Syaitan kita bertukar

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam hormat buat pengunjung budiman.

Bunyi macam pelik je kan tajuk ana pada kali ini? Yalah, pada bulan Ramadhan ni, semua syaitan dirantai mengikut sabdaan Rasulullah SAW. Alhamdulillah, kita patut bersyukur atas bantuan ilahi rabbani tersebut. Ramadhan sebuah bulan yang dibukakan pintu syurga seluas-luasnya dan ditutup pintu neraka, maksudnya dibuka ruang dan peluang menambah amalan yang dapat menyelamatkan manusia daripada dihumban ke neraka sebaliknya dengan rahmat Allah atas usaha taat yang dilakukan, memudahkan mereka mengumpul pahala untuk ke syurga.

Lihatlah ganjaran yang sebesar-besarnya Allah kurniakan kepada umat Muhammad SAW. Perkara sunat yang dilakukan, akan diganjari dengan pahala amalan wajib dalam bulan-bulan lain, manakala amalan wajib yang dikerjakan akan mendapat ganjaran 70 kali pahala dalam bulan-bulan selain Ramadhan. Selain itu, Allah menyediakan satu malam yang terlebih baik pahalanya daripada seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadr (bagi yang mencari dan beramal padanya). Subhanallah..

Tapi pada hari yang bahagia ini, terlintas pada fikiran untuk membincangkan tentang “Syaitan kita sebenarnya akan bertukar”. Ya, bertukar mungkin diluar bulan Ramadhan kerana dalam bulan mulia ini, Allah memerintah para malaikatnya merantai syaitan agar tidak dapat bertugar ganti. Bermakna yang telah melengkap sebati dalam jiwa manusia itu, ada ruang baginya untuk mengalahkannya dengan usaha.

Tidakkah kita perhatikan, sebelum kita melakukan sesuatu perkara, ambil sahajalah apa-apa contoh. Sebelum melakukannya, kita merasa sangat payah, namun kita gagahi juga usaha tersebut. Contohnya menyampaikan kuliah, menulis artikel ilmiyah dan sebagainya amar makruf. Tetapi setelah kita selesai daripada berkuliah, setelah siap artikel kita tulis, siap dengan dalil dan hujah-hujahnya, apa yang kita akan rasa?

Kita rasa seolah-olah kuliah kita itu tiada apa bukan? Kita rasa ianya tidak akan memberikan kesan? Atau kita rasa tulisan kita itu tidak bernilai. Mungkin ada yang mengeluh “Ah, apakah ini sahaja yang dapat aku tulis? dapat aku persembahkan?” dan lain-lain perasaan ataupun penilaian.

Sebenarnya, ini salah satu tanda “Syaitan kita telah bertukar”.

Kerana sebelum kita menulis, sebelum berceramah, sebelum berbuat sesuatu perkara apa sahaja contohnya, kita berhadapan dengan syaitan di level 1, dia telah berusaha menghasut agar kita tidak melakukannya. Tetapi kita gagahi juga melawan hasutan sehingga kita berjaya. Maka syaitan berkenaan akan kembali kepada kumpulan syaitan-syaitan dan mengadu serta menyerahkan kuasanya. Dia dikutuk oleh syaitan-syaitan yang lain. Seterusnya, kumpulan syaitan akan melantik syaitan lain yang levelnya lebih tinggi, mungkin level 2, 3 dan ke atas.

Pada masa kembalinya syaitan yang levelnya lebih tinggi itulah maka dia menyuntik jarum hasutannya subhanallah.. Lantas kita merasakan apa yang kita rasa. Itulah fitrahnya. Di sini ana ingin menegaskan bahawa itu adalah semulajadi. Dan kita perlu tahu bahawa syaitan kita telah bertukar dan tugas kita adalah melawan dan terus melawan. Berbantukan syariat Allah, kita insyaAllah akan berjaya. Itulah janji Allah.

Allah menegaskan, semua syaitan yang dibenarkan hidupnya panjang tetapi dijanjikan kekal dalam neraka kelak, mereka dapat menyesatkan hamba Allah kecuali hamba-hambaNya yang mukhlas. Mukhlas ni boleh baca artikel ana yang lalu di sini.

Ambil sahajalah contoh apa pun asalkan kebaikan. Pasti selepas melakukannya kita merasakan sesuatu.

Dan yang paling dahsyat adalah usaha syaitan sebelum kita menempuh ajal. Subhanallah. Sangat dahsyat sebagaimana yang diperkatakan oleh para ulama. Syaitan yang sesuai akan dihantar untuk menyesatkan kita. Sebab itulah, bertuahnya siapa yang ditakdirkan dijemput olehNya pada bulan Ramadhan, kerana dia hanya akan menghadapi kesan syaitan yang sama level sebelum memasuki Ramadhan.

Dikatakan, sebelum meniup nafas yang terakhir itulah, sekiranya berlaku di luar ramadhan, para syaitan akan bermesyuarat. Mereka sesungguhnya benar-benar berusaha menyesatkan umat manusia. Zaman berzaman tidak pernah menganal erti putus asa. Kerana mereka percaya dengan janji Allah mengekalkan mereka dengan azab siksa neraka, yang tidak berkesudahan itu. Jadi mereka ingin kumpulkan seramai mungkin dalam kalangan umat manusia dan jin pun, menjadi teman habuat hasutan mereka. Dan ini pun mereka minta daripada Allah, dan Allah pula izinkan kecuali, yang Allah tidak izin adalah hamba Allah yang mukhlas.

Dahsyat. Sangat dahsyat hasutan syaitan pada saat sakaratul maut. Namun, sekiranya kita dah biasa melawan syaitan-syaitan itu, ditambah pula sekiranya kita tergolong dalam golongan mereka yang mukhlas sepertimana firman Allah, insyaAllah kita biasa melawan walau setinggi mana darjat dan pangkat syaitan. InsyaAllah..

Sebab itu, kita perlu sedar akan hasutan syaitan. Artikel ini ditulis untuk sama-sama berkongsi dan untuk sama-sama kita sedar. Betapa dalam bulan ramadhan ni, kita perlu tingkatkan usaha. Melawan nafsu yang ditinggalkan syaitan sebelum mereka dirantai. Dengan rahmat Allah, pada awal ramadhan kita lihat ramai manusia berjaya. Penuh saf-saf di masjid dan surau. Namun, bila ramadhan sudah memanjang, tempoh sudah masuk 2/3 atau sudah sampai ke penghujungnya, manusia kembali leka atas kejayaan mereka menewaskan nasfu di awal ramadhan. Lantas mereka kembali sedikit demi sedikit mengikuti jejak langkah syaitan dan tergoda dengannya walaupun pada saat ketiadaannya.

Sebab itulah, bila keluarnya ramadhan, syaitan-syaitan yang lebih tinggi level datang kepada manusia, amat senang lagi mudah mereka bekerja. Bahkan ada syaitan yang kembali kepada kumpulannya lalu memanggil syaitan yang berada di level bawah untuk kembali kepada tuannya. Bila ia kembali, didapati semakin mudah pula tugasnya lalu mereka bertukar lagi. Tetapi pertukaran seterusnya dan seterusnya adalah syaitan-syaitan yang berkurangan darjat dan pangkatnya.. Nauzubillah..

Inilah dikatakan manusia yang celaka. Tidak mengambil sebarang faedah daripada ramadhan bahkan selepas ramadhan makin teruk dikerjakan oleh syaitan-syaitan. Subhanallah, mohon perlindungan Allah..

Marilah sama-sama kita sedar, bahawa syaitan itu wujud, mereka adalah musuh no. 1 kita, mereka telah berjanji akan menyesatkan kita. Dan, yang paling hebat adalah, usaha mereka yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Kerana apa? Hanya kerana mereka tahu apa sasaran mereka. Ke mana kesudahan mereka.

Tetapi manusia? manusia yang mudah disesatkannya adalah manusia jahil, manusia yang tidak sedar akan kehadiran syaitan. Nauzubillahi min zaalik..

Sekadar itu untuk perkongsian, mohon respon sekiranya ada yang terlanjur daripada landasan..

Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. diey
    Jul 22, 2012 @ 20:47:10

    Trima ksih byk2 ustaz

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: