Jurnal Atas Talian

Assalamu’alaikum wbt dan salam hormat penuh kasih sayang.

Sengaja saya publish post berkenaan jurnal-jurnal atas talian (online) bagi memudahkan rujukan ahli akademik sekalian. Jurnal-jurnal sememangnya sangat diperlukan di saat mereka ingin membuat sorotan literatur atau apa yang dinamakan sebagai kajian perpustakaan bagi tajuk-tajuk kajian yang berkenaan.

Rujukan kepada artikel-artikel jurnal yang terkini melambangkan kemampuan sejati seorang penyelidik. Juga membantu mereka mengenalpasti GAP atau jurang yang membezakan kajian yang ingin dilakukan dengan kajian-kajian lampau sedia ada.

Dunia ilmu, atau dunia akademik sebenarnya adalah kehidupan tanpa sempadan. Nabi Muhammad SAW berpesan, sesiapa yang inginkan kehidupan di dunia maka dengan ilmu, ingin akhirat juga dengan ilmu bahkan jika ingin bahagia dan selamat di kedua-dua alam dunia dan akhirat juga dengan ilmu.

Siapa sangka, dengan menulis (buku, artikel) yakni perkongsian ilmu, dikatakan umur manusia menjadi panjang. Walaupun jasad telah lama bersemadi di perut bumi, namun tulisan-tulisan mereka kekal untuk dibaca oleh para cendikiawan mahupun ahli akademik yang baru bertatih. Kadang-kadang apabila membaca tulisan-tulisan tersebut, dirasa seolah-olah kita sedang berinteraksi dengan penulis.

Buatlah kajian, kongsi-kongsilah dapatan kajian anda tersebut sama ada melalui pembentangan di seminar-seminar, kolokium ataupun dihantar untuk diterbitkan dalam jurnal. Sekiranya dapat diterbitkan dalam jurnal yang berwasit (berperantaraan) dan dimuatnaik ke internet pula, insyaAllah ilmu anda akan berkembang dan dikembangkan oleh generasi akan datang tanpa disangka-sangka dan dipinta-pinta.

Dengan yang demikian, sukacita dipohon kepada para pengunjung IbnRajab Online sekalian, yang ada menyimpan link-link jurnal online agar dapat berkongsi di ruangan komentar untuk saya tambahkan dalam koleksi kecil dalam sudut blog ini. Semoga perkongsian yang kita nampak kecil ini amat besar nilainya dalam kalangan pencinta ilmu.

Setakat ini, hanya 14 laman ini sahaja yang dapat saya senaraikan (rujuk sidebar di sebelah kanan blog ini). InsyaAllah jumlah pautannya akan bertambah dari masa ke masa. Dengan bantuan anda jua.

Wallahu aklam, selamat mencari ilmu dan mengkaji, wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: