dll.. kec, jika anta baca ayat2 doa tadi sebagai al-quran, cth selepas bacaan alfatihah kan kita baca surah atau “ma tayassara min al-Quran”.. maka pada saat itu, jika diubah, batal solat kita akh.. wallahu aklam.

    Balas

  5. Abu Mann
    Jul 08, 2011 @ 15:06:54

    syukran ya ustaz atas penerangan tersebut.

    Balas

  6. Abu Mann
    Jul 12, 2011 @ 07:59:52

    As salam Ustaz. Saya Abu Mann sekali lagi ingin bertanya dan mendapat penerangan lebih lanjut berkaitan doa untuk ibubapa versi 2 [ doa dari adik beradik untuk ibubapa yang sama].

    Ada buku-buku panduan fardhu ain, solat dan doa menggunakan perkataan “SOGHIRO” di akhir doa ini sedangkan apa yang ustaz tulis di atas ialah “SAGHIRO”.

    Apakah makna kedua perkataan ini dan kenapa lebih sesuai guna “SAGHIRO”?

    Terima kasih.

    IR: blh la tu.. soghira atau saghira.. tulisan rumi x detail.. arabnya huruf sad berbaris di atas

    Balas

  7. MOHD FAIRUZ
    Mac 07, 2012 @ 18:46:18

    As Salam ya ustaz boleh tak saya nak minta ustaz betulkan bacaan serta makna doa dibawah dan kalau boleh nak minta ustaz serta tulisan salam bahasa arab:(maaf saya takde keyboard tulisan jawi)
    Auzubillahiinasyaitani ajim, Bismillahirahmanirahim, Allhuma Ya Ghani Ya Hamid, Ya Mubdiuu Ya Muid, Ya Rahim Ya Waddud, Ya Faallulima yurid, aiinii bihalalika wabiharamika, wabifadhlika Amma Ya Siwak.

    Harap ustaz dapat mencerahkan bacaan dan tulisan saya initial. Wallahuallam syukran laka.

    Balas

  8. busyra hafiz
    Mac 11, 2013 @ 02:32:04

    pendakwah yang baik hati….

    Balas

  9. busyra hafiz
    Mac 11, 2013 @ 02:34:44

    saya suka laman web ini…banyak ilmu yang saya dapat dari penulisan ustaz….maafkan saya sekiranya saya mengambil apa saja daripada penulisan ustaz untuk saya sampai kepada keluarga saya dan pelajar saya…syukran kasiran…barakaa allah….

    IR: takpe.. mmg itu pun niatnya laman kecil ini wujud.. alhamdulillah sekiranya perkongsian di sini dapat diambil manfaat secara bersama

    Balas

  10. Muhammad shahrizal
    Sep 19, 2013 @ 21:59:17

    Assalamualaikum Ustaz , saya di tegur oleh seorang pakcik tentang penggunaan ” sighoro” di akhir ayat . Pakcik itu mengatakan yang “sighoro” tiada maksud apa-apa berdasarkan dari gurunya . Saya memohon penerangan dari Ustaz tentang apa perbezaan (maksud) di antara “Soghiro dan Sighoro” dan cara penggunaan kedua-dua ayat itu supaya saya tidak berasa was-was . ^_^

    IR: pakcik tu saja nk test je.. betul2 kita mengaji arab ke tdk.. soghiro itu kata singular maknanya “ketika saya kecil” manakala sighoro itu plural maknyanya “ketika kami kecil”. wallahu aklam

    Balas

  11. sani
    Okt 20, 2013 @ 00:29:50

    Assalamualaikum Ustadz, kalau berdoa meng imami orang lain, lafadz rizqi nya, RIZQINA atau RIZQONA?

    Balas

  12. ibnrajab
    Okt 22, 2013 @ 16:17:49

    arzaqana.. wallahu aklam

    Balas

  13. Syasya
    Jun 17, 2016 @ 12:53:39

    Adakah doa arab ibubapa yg lain??

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: