Cari Lailatulqadr

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Carilah lailatulqadr wahai diri. Hanya tinggal beberapa malam sahaja lagi peluang mencari lailatulqadr. Hadis tentang lailatulqadr berlaku pada malam 27 itu masih valid. Tiada salah kalau kita nak beramal berdasarkan hadis itu. Mana tahu, ia benar-benar terjadi pada tahun ini. Malam ke 27 itu adalah lailatulqadr.

Wahai diri, perbanyakkanlah amalan pada malam-malam Ramadhan yang berbaki ini. Mana tahu, ini adalah kesempatan terakhir. Ajal maut sesungguhnya tidak mengenal umur dan usia, tempat dan di mana. Ia adalah kebenaran yang akan berlaku kepada setiap insan. Selagi hayat dikandung badan, rebutlah peluang menggandakan amalan yang telah Allah sediakan.

Sekurang-kurangnya, datanglah masjid, lakukanlah solat fardhu maghrib, isyak dan subuh berjamaah. Lagi ramai ahli jemaah, lagi besar ikannya. Ana teringat celoteh guru semasa kecil apabila ditanya, mana lebih afdal berjamaah di surau atau masjid (tempat yang ramai). Beliau menjawab penuh hikmah “Pahala jemaah adalah 27 kali solat sendiri, berjemaah dua tiga orang dapat 27 ikan bilis, berjemaah 2000 orang mungkin pahala seberat 27 ikan paus. Sama-sama 27, tetapi ikan lain-lain, saiz lain-lain dengan berat timbangan lain-lain pula”.

Hanya pesanan untuk diri sendiri. Dan mereka yang mengingini. Wassalam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: Salam Ramadhan 1432H « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: