Persoalan Zakat

Bismillahirrahmanirrahim
Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh

Salam Ramadhan, selamat berpuasa dan semoga Allah menerima amalan salih kita. InsyaAllah.

Sejak ana melibatkan diri dalam dunia perniagaan, pelaburan dan pengurusan kewangan ini banyak pula persoalan tentang zakat diajukan dan menjadi persoalan ana sendiri juga. Walaupun kadang-kadang ana terpaksa menjawab dengan ‘wallahu aklam’, tetapi memang benar jawapan tersebut telah membuka ruang bagi ana untuk membuat sedikit rujukan. Benarlah kata ulama “wallahu aklam itu setengah daripada ilmu”.

Mereka bertanya ana tentang zakat pelaburan.
Zakat pelaburan terbahagi kepada dua. Pertamanya modal pelaburan itu sendiri. Modal ini perlu cukup haul (tempoh masa setahun mengikut kalendar hijri). Sekiranya modal sesuatu pelaburan itu telah melepasi nisab zakat (kalau negeri Kelantan RM8422.14) dan tempohnya pula telah cukup setahun hijri, maka modal pelaburan tersebut telah layak/wajib dikeluarkan zakat. Contoh orang yang melakukan pelaburan sebanyak RM10,000 maka wajib dizakatkan modalnya itu sebanyak RM250.00 (2.5% daripada 10,000).

Kalau modal itu adalah duit yang dipinjamkan, contohnya pinjaman bank, maka dia kena kira modal yang telah menjadi hakmiliknya yang sempurna. Contoh dia pinjam RM20,000 sebagai modal pelaburan dan telah membayar bulan-bulan sebanyak RM10,000 (atau mana-mana angka yang melebihi nisab zakat) maka modalnya itu perlu dizakatkan manakala baki 10,000 lagi tidak layak zakat kerana ia bukan menjadi hakmiliknya yang sempurna. Ia masih menjadi milik bank (yang terbeban sebagai hutangnya).


Keduanya adalah keuntungan atau bonus daripada pelaburan tersebut. Katakanlah seseorang melabur RM100,000 dan bonus yang dibayar kepadanya (sama ada dibayar cash atau dilaburkan semula -reinvest) adalah RM10,000 maka duit itu patut dizakatkan sebanyak RM250 juga. Bonus ini tidak perlu cukup tempoh simpanan selama setahun (haul) kerana ia dikira sebagai zakat pendapatan yang diqiyaskan kepada zakat ternakan dan tanaman. Dia juga boleh memilih sama ada nak keluarkan zakat pada masa bonus itu dibayar atau ditangguhkan sehingga bulan Ramadhan seperti ini (bagi mendapatkan ganjaran berganda iaitu 70 pahala fardu pada bulan lain)

Cuma perlu diingatkan sekiranya bonusnya itu dilaburkan semula (reinvest) maka modalnya yang perlu dikira pada tahun hadapan adalah RM110,000 bukannya 100,000 lagi.

Zakat pendapatan.
Bagi yang bergaji lebih dari nisab zakat, maka dia perlu keluarkan zakat pendapatannya itu bulan-bulan. Contoh mereka yang bergaji RM20,000 sebulan maka tiap-tiap bulan dia kena kira zakatnya. Seperti seorang petani yang memperolehi hasil padi sebanyak 40 guni maka wajib dizakatkan seguni bagi setiap kali menuai. Mereka masing-masing tidak boleh mengira untung rugi, belanja rumahtangga dan sebagainya kerana ini adalah zakat pendapatan yang melebihi nisab zakat. Cuma mereka boleh memilih sama ada ingin terus segera keluarkan zakat atau ditangguhnya sehingga Ramadhan bagi mendapatkan ganjaran yang lebih afdal.

Bagi yang bergaji bulanan kurang dari nisab zakat, maka mereka perlu mengumpul jumlah pendapatan mereka selama satu tahun kemudian ditolak dengan perbelanjaan asasi selama tempoh masa itu. Bebanan hutang kereta atau rumah hendaklah ditolak berdasarkan ketetapan maksima yang dibuat oleh pejabat-pejabat agama tempatan. Sebagai contoh, seseorang hanya boleh menolak ansuran bayaran kereta sehingga maksima RM400.00, begitu juga ansuran kereta. Maka mereka yang memakai kereta mewah yang ansuran bulanannya mencecah ribuan ringgit hanya dibenarkan menolak RM400 sahaja daripada nilai ansuran bulanannya itu. Begitulah juga halnya mereka yang membeli rumah besar dan sewanya juga besar. Had perbelanjaan asasi bagi ansuran rumah dan kereta adalah RM400.00 sahaja. Kalau lebih itu bermakna perbelanjaannya melebihi had asasi dan perlu dizakatkan.

Hal yang sama bagi perbelanjaan makanan, pakaian, insuran, kesihatan dan lain-lain yang asasi telah ditetapkan kadarnya oleh pejabat-pejabat zakat tempatan. Silalah merujuk ke sana untuk mengira zakat pendapatan anda. Sekiranya anda wajib membayar zakat pendapatan, maka anda boleh memilih sama ada ingin membuat bayaran secara potongan bulanan kepada pejabat zakat ataupun mengumpulnya dan membayar pada bulan Ramadhan untuk mendapat lebih ganjaran pahala.

Zakat perniagaan.
Bagi yang memiliki perniagaan modal sendiri. Sekiranya jumlah modalnya itu adalah miliknya yang sempurna (tidak terlibat dengan hutang bank atau hutang-hutang lain) dan telah melepasi nisab zakat, maka modalnya itu perlulah dizakatkan. Dia perlu kira berapa harga barang yang dimilikinya dalam kedai dengan jujur dan sekiranya melepasi nisab zakat, wajiblah dikeluarkan kadar 2.5% daripada jumlah nilaiannya.

Kontraktor yang besar-besar juga perlu mengira nilaian semasa mana-mana jentera, alat perkakas, lori, jentolak dan apa-apa yang telah menjadi miliknya yang sempurna. Sekiranya alat-alatan berkenaan masih dibawah pinjaman bank, maka dia perlu mengira bahagian yang telah menjadi miliknya yang sempurna iaitu yang telah dibayar. Contoh sebuah jengkaut berharga RM100,000 dan telah susut nilai sehingga menjadi harga RM40,000 dan dia masih perlu membayar hutang bank atas jentera itu sebanyak 30% lagi, maka dikira miliknya yang sempurna atas jengkaut itu iaitu 70% x RM40,000 = RM28,000. Jumlah itu telah melepasi nisab zakat dan wajiblah dikeluarkan zakatnya.

Sekiranya dia memiliki 10 buah lori, dan nilaian setiap buah lorinya tidak mencapai nisab zakat. Maka dia tidak bolehlah mengatakan tidak wajib. Sebaliknya dia perlu mengumpul nilaian semua 10 buah lori tersebut. Kalau melepasi nisab zakat RM8422.14 maka wajiblah dibayar zakat perniagaannya itu. Selain itu, dia juga perlu menjumlah nilaian simpanannya yang telah cukup tempoh setahun.

Begitulah juga halnya bagi mereka yang memiliki rumah-rumah sewa, kereta-kereta sewa. Mana yang telah menjadi miliknya yang sempurna (nilainya) dan telah melepasi nisab maka wajiblah dikeluarkan zakatnya.

Kesimpulan
Sekiranya anda layak/wajib berzakat, maka pada saat itu anda patut rasa bertuah kerana anda telah berusaha bekerja keras sehingga pendapatan, perniagaan dan pelaburan dapat dizakatkan. Bukan sebaliknya anda merasai terbeban dan sesak nafas apabila pendapatan, perniagaan dan pelaburan anda telah wajib dibayar zakatnya. Kerana antara hikmah agama Islam mensyariatkan zakat adalah bagi memotivasikan umatnya agar bekerja keras sehingga mampu mengeluarkan zakat sebanyak yang mungkin.

Dan janganlah pula (kalau) anda telah layak/wajib membayar zakat, tetapi atau mungkin anda tidak perasan kewajipan tersebut maka anda terpaksa memikul dosanya (kerana tidak bertanya) dan kehidupan anda tidak diberkati dan jauh daripada rahmat Allah di dunia dan medapat azab pula di akhirat. Oleh itu, rujuk dan bertanyalah kepada institusi-institusi yang berkaiatan untuk maklumat lanjut berkenaan status zakat anda.

Ana kira cukup sekadar ini perkongsian tentang zakat berdasarkan persoalan-persoalan yang dikemukan kepada ana pada Ramadhan tahun ini. Sebenarnya banyak lagi maklumat tentang zakat seperti zakat emas dan perak dan sebagainya yang ana tidak sempat menyentuhnya pada masa ini. Semoga Allah memberi ruang dan peluang ana berbuat demikian pada masa-masa akan datang. InsyaAllah.

Akhirnya ana tidak mendakwa bahawa sedikit rujukan ana berkenaan apa yang dibincangkan ini adalah muktamad dan sempurna. Sekiranya ada dalam kalangan pembaca yang mendapati ada fakta yang tersalah mohon diperbetulkan melalui ruangan komentar atau email sahaja kepada ana. Semoga ana dapat memperbetulkannya dan memurnikan semula tulisan ini buat rujukan kita semua pada masa-masa hadapan insyaAllah.

Wallahu aklam.

Advertisements

8 Komen (+add yours?)

  1. haba
    Sep 25, 2009 @ 23:34:17

    Syukran wa jazakumullah atas perkongsian hasil rujukan yang qayyim. Ana tumpang manfaat. Kullu ‘Am Wa Antum Bi Alfi Khair.

    IR: jazakallah ala ziarah. taqabbalallah ta’atakum

    Balas

  2. cg kimi
    Okt 08, 2009 @ 19:14:58

    terimo kasih kerana paham ko ambo…. Zakat saham ambo selesai doh….
    pasni zakat pendapatan plok…. masih musykil lagi.. kena pi pejabat agamat nak selesai masalah ni….
    Terima kasih banyok…. Jemput mari rumah bulan 12 ni…. 0195611802

    IR: alhamdulillah.. tahniah atas peningkatan ilmu.. doakan keberkatannya insyaAllah

    Balas

  3. Trackback: Selamat berpuasa 1431H « IbnRajab Online
  4. zulaikha
    Feb 02, 2011 @ 17:14:39

    Salam…
    Gaji saya dalam RM500++ dan tiada tanggungan (belum kahwin tapi bagi sikit duit kat mak)
    Adakah saya wajib tunaikan zakat?

    Balas

  5. Trackback: Salam Ramadhan 1432H « IbnRajab Online
  6. Wan
    Ogo 22, 2011 @ 10:25:40

    Assalam. Adakah boleh adik sy keluarkan zakat terus kepada anak sy yg sdg menuntut di timur tengah.kalu blh,berapa bahagiankah dari jumlah zakat yg wajib dia keluarkan

    IR: w’salam. blh, 1/8 shj..

    Balas

  7. leen
    Jul 16, 2012 @ 13:08:40

    slm..disini sy ingin bertanya mengenai zakat pelaburan emas.dividen dibayar 10% dari harga pasaran semasa x lot pelaburan emas tersebut..contohnya katalah untuk bln ni untung sy RM500 untuk 1lot,saya amik 5lot = RM 2,500.00 brapa kadar zakat yang saya kena keluarkan?adakah perlu amik stiap bulan ke camne?
    lg 1,zakat ni untuk golongan mane saya boleh agihkan..keluarga berhak ke dapat zakat?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: