Harta Pusaka

Bismillahirrahmanirrahim

Harta Pusaka adalah harta peninggalan seseorang (selepas kematian) kepada para warisnya. Kebiasaannya peninggalan orang tua kepada anak-anak mereka. Boleh berlaku sebaliknya iaitu harta peninggalan si anak (yang meninggal terlebih dahulu) dan diwariskan kepada ibubapa. Pengurusan harta pusaka ini telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah SWT melalui hukum al-Faraid (surah al-Nisa ayat 11 dan ayat 176).

Apabila sesuatu harta pusaka itu ingin dibahagikan, kebiasaannya semua mereka yang terlibat (samada anak-anak, isteri-isteri akan) dipanggil oleh pihak yang berkuasa, mereka diberi pilihan samada ingin membahagikan harta pusaka mengikut hukum al-faraid ataupun mengikut hukum biasa iaitu sama banyak antara lelaki dan perempuan (sebaliknya mengikut faraid, anak lelaki akan memperolehi dua bahagian manakala perempuan satu bahagian sahaja). Kebanyakan yang terjadi, sebahagian masyarakat memilih untuk tidak menggunakan pembahagian secara al-Faraid ini lalu memilih pembahagian sama rata.

Ulama bersepakat bahawa, sekiranya berlaku pertelingkahan walaupun daripada seorang wasi (yang layak menerima pusaka) maka hukum al-faraid wajib diikuti. Iaitu membahagikan harta pusaka mengikut ketetapan lelaki akan menerima dua bahagian manakala perempuan satu bahagian. Sebaliknya, jika ada kata sepakat (daripada semua pihak yang layak terima pusaka itu) maka mereka berhak membuat pilihan samada ingin mengikut hukum faraid ataupun pembahagian biasa. Kerana pada masa itu, tidak ada persengketaan bahkan mereka sebulat suara bersetuju.

Ada sebahagian ulama lain berpendapat, pembahagian harta pusaka mesti mengikut hukum al-faraid. Kerana ia adalah ketetapan Allah berkenaan pengurusan harta pusaka itu. Setelah dibahagi, dan (pihak wasi) masing-masing menerima hak masing-masing, maka bolehlah pada masa itu sekiranya mereka ingin sedekahkan bahagian mereka kepada mana-mana wasi lain (atas kerelaan sendiri). Kerana harta (bahagian) itu tadi adalah milik mereka. Terserahlah kepada mereka untuk menguruskannya.

Mengikut pendapat ana, samada membahagikan harta mengikut faraid atau undang-undang sedia ada sama sahaja. Bahkan kalau ikut faraid, sekiranya seseorang (wasi itu) orang kaya, manakala ada dalam kalangan adik beradiknya kurang kemampuan sedikit, sudah tentu si kaya tadi ingin bertimbang rasa dengan limpahan kurniaan rezeki Allah kepadanya, lalu ingin diberikan bahagiannya itu kepada saudaranya yang berada dalam kesempitan. Atas kerelaannya sendiri. Mungkin ada sedikit kerumitan daripada segi masa pengurusan. Iaitu setelah dibahagikan mengikut faraid, hendak pula diadakan majlis akad satu lagi, iaitu akad menyerahkan haknya. Tidakkan sekiranya pilihan kedua (iaitu mengikut hukum biasa) diamalkan, maka itu akan lebih menjimatkan masa.

Namun sebaliknya, kalau timbul ketidak senangan dalam kalangan mana-mana pihak (wasi) yang terlibat, maka pendapat wajib menggunakan hukum al-faraid itu hendaklah diamalkan. Begitu juga sekiranya ada dalam kalangan wasi yang belum mencapai umur baligh. Iaitu had kematangan menguruskan harta dan mengeluarkan pandagan yang bijak. Pada masa itu juga, semua mereka yang terlibat wajib memilih untuk dibahagikan harta pusaka mereka ikut al-faraid. Wallahu aklam.

Ada juga orang bertanyakan ana. Sekiranya sebelum meninggal dunia, seseorang terlebih dahulu menjual harta pusaka mereka. Apa hukumnya. Jawapan ringkas (dengan pengetahuan yang cetek ini) ana menjawab, kerana hak masih ditangannya, dan disertakan dia adalah orang yang layak menguruskan harta, maka tiada sekatan untuk dia menjual hartanya walaupun harta itu bukan hasil usahanya tetapi adalah harta pusaka.

Cuma kalau mengikut pandangan peribadi ana, tidak patut sangatlah seseorang menjual harta pusaka mereka (yang berupa harta tanah, bangunan, syarikat dan aset bernilai yang lain) kerana semua itu bukan 100 peratus miliknya. Iaitu harta itu tidak diperolehi dengan hasil titik peluh sendiri. Sebaliknya hanyalah diwarisi dari generasi sebelumnya. Kita sudah tentu sedia maklum bahawa, kalaulah ia sebidang tanah, maka sudah tentu pewaris awalnya berniat untuk ia diwarisi oleh anak cucu. Kalau dahulu mereka nak jual dan tinggalkan harta berbentuk wang ringgit, sudah tentu mereka lebih berhak untuk jual. Kecualilah harta peninggalannya hanyalah sekangkang kera, atau dua tiga unit saham syarikat, sudah tentu sukar untuk dipertahankan dan diwarisi oleh bilangan wasi yang ramai. Dengan itu bolehlah dijual.

Seperkara lagi ana selalu perhatikan, sekiranya seseorang itu gemar sangat menjual harta pusaka, lama kelamaan sifat suka menjual itu menjadi suatu ketagihan. Sehingga habis harta pusaka peninggalan orang tua dijualkannya, dan tidak ada langsung yang boleh ditinggalkan kepada waris yang terkemudian. Apa yang lebih menyedihkan, walaupun selalu jual (biasanya tanah) harta pusaka, nasib mereka tidak juga berubah. Malah semakin miskin, sukar mencari rezeki dan dipandang hina juga dalam masyarakat. Mereka ini diibaratkan sebagai orang yang mendapat bekalan ikan tetapi tidak tahu menahu tentang cara bagaimana memancing atau mendapatkan ikan yang lain.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah apabila kita berhadapan dengan pengurusan harta pusaka. Pertama sekali, seboleh mungkin kita usaha untuk gunakan kaedah pembahagian yang disyorkan oleh syarak iaitu dengan menggunakan hukum faraid yang dijamin lebih berkat. Keduanya, jangan sesekali kita ada hati untuk menjual harta pusaka, sebaliknya menjadikan ia sesuatu yang boleh diwarisi dari satu keturunan ke satu keturunan yang lain. Orang kata biar ada kenang-kenangan.

Paling baik, kalaulah kita mampu, maka wakafkanlah harta pusaka itu untuk dijadikan masjid, surau atau tempat-tempat kebajikan yang lain. Kerana hasilnya (pahala wakaf iaitu amal jariah) nanti akan mengalir bukan sahaja kepada akaun kita (di sisi Allah) secara berterusan bahkan kepada akaun-akaun orang tua kita yang telah meninggalkannya untuk kita suatu ketika dahulu. Ingatkan penat lelah dan hasil titik peluh mereka. Lakukanlah yang terbaik kerana mereka sebagai orang tua selalu memikirkan kebaikan kita. Apa salahnya kalau kita pula membalasnya dengan melakukan yang lebih baik buat bekalan mereka (di sisi Allah sana).

Kalau nak dirikan rumah, nak duduk rumah besar, ada tanah dan kebun maka bekerja keraslah ke arah itu. Berusahalah mencari rezeki yang Allah sediakan. Kalau orang tua boleh buat, masakan kita selaku waris mereka yang terkenal dengan pandai buat harta ini tidak dapat lakukannya. Takan pandai perhabis harta sahaja.

Sekian, wallahu aklam dan wassalam.

Advertisements

64 Komen (+add yours?)

  1. haslan
    Sep 24, 2008 @ 12:39:25

    salam
    lebihan wang tunai dalam akaun tabung haji atau bank si mati yg jumlahnya lebih kurang rm2500, boleh ke di dermakan ke institusi2 seperti maahad tahfiz, rumah anak yatim, sekolah agama, atau dana pembinaan surau/masjid? mana yg lebih baik di didermakan kepada rumah anak yatim atau maahad tahfiz?
    haraf dapat maklum balas dari tuan
    wasallam

    IbnRajab: semuanya baik insyaAllah. pilihlah yang paling berdekatan

    Balas

  2. Tuantaip
    Nov 30, 2008 @ 23:18:02

    Jawapan untuk Haslan
    “lebihan wang tunai dalam akaun tabung haji atau bank si mati ” apa maksud lebihan wang tunai ni?
    Apa pun itu adalah wang simpanan simati. Jika anda adalah wasi atau pemegang amanah, anda perlu menyelesaikan Faraid nya dahulu. Terpulang pada waris yang menerima wang itu cara mana hendak digunakan. Jika menderma kemana-mana tanpa persetujuan waris, ianya haram.

    IbnRajab: biasanya pihak institusi kewangan negara ini tlh menetapkan lebihan wang kurang RM5000 dari akaun si mati blh dikeluarkan oleh waris tanpa perlu dirujuk kepada Amanah Raya Berhad. Penyelesaian harta pesaka si mati mengikut faraid hendaklah dilakukan sekiranya ada bantahan atau pertikaian antara waris. sebaliknya, sekiranya waris (atau semua waris) bersetuju dan sepakat, tidak perlu dirujuk kepada faraid. Sdr Tuantaip, sila rujuk hukum asal faraid. tq

    Balas

  3. abu anas
    Dis 09, 2008 @ 10:06:03

    Ana akur dengan khilaf ulama dalam masalah pembahagian harta pusaka. (Kalau boleh nyatakan rujukan buku dalam masalah ini)
    Cuma ana tidak bersetuju apabila anta kata”Mengikut pendapat ana, samada membahagikan harta mengikut faraid atau undang-undang sedia ada SAMA SAHAJA”
    Bagi ana hukum Allah dengan hukum manusia tak sama…

    IbnRajab: pendapat ana di sini maksudnya sama ada nak bahagikan harta pesaka ikut faraid atau nak bahagi ikut pilihan wasi sekiranya ada persefahaman itu sama sahaja. bukan hukum Allah dan manusia yg sama. Wal ‘iyazu billah. Wallahu aklam

    Balas

  4. Al-amin
    Feb 12, 2009 @ 23:04:05

    Ayah saya telah menamakan saya sebagai pemilik tanah setelah beliau mati. Ini akan “valid” setelah dia mati. Ditakdirkan Allah dia meninggal. Adakah perkara ini dikira wasiat? dan hanya 1/3 darinya harus diikuti? Atau Ianya menjadi milik penuh saya, atau saya harus membahagikan mengikut faraid kepada pewaris yang lain.

    IbnRajab: penerima pesaka (anak) tidak blh menerima wasiat. pihak berkuasa akan membahagikan harta pesaka trsbut. kalau semua setuju dibahagikan sama rata, kalau ada pertelingkahan, maka dirujuk kpd faraid. wallahu aklam.

    Balas

  5. Al-amin
    Feb 13, 2009 @ 23:12:58

    Saya keliru dengan perkataan anak tidak boleh menerima wasiat? Boleh huraikan?

    IbnRajab: dalam ilmu faraid (tatacara pembahagian harta pesaka), menjelaskan bahawa harta seseorang boleh diwasiatkan, cuma hanya satu pertiga sahaja dibenarkan berdasr hadith Rasulullah SAW. kerana 2/3 baki itu hendaklah dijadikan harta yang difaraidkan (dibahagi kpd waris2nya yang layak, spt anak2, isteri). cth bapa tidak boleh mewarsi harta anaknya sekiranya dia mempunyai cucu. ttp bapanya blh menrima wasiat anaknya itu (yg ingin juga memberikan hartanya kepada ayahnya). Kalau seseorg mewasiatkan kepada penerima faraid yg layak, maka wasiat itu tidak dikira kerana mereka tidak boleh menrima wasiat dalam perundangan ilmu faraid. wallahu aklam.

    Balas

  6. Al-amin
    Feb 16, 2009 @ 01:53:46

    Terima kasih, kini saya jelas akan duduk perkara.

    IbnRajab: alhamdulillah. satu lagi, org tua blh terus membahagikan hartanya kpd anak2 semasa hayatnya mengikut keadilan yg diamanahkan Allah ke atasnya. tetapi sekiranya ia adalah wasiat yg tiada hitam putih pembahagian, itu yg dimaksudkan penerima pusaka tidak layak wasiat krn mrk layak menerima pusaka. sebaliknya sekiranya tlh dibahagi2kan dgn rasmi (harta tlh atas nama anak sebelum mati, itu blh ttp perlulah pertimbangan yg adil

    Balas

  7. siti
    Mac 06, 2009 @ 11:14:10

    mak mentua saya telah meninggal 2 bulan yg lepas, sebelum meninggal dia ada berkata bahawa semua barang2 kemasnya ingin diberikan pada tiga anak perempuannya iaitu dibahagikan sama rata. Adakah wasiat itu sah disisi Islam kerana anak2nya yang lelaki tidak mendapat bahagian dari emas2 tersebut atas alasan mak mentua telah pun berwasiat begitu kepada anak2 perempuannya.

    IbnRajab: pndpt ana, kalau dilihat seolah2 barang2 kemas itu tlh dibahagi sebelum meninggal, cuma anak2 belum ambilnya sahaja maka mmg anak2 lelaki tak dapat. tapi kalau ia dianggap sebagai harta peninggalan si mati, ianya perlu dibahagikan mengikut ketetapan Allah bila ada pertikaian, sekiranya tiada (maksudnya adik beradik lelaki itu redha ia adalah ihsan ibunya kpd adik2 prmpuannya) maka hasrat si mati itu blh ditunaikan. Wallahu aklam, sila rujuk mahkamah syariah

    Balas

  8. siti
    Mac 07, 2009 @ 13:37:29

    Assalamualaikum…
    bolehkah suami mengambil duit KWSP isterinya yg telah meninggal sedangkan hasil simpanan KWSP itu semuanya adalah semasa isteri tersebut bujang, Isteri tersebut telah berhenti kerja sebaik saja dia berkahwin. Siapakah yang lebih berhak keatas harta tersebut? Terimakasih.

    IbnRajab: kalau isteri menamakan suaminya sbg nominee (penerima) maka duit trsbut akan dimilikinya. kalau tiada penama, dan sekiranya dituntut, maka ia akan melalui proses2 menuntut harta pusaka. dirujuk kpd mahkamah syariah.

    Balas

  9. arip
    Mac 15, 2009 @ 19:23:31

    fatwa telah dikelurkan bahawa KWSP adalah harta pusaka. jadi nominee hanya dapat 1/3 dan jadi pentadbir bagi baki utk dibhg ikut hukum faraid.

    IbnRajab: ya betul. 1/3 diterima atas dasar wasiat. 2/3 lagi blh dikeluarkan dgn mengemukakan sijil faraid. wallahu aklam

    Balas

  10. Shah
    Apr 21, 2009 @ 18:58:02

    Assalamualaikum…
    Kami mempunyai harta pusaka yang mempunyai 3 penama.. Arwah ayah saya adalah salah seorang penama tersebut, manakala dua lagi adalah adik perempuanya. Soalan saya:
    1.Adakah ibu saya berhak keatas harta tersebut?
    2.Bagaimana pembahagian mengikut sistem faraid?
    3.Adakah ibu saya masih layak mendapat 2/3 seperti sistem faraid ?
    4. Adakah 2adik perempuan(Ibu saudara) kepada ayah saya mendapat lebih dari harta tersebut?

    IbnRajab: harta pusaka adalah harta peninggalan si mati. Kalau ayah sdr/i mempunyai harta sebelum mati, maka ibu sdr/i dptlah bahagiannya. 2/3 dalam sistem faraid bukan 2/3 spt dalam matematik. ia akan berubah2 mengikut bilangan pewaris. wallahu aklam

    Balas

  11. naida
    Mei 21, 2009 @ 14:02:28

    Assalamualaikum…
    kakak saya br kematian suami.Arwah ada meninggalkan isteri, 1org anak perempuan, 3 anak lelaki serta ibu & bapa. arwah juga ada meninggalkan harta spt:

    1) rumah (nama brsama kakak saya)
    2) kereta (masih hutang atas nama arwah)
    3) kwsp (penama kakak & anak2)
    4) insuran (sblm arwah meninggal,beliau ada menyatakan secara lisan bhw klo apa2 trjadi kpd dirinya, insuran ni hak kakak saya)

    soalan saya:
    1) duit kwsp tu kakak saya nk selesaikan segala hutang arwah trmasuk hutang kereta brlah difaraidkan. masalahnya ialah anak perempuannya adalah anak luar nikah. bolehkah beliau mndapat bahagiannya? ini kerana semasa hidup, arwah meletakkan nama beliau sbg penama.

    2) perlukah duit insuran itu difaraidkan? sbb saya ada baca, dimana insuran dikatakan bukanlah simpanan. xperlu difaraidkan.

    3) bagaimana kakak saya nk menuntut harta sepencarian?

    IbnRajab: w’salam. kalau semua harta melibatkan pihak berkuasa sila rujuk pejabat agama utk dapatkan sijil faraid.. tanpa sijil itu, harta tidak dapat dikeluarkan kpd mana2 pihak. wallahu aklam

    Balas

  12. hanafi bin abu bakar
    Dis 23, 2009 @ 16:12:40

    soalan 1.

    adakah layak seorang menantu dan cucu2nya menuntut harta pesaka pak mentua yang mana anaknya telah meninggal dunia sebelum atau selepas bapanya meninggal dunia.

    IR: kewujudan anak menghalang cucu drp menerima pusaka seseorang. kematian anak jg turut menghalang cucu drp menerima pusaka krn pusaka tidak diwarisi sebelum kematian. namun, sekiranya mahu, si bapa blh menamakan hartanya semasa hayat kpd mana-mana pihak yg diingini sama ada ia anak, cucu, badan kebajikan mengikut amanah keadilan drpd Allah ke atas dirinya. wallahu aklam

    Balas

  13. hanafi bin abu bakar
    Dis 23, 2009 @ 16:33:05

    assalamualaikum,
    IR: wa’alaikumussalam wbt

    persoalannya ayah telah meninggal dunia selepas datuk meninggal dunia, tetapi semasa ayah masih ada pembahagian harta pesaka belum dibuat. Pada masa sekarang pembahagian harta pesaka hendak dibuat. jadi soalannya adakah adanya bahagian harta pesaka untuk menantunya dan juga cucu-cucunya?
    IR: sila rujuk pej agama, mereka akan keluarkan sijil faraid berdasarkan tuntutan2 yg dikemukakan. bhgian si ayah akan dibahagikan kpd waris2nya yg layak termasuk balunya. wallahu aklam.

    soalan kedua.

    Siapakah waris kadim, tolong senaraikan
    IR: ana perlu masa utk merujuk istilah ini

    Balas

  14. hanafi bin abu bakar
    Dis 24, 2009 @ 16:37:59

    asalamualaikum,

    soalan : jika si ayah meninggal sebelum datuk meninggal, ada ke tidak bahagian harta pesaka untuk cucu2nya iaitu anak si ayah yang telah meninggal sebelum datuk meninggal?

    IR: tidak ada. wallahu aklam

    Balas

  15. amrie
    Jan 11, 2010 @ 16:03:50

    assalamualaikum tuan yang empunya blog,

    Saya ingin memohon penjelasan dari tuan, diharap tuan dapat memberi penjelasan berkenaan soalan saya ini. Soalannya, adakah insurans konvensional boleh difaraidkan atau dibuat pembayaran bagi hutang si mati? mohon penjelasan.

    sekian

    IR: apa2 harta peninggalan si mati adalah utk diguna bg membayar hutangnya. kemudian upah haji. jika ada lebih hendaklah difaraidkan. wallahu aklam

    Balas

  16. mohd
    Dis 07, 2010 @ 18:57:57

    Assalamualaikum.Ayah telah meninggal dunia dan telah meninggalkan kami adik beradik sejumlah wang simpanan di sebuah koperasi.Setelah membuat tuntutan,pihak koperasi telah menyerahkan kesemua simpanan ayah tesebut kepada kami dalam bentuk cek.Oleh kerana prosedur syarikat,hanya anak sulung yang diletakkan sebagai penama kepada cek tesebut tetapi disertakan dengan surat agar harta tersebut hendaklah dibahagikan mengikut syarak kepada waris yang layak.Malang sekali apabila saudara kami yang sulung itu enggan membahagikan harta tersebut seperti yang dinyatakan oleh surat tersebut.Alasannya,dia mahu kami, adik2 membayar bahagiannya iaitu NILAI dalam harta-harta tak alih arwah yang lain(tanah,rumah) dahulu secara TUNAI kepadanya sebelum simpanan koperasi tersebut diagihkan kepada kami walhal tiada siapa pun antara kami yang mampu memenuhi permintaanya itu kecuali aset2 tersebut dijual.Perlu dimaklumkan juga bahawa arwah ibu dan ayah telah berpesan agar rumah dan tanah pusaka tersebut tidak dijual dan kami tidak bercadang menjualnya.Berulang kali juga kami menasihatinya agar kami adik beradik mendapat nasihat secara lisan di pejabat agama tetapi dia tetap enggan berbuat demikian.Kami telah buntu dan harap dapat membantu dan menasihati.

    soalan
    1. Apakah hukumnya jika tidak mengagihkan wang pusaka seperti yang sepatutnya?
    IR: berdosa

    2. Apakah kami perlu membayar secara tunai bahagiannya dlm harta2 lain(tanah,rumah) sedangkan kami tidak mampu?
    3. Adakah cara lain kami ingin menuntut hak kami tersebut?

    IR: pergi ke mahkamah, ishtiharkan semua harta2 si mati. mahkamah akan keluarkan borang dan disiplin tuntutan harta pesaka yg adil.

    Balas

  17. radhiah hajis
    Dis 10, 2010 @ 18:08:51

    Assalamualaikum.
    Seorang lelaki bujang meninggal dunia.Waris yang ada ialah ibu kandung,adik beradik lelaki seramai 7 org,adik beradik perempuan serama 7 org.
    Harta yg ditinggalkan ialah simpanan epf dan sedikit tanah.
    Bagaimanakah cara pembahagian harta pusaka simati bujang tersebut?

    Balas

  18. anaklaut
    Feb 26, 2011 @ 15:48:07

    Bismillahirrahmanirrahim.
    Assalamualaikum…….
    Tuan bapamertua baru meninggal dunia seminggu yang lalu. Isteri saya ada lima beradik 2 lelaki 3 perempuan. Ibu mertua masa ada. Tanah ladang 10 ekar, rumah dan tapaknya 1/4 ekar. Wang tunai dan simpanan -+20,000-30,000, tiada hutang piutang, sebuah kereta dan motosikal. Berapakah pembahagian mengikut faraid. Mohon tuan beri panduan.
    terimakasih

    Balas

  19. zaini
    Nov 09, 2011 @ 08:53:27

    Dalam sistem faraid, jika sebidang tanah boleh dibahagikan, bagaimana pula jika si mati meninggalkan rumah (rumah di taman perumahan)? bermaksud anak sulung lelaki akan mendapat hak mutlak rumah tersebut?

    Balas

  20. ruhil
    Jan 03, 2012 @ 10:11:26

    salam..saya nk tnya sikit, betul ke ada org2 cakap kalu kita mjual harta pusaka ni..kita akan menjadi gila? saya ada tanah yg diwariskan drpd arwah ibu saya dan saya berniat untuk menjual tanah tersebut dengan membeli rumah baru @ yang lain..memandangkan pula rumah trsebut tidak ada siapa yg menghuni…

    Balas

  21. zulkarnain
    Jan 19, 2012 @ 15:37:59

    Salam…saya nak tanya pasal harta dan hasil ladang,
    Pertama harta peninggalan bapa saya untuk dibahagikan pd adik beradik saya mengikut pengiraan faraid lelaki berapa perempuan berapa.
    keduanya hasil ladang setiap bulan macam mana nak bahagikan dalam mengikut
    islam atau sebaik-baiknya setaip bulan hasil ladang RM3000-4500 keatas adik beradik 5 lelaki 3 perempuan,yg menjaga ladang hanya 2 org yg lain setiap bulan akan dtg mengambil hasilnya.

    Balas

  22. Rafidah Ismail
    Apr 07, 2012 @ 03:22:30

    Arwah datuk pernah membeli tanah,tetapi apabila mendirikan rumah arwah menggunakan nama makcik kerana pd ketika itu beliau saja yg boleh membuat loan..akan tetapi byrn bulanan dilunaskan oleh adik beradik arwah datuk & arwah sendiri…nama tanah atas nama makcik,kini makcik telah meninggal & arwah meletakkan nama anak2 arwah sebagai waris walhal duit membeli tanah & melunaskan hutang bank bkn dilakukan oleh arwah makcik…apakah ibu saya & adik2 beliau punya hak keatas tanah itu?kerana tanah diatas nama anak2 arwah makcik saudara saya yg merupakan adik sepupu ibu saya bkn adik kandung…

    Balas

  23. Mustazza Ishak
    Apr 24, 2012 @ 23:30:55

    Assalamualaikum…….Dalam kelurga emak mentua saya ada 5 adik beradik, dua abang nya telah meninggal sebelum emak nya meninggal,dimana harta pusaka tersebut diatas nama emak mereka. Buat masa ini hanya tinggal adik perempuan sahaja.

    1) Soalan:- Boleh kah anak abang yang meninggal tuntut harta pusaka tersebut?

    Balas

  24. fatihahzaidi
    Jul 18, 2012 @ 18:37:31

    assalamualaikum.

    arwah ayah saya ada mengambil insurans(PA insurans). saya nak tanya sama ada boleh untuk ibu saya gunakan duit insurans itu untuk settlekan bayaran kereta lump sum dan jiga berlebih baru di faraidkan. boleh atau tidak? atau insurans itu semua sekali kena faraidkan.

    Balas

  25. atie
    Nov 02, 2012 @ 04:44:30

    assalamualaikum..saya ingin bertanyakan tentang soalan ini..bagaimanakah cara untuk pembahagian harta peninggalan emak saya sedangkan saya adalah anak tunggal dalam keluarga saya dan emak saya telah bercerai dengan bapa saya sebelum ini..adakah harta itu layak terhadap adik beradiknya ataupun sebaliknya..dan bagaimanakah caranya jika emak saya tidak mewariskan hartanya semasa dia hidup

    Balas

    • rafidah
      Nov 19, 2013 @ 15:39:10

      tjuan sya bertanya bkan krn inginkan harta bapa..sya pun xtahu apa.yg arwah ada..bg sya dlm.islam wajib dtuntut bkan apa tkut ada yg xtau..nti tsalah ambil hak org lain..dan juga sya xnk arwah bapa dan abg saya di sana di soal dan disiksa..juga sya xnk ibu saya berdosa krn tdak pegang amanah bapa. adakah jika simati meletakkan penama iaitu ibu… ibu berhak ke atas semua.. dan adakah anak2 yg lain tdak perlu dapat( tuntut ) anak simati dh besar dan berkahwin

      Balas

  26. yana
    Sep 04, 2013 @ 10:31:55

    salam sy nk tnya ayah sy nk jual rumah iyu ada 2nama yg prtama nma arwah ibu sy yg kedua nma beliau..adakah hasil pnjualan itu akan difaraidkn atau sebaliknya??tima kaseh

    Balas

  27. azila
    Sep 14, 2013 @ 10:58:43

    as salam,sya ingin bertya blh ke sya menuntut bah.bapa sya yg tlh meninggal dlu dr datuk sya.datuk sya tlh meniggalkan harta pusaka yg byk dr peninggalan moyang sya lgi.bgaimna cara kami adik beradik menuntut bah ank yatim.bgaimna yg d ktakan ank yatim.kami menjadi ank yatim bkn dah bsar dr kami berumur 8 bln-5thn.

    Balas

  28. JK
    Sep 16, 2013 @ 21:15:53

    Terima Kasih

    Balas

  29. rafidah
    Nov 19, 2013 @ 15:29:21

    sya nk tanya.. bapa saya sdah mninggal.. jd waris lelaki tdak menuntut hak.. krna ibu berkata selagi ibu ada..tiada apa yg nk dtuntut.. jd waris lelaki pun tdaklah membuat apa2 tuntutan demi menjaga hati ibu stelah bapa tiada..siwaris lelaki pun meninggal.. jd apa yg hrus kami lakukan pd siapa perlu kami rujuk..sbb segala buku atau dokumen ibu mcm xnk beri

    Balas

  30. Ibtishamiah
    Dis 13, 2013 @ 14:01:24

    Assalam, saya nak bertanya, ayah saya sudah meninggal dunia dan ada meninggalkan sebidang tanah. Saya mempunyai 5 org adik beradik (termasuk saya jadi 6 orang) 3 lelaki dan 3 perempuan. Tanah tersebut ibu saya bercadang untuk jual sebab tak berbaloi untuk dibahagikan antara kami 6 beradik dan saya bersetuju untuk membelinya. Adik beradik yang lain pun telah bersetuju untuk menolak tanah tersebut kepada saya. Soalan saya, bagaimanakah pembahagian akan dibuat mengikut hukum faraid, jika harga jualan adalah 60k. Berapa bahagian adik beradik lelaki dan adik beradik perempuan serta ibu saya yang saya harus membayar supaya semuanya adil dan sama rata?

    Balas

  31. Che Rosli Che Abdullah
    Ogo 08, 2014 @ 23:51:09

    salam.kami ada lima beradik.semasa hidup arwah ibu telah memberi beberapa keping tanah dan lain2 harta kepada 2 orang adik beradik kerana keperluan terdesak.Arwah emak telah beritau bahawa kamu berdua telah ambil bahagian kamu awal lagi. jadi bahagian kamu berdua telah tiada lagi bila ia meningal kelak.Bila emak meningal,mereka berdua tuntut juga baki harta pesaka emak.Jadi apa kah hukumnya……..

    Balas

  32. ida
    Okt 30, 2014 @ 12:45:15

    salam.saya dan suami duduk rumah pusaka.selepas mertua meninggal dunia,adik beradik suami minta rumah dijual.mereka mahukan wang hasil jualan rumah dibahagikan ikut faraid.saya dan suami sayangkan rumah tersebut.soalan saya,jika saya beli rumah tersebut adakah suami layak dapat wang ikut faraid?

    Balas

  33. Kee Leting
    Nov 09, 2014 @ 22:40:09

    boleh tau prosedur waris harta pusaka tak?
    kena menukar nama kan?atau buat pindah milik?

    Balas

  34. nazrul
    Nov 29, 2014 @ 00:58:23

    Salam mohon pencerahan..ibu saya baru teringat yang arwah bapanya ada mewariskan tanah ke atas nama Ibu saya ..tapi geran tanah tersebut dah hilang…ibu saya tidak tahu bagaimana hendak menuntut balik harta tersebut.nombor lot tanah juga ibu saya tidak tahu…adakah Cara untuk kita mendapatkan kembali details tanah tersebut.yang IBU saya tahu hanya nama kawasan sahaja.

    Balas

  35. sofea
    Dis 06, 2014 @ 18:59:33

    Assalamualaikum.. saya ingin bertanyakan tentang rumah pusaka arwah nenek saya.. Arwah nenek dan atok saya telah mewariskan sebahagian rumah pusaka itu kepada arwah ayah saya semasa arwah ayah saya masih hidup. Tetapi sejak arwah ayah saya meninggal dunia, tiada sesiapa yang mengambil alih menjaga rumah tersebut kerana geran rumah tersebut masih dipegang oleh pakcik saudara saya kerana tanah di kampung besar dan arwah nenek telah membahagikan bahagian masing2 kepada adik beradik arwah ayah saya.. Jadi sebahagian dr tanah itu telah didirikan sebiji rumah dan telah diwariskan kepada arwah ayah saya. tetapi sejak arwah ayah saya meninggal, pakcik saudara saya tidak serahkan bahagian kepada kami 4 beradik sebagai waris arwah ayah.. adakah kami sebagai anak arwah ayah saya berhak mewariskan harta pusaka peninggalan arwah nenek saya? Dan apa hukum nya kepada orang yang tidak menyerahkan harta pusaka tersebut kepada pewaris anak arwah? dan apa hukumnya kepada orang yang telah memakan duit sewa rumah tersebut tanpa pengetahuan kami sebagai pewaris? saya ingin sedikit penjelasan dan pencerahan.

    Balas

  36. moon
    Dis 26, 2014 @ 00:05:40

    Assalamualaikum mcm saya harta pusaka Arwah abah saya di amanahkan oleh kakak kandung saya saya ikut keputusan mahkamah dgn memberi kn harta tersebut diberikan sama rata so di sini sepatutnya tiap bln kami 3 adik beradik dpt yg sepatutnya tp dia tidak berlaku adil apa patut saya buat yer ustaz sbb bila di minta byk sgt alasan yang diberikan

    Balas

    • Wan Fatimah bt Uda Muhammad
      Dis 12, 2015 @ 16:17:34

      kami ada harta pusaka peninggalan ayah, tapi mak saya telah memberi izin kpd anak lelaki nya no 9 ,utk menukarkan penama tanah kpd anak lelakinya kerana membuat pinjaman rumah tetapi dgn syarat habis pinjaman tukar balik nama emak saya , atau tambah dua pernama lagi tanpa pengetahuan kami yg lain 12 adik beradik, utk pengatahuan tuan , rumah mak saya sekarang ni pun atas tanah yg sama.. baru2 ni adik saya bergaduh dgn mak, sebab tanah .. isterinya mengatakan tanah tersebut sudah di tukar kpd nama dia.. tapi apabila kami semak masih nama adik saya… adik saya sendiri mengaku dia masih ada pinjaman 3 tahun lagi!! soalan nya.. tuan kalau emak saya meninggal dunia sebelum tempoh pinjaman nya, adakah dia berhak sepenuh atas tanah tersebut ( ibu saya berumur 84 thn) dan apa kah patut saya buat ? buat masa ini

      Balas

  37. aidah
    Dis 29, 2014 @ 11:46:25

    assalamualaikum…nk tnya 1 soalan..brpa lama proses di makamah syariah mengenai waris?

    Balas

  38. khayrool
    Feb 11, 2015 @ 18:55:15

    Ayah meninggal 2014,Atok, bapa kepada ayah baru meninggal 2015. Layakkah saya sbgai cucu menerima bhgian hrta pusaka atok.jika ya brpkah bhgian saya?

    Balas

  39. Umi Kalthum binti Abu Bakar
    Feb 18, 2015 @ 08:40:55

    GERAN RUMAH ARWAH IBU SAYA TELAH DGADAIKN OLEH ADK SAYA PADA TAHUN 2004 SEBELUM IBU MENINGGAL PADA TAHUN 2010. DN SEHINGGA SEKARANG MASIH BELUM DTEBUS LAGI. NAMA ATAS GERAN MASIH NAMA ARWAH IBU SAYA. KAMI 4 BERADIK TLH MEMBUAT KEPUTUSAN UTK MENJUAL RUMAH PUSAKA INI. BOLEH KE KAMI MENERUSKN PENJUALAN RUMAH PUSAKA INI SEDANGKN GERAN MASIH D BANK. SEKIRANYA GERAN RUMAH PUSAKA INI TLH DTEBUS, BAGAIMANA PROSES SETRUSNYE. HARUSKAH ISI BORANG LAIN SEBELUM DBICARAKN SEMULA D PEJABAT TANAH DN NAMA WARIS4 DMASUKN DLM GERAN ARWAH MAK INI. KEMUDIAN WARIS2 SEBULAT SUARA STUJU MENJUALKN RUMAH PUSAKA INI. BLH KAH PEGUAM MENERUSKN TINDAKAN MENJUAL RUMAH PUSAKA TANPA PERSETUJUAN WARIS2 WALAUPUN PEMEGANG HARTA TELAH DLANTIK BAGI PIHAK WARIS3 YG LAIN. MOHON PENCERAHAN TUAN. TERIMA KASIH. AAMIINMI

    Balas

  40. fadilah
    Feb 20, 2015 @ 15:31:37

    Arwah datuk dan nenek saya telah meninggal kan harta pusaka seperti beberapa buah rumah dah tanah.sebelum datuk meninggal. Datuk telah berniat dan menyuarakan untuk mengfaraid kan harta nya jika berlaku apa apa padanya. apabila datuk meninggal datuk tidak menulis apa apa wasiat terhadap hartanya. bapa saya mempunyai 6 beradik 2 lelaki dan 4 perempuan. Sampai sekarang harta pusaka tidak dibahagikan kerana mak cik sulung saya tidak bersetuju dan mahu bahagi kan harta pada 6 bahagian. kes ini telah dibawa kepada makammah hakim menetap hukum faraid terhadap harta pusaka. Mak cik saya ketika itu berasa tidak puas hati dgn berkata kpd tuan hakim “ini tidak adil”. sampai sekarang mereka masih berbalah. Hak bapak saya mereka nafikan mereka juga pernah berkata kalau apa apa jadi kepada bapak saya anak anak bapak saya tidak berhak menerima satu sen pun. sila beri penjelasan kerana saya amat keliru. Mak cik dan pak cik saya semua alim belaka. Mereka selalu ckp jangan kejar dunia biar lah kita kerja akhirat tetapi mereka tidak melakukan apa yg disuruh allah s.w.t.

    Balas

  41. junaidah
    Apr 25, 2015 @ 09:17:02

    Salam admin..ayah sye meninggal dnia dan menamakn ibu sbg pnama.. ibu tidak tahu mengenai hukum faraid dan telah menggunakan duit tersebut untuk membayar hutang ayah.Jd bagaimana pembahagian hukum faraid akan dilakukan?

    Balas

  42. Husnah
    Apr 29, 2015 @ 21:55:26

    Assalamu’alaikum.. Wr. Wb.
    Keluarga saya beberapa tahun akhir-akhir ini kurang harmonis. Pemicunya adalah Ayah saya. Kami sekeluarga tinggal di tanah pusaka milik Ayah yang dahulu milik orang tuanya yang telah diwariskan kepadanya.
    Setelah Ibu bekerja untuk mencukupi kehidupan kami, Ayah tidak lagi mahu bekerja. Bertahun-tahun Ayah tidak bekerja dan hanya Ibu yang bekerja untuk mencukupi kebutuhan keluarga. Setiap kali Ibu mengeluh, Ayah hanya menjawab, “ Kalian tinggal di atas tanah pusakaku. Jadi kalian wajib bayar sewa tanah jika kalian tidak mau menyediakan makan minumku. ”
    Saya cuma ingin tahu, tanah pusaka tersebut masih penuh menjadi hak Ayah atau kami anak dan istrinya juga punya hak ke atas tanah itu?
    Masih bolehkah kami anak dan istrinya untuk tinggal di atas tanah pusaka tersebut.
    Terima kasih.
    Wassalamu’alaikum Wr. Wb.

    Balas

  43. nurhusna binti zamsari
    Mei 11, 2015 @ 23:40:26

    salam,saya ingin menanyakn pendapat ustaz..ayah saya sendiri membuat tuntutan harta pusaka..kerana kakak kepada ayah saya telah mewakilkan adik-beradik ayah saya untuk menguruskan harta pusaka..setelah selesai menguruskan harta pusaka,kakak ayah saya ini akn membahaginya mengikut faraid..tp disebaliknya,kakak kepada ayah saya telah menipu..sekarang harta pusaka telah ditukar kepada kakak kepada ayah saya..ayah saya telah membuat faraid dan berjumpa mahkamah untuk selesai kn masalah ini..boleh ustaz terang

    Balas

  44. nuralyanatasha
    Mei 20, 2015 @ 02:18:11

    Assalam pakcik sy telah membahagi hasil duit risda aruah atok sy skira nya mak sy telah meninggal dunia adakah anak2 berhak menuntut.sekiranya pakcik berkata kluarga kami tidak berhak memerima selepas mak sy meninggal
    Persoalan nya adakah semua itu benar kami tidak berhak menerima?

    Balas

  45. abdul hadi
    Mei 21, 2015 @ 23:58:56

    assalamualaikum, saya skarang sedang menguruskan harta yang diwarisi daripada arwah ibu sebab harta tersebut sebelum ini telah dicagarkan dan baru sahaja discharged Selama tempoh itu arwah terpaksa akur dengan sewa harta(rumah kedai)yg sangat murah.,dan kini pula penyewaan itu dah tiada perjanjian,dan saya masih dalam proses menuntut hakmilik.persoalannya saya nak menaikkan sewa kepada harga pasaran dan jika penyewa tidak bersetuju apakah saya tidak berhak meminta mereka keluar dari premis tersebut.Apakah cara untuk mengeluarkan mereka dari premis tersebut jika perundingan harga tidak tercapai.

    Balas

  46. Ju
    Ogo 02, 2015 @ 11:26:23

    Assalamualaikum..Semasa arwah ayah masa hidup, ibu telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun arwah untuk mencukupkan simpanan arwah agar mereka bersama2 mendapatkan giliran menunaikan haji pd tahun yg sama.Dan arwah ayah saya telah meletakkan penama nama ibu sy terhadap akaun tabung haji arwah. Bila arwah meninggal, pihak tabung haji telah memindahkan semua simpanan arwah ke akaun penama yakni ibu saya. Persoalan sy ialah, ibu masih belum mendapat giliran untuk menunaikan haji, boleh atau tidak ibu sy mengambil balik sejumlah wang yg telah dimasukkan ke dlm akaun arwah ayah dlu untuk dimasukkan ke dalam akaun mahram jika ibu mendapat giliran menunaikan haji kelak? Dan selebihnya wang arwah akn dibahagikn kpd ank2 smaada secara faraid atau sama rata..

    Balas

  47. nor shakila bt salim
    Ogo 17, 2015 @ 05:58:41

    Assalamuakaikum..Sy ingin bertanya,jikalau sese0rg meninggal dunia,bagaiman duit2 di dlm akaun yg si mati yg tidak di wasiatkan..adakah waris b0leh menuntut duit itu..untuk pengetahuan si mati tidak berkhawin…ibu bapa sudah meninggal..adakah adik bradik b0leh menuntut wang itu?dan berapa lama pr0ses tuntutan itu?terima kasih..

    Balas

  48. aminah
    Sep 07, 2015 @ 16:55:37

    Assalamualaikum…B seorang janda yg ada 2 orang anak perempuan dan lelaki dan A seorang duda yg ada 1 oràng anak lelaki. Mereka berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan. Kini B telah meninggal. Maka anak2 B bersama ayahnye telah berpakat memberi harta sama rata. Dibawah harta sepencarian B dan A ada harta iaitu rumah dan sebidang tanah atas nama B. Dalam perbincàngan rumah akan diberi kepada 2″anak B bersama suami dahulu. Tanah diberi kepada 2 anak B bersama suami yg kedua. Soalan bolehkah harta ini tidak dipindah milik kepada anak2 selagi A masih ada? Sebagai berpegang kepada janji bolehkah A mewasiatkan pembahagian harta tersebut kepada mereka? Dalam kes ini anak A dengan rela hati tidak termasuk dlm pembahagian harta ini.

    Balas

  49. Norhayati
    Sep 08, 2015 @ 05:52:45

    Suami telah meninggal..5 thn yg lalu. Arwah mertua juga telah meninggal thn ini. Adakah anak anak saya ada hak utk dapat bahagian drpd pembahagian harta peninggalan arwah mertua ?

    Balas

  50. azie
    Okt 03, 2015 @ 17:21:02

    Simati telah tinggalkan sebidang tanah yang luas kepada 8 anaknya…tanah tersebut telah dibahagikan kepada 8 beradik.. Oleh yg demikian terdapat seorang anak simati mendapat tanah bersama rumah pusaka yg ditinggalkan simati….adakah 7 beradik yang lain masih ada hak ke atas rumah pusaka di atas tanah tersebut memandangkan anak simati sanggup mengeluarkan duit utk perbaiki rumah trsebut…adakah 7 beradik yang lain masih ada hak ke atas rumah tersebut…

    Balas

  51. neny isnani
    Dis 13, 2015 @ 01:00:28

    Sy nk tnye ni..ayah sy dah meninggal tp semase arwah hidup dia sempat menyimpan duit di bank dan ekaun itu dinamakn name mak sy…adakah itu masih dikira pusaka??

    Balas

  52. jane
    Feb 19, 2016 @ 19:26:44

    Salam,

    Saya ambilkan insurans utk abg saya, bayaran polisi saya juga yang bayar dan if berlaku kematian, saya adalah penama.

    Saya ingin bertanya,abg saya meninggal, dan duit insurans dpt pd saya kerana saya penama kpd insurans.

    Pertanyaan saya, adakah duit itu hakmilik saya 100% atau harus saya bahagikan kepada adik beradik yg lain?

    Tq

    Balas

  53. Yati
    Apr 20, 2016 @ 21:45:32

    Assalamualaikum,

    Ibu saya telah meninggal dan mempunyai baki akaun ASB. Kakak telah menguruskan pengeluaran wang dan sehingga kini tidak mempunyai khabar untuk membahagikan duit arwah kepada 3 adik beradiknya. Apakah hukuman si kakak jika si adik menuntut haknya?

    Balas

  54. syamsul
    Mei 09, 2016 @ 13:47:15

    Assalamuallaikum , saya kurang jelas, saudara sedarah sedaging menjual harta bapa (yang masih hidup dan telah lanjut usia ) tanpa memberitahu kepada adik beradik yang lain dan gagal mengistiharkan nilai jualannya., beliau hanya menyerahkan 1/3 hasil jualan kepada bapa ( setelah saya membuat kemaskini wang baki tabung haji) selebihnya digunakan kepentingan peribadi tanpa memberikan agihan kepada adik beradik, adakah hukum syarak membenarkannya, .Adakah haram dia memakan hasil itu sekiranya adik beradik kandung tidak menghalalkannya,.

    Balas

  55. Iza
    Jul 15, 2016 @ 17:39:39

    Assalamualaikum..arwah ayah saya ada meninggalkan harta duit,rumah dan tanah kebun dengan hasil setiap bulan.tanah kebun dan rumah atas nama abang.abang saya bahagikan sama rata tetapi kakak saya mengambil duit dan bahagian saya tanpa pengetahuan saya, saya ada memberi tahu abang dan kakak ipar yang saya tidak akan halalkan kalau kakak saya simpan,ambil untuk kepentingan diri nya atau sedekah menggunakan bahagian saya..apa hukum nya jika kakak saya tidak mahu memulangkan bahagia saya?

    Balas

  56. No Name
    Okt 05, 2016 @ 15:26:05

    Salam.. Di sini saya ada persoalan.. Saya ada rumah dan kereta yang masih berhutang dan kami sedang membuat faraid.. Saya ada adik beradik tiri.. Rumah dan kereta itu adalah harta sepencarian ibu dan bapa saya.. Saya ada memberi borand DDA, dimana adk beradik tiri saya tidak dapat menghadirkan diri..Namun dalam proses ini, ibu tiri saya masuk campur.. Adakah dia berhak dalam urusan ini? Kemudian, adk beradik tiri saya senyap tanpa memberi sebarang jawapan dan tidak dapat dihubungi lagi.. Apakah yang patut saya lakukan bagi memudahkan urusan ini? Adakah terdapat cara lain bagi masalah ini?

    Terima Kasih..

    Balas

  57. Rizal
    Dis 12, 2016 @ 14:53:42

    Apakah hukum adik beradik tidak memberi harta pusaka kepada adik beradik yang lain iaitu duit yang telah ditinggalkan oleh simati kepada anak anaknya sedangkan simati telah memberitahu duit tersebut perlu dibahagian kepada semua adik beradik yang lain secara sama rata..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: