Cek kiblat anda hari ini

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jangan lupa untuk menyemak arah Kiblat tempat anda hari ini. Sebenarnya kita di Malaysia boleh menyemak ketepatan arah Kiblat (untuk kepastian bagi mereka yang baru menetap di suatu tempat baru contohnya) dua hari dalam setahun; iaitu pada hari ini 28 Mei pada jam 5.16 pm (1716) atau pada 16 Julai jam 5.28 pm (1728). Hal ini kerana, pada kedua-dua hari tersebut dan pada masa berkenaan, keadaan matahari berada tepat di atas Ka’bah di Makkah al-Mukarramah (seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi di atas). Oleh yang demikian, di mana-mana tempat yang menerima bayang matahari pada tempoh hari dan masa yang berkenaan akan dapat menentukan arah Kiblat mereka dengan tepat. Cara menentukan arah Kiblat menggunakan kaedah ini telah digunapakai oleh banyak negara dan badan-badan rasmi yang bertanggungjawab terhadap agama Islam setempat.

Cara-caranya
Dirikan sebatang kayu atau apa sahaja benda lurus, kemudian perhatikan bayangnya. Arah Kiblat anda adalah arah yang bertentangan dengan bayang tersebut seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi ini.

Untuk mempastikan kayu yang digunakan itu betul-betul tegak, anda boleh menggunakan seutas benang yang diikat dengan seketul batu dan diikat pada penghujung atas kayu berkenaan. Untuk melakukannya di rumah, anda boleh melibatkan anak-anak bagi membantu menentukan arah Kiblat rumah anda. Pada masa sama, anda juga telah memupuk minat anak-anak untuk melakukan perintah Allah SWT dengan cara yang betul. Anak-anak tentu gembira melakukan solat kerana mereka sendiri berpeluang mencari pengalaman dalam menentukan arah Kiblat. InsyaAllah, khusyuk dan ikhlas mereka akan bertambah.

Selamat mencuba, semoga mendapat keberkatan dalam usaha yang sedikit. Wallahu aklam.

Kredit: Blog realiti kehidupan. Klik untuk download slide dalam bentuk fail PDF.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. wan
    Jun 15, 2010 @ 17:02:19

    Kaabah.rahsianya sungguh besar.73 golongan satu golongan yang dimuliakan.

    Balas

  2. Trackback: Semak arah kiblat hari ini « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: