Kitab Tashil secara percuma atau beli dan waqaf

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

1

Syukur al-Hamdulillah, dalam usaha menelusuri jejak pengajian PhD saya diberikan kesempatan membuat penelitian ataupun pemerhatian ke atas kelas pengajian kitab yang dijadikan bahan kajian saya itu di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Pemerhatian dalam bentuk penglibatan secara langsung itu disebut sebagai pemerhatian peserta dalam kamus metodologi kajian. Untuk menjayakannya, saya terlibat dalam kelas tersebut sebagai pemerhati dan sekaligus sebagai peserta, iaitu menjadi salah seorang murid dari mula sampai tamat pengajian. Kelas yang saya ikuti itu bermula pada 23/4/2015 dan berakhir pada 20/7/2016, iaitu dalam tempoh satu tahun tiga bulan (15 bulan).

Kitab atau apa yang disebut sebagai korpus yang terlibat dalam kajian atau pengajian saya itu bernama Tashil Nayl al-Amani fi Sharh ‘Awamil al-Jurjani karangan al-Allamah Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani. Beliau melakukan sharh kepada matan ‘Awamil karangan Sheikh Abdul Qahir al-Jurjani yang masyhur sebagai pakar dalam bidang bahasa Arab khususnya ilmu Balaghah dan mukjizat al-bayan bagi al-Quran. Teorinya yang masyhur, iaitu Teori Susunan telah menarik perhatian ramai pengkaji dalam bidang berkenaan.

Sepanjang mengikuti kelas Tashil tersebut saya mendapati sedikit kesukaran meneliti teks kitab yang digunakan oleh saya sendiri dan para pelajar yang lain. Cetakan yang dimaksudkan adalah terbitan syarikat Bin Halabi yang beroperasi di Fatani, Thailand dengan tidak disebutkan tahun penerbitan. Saya mendapati tulisannya agak kecil dan menyukarkan kami membuat catatan ke atas huraian yang disampaikan oleh tuan guru yang mengajar. Ada di antara kami yang terpaksa menyalin semula teks kitab tersebut ke dalam buku khas bagi melancarkan proses catatan ilmu berkenaan.

Di samping itu juga terdapat beberapa kesalahan cetakan bahkan ada beberapa perkataan yang tertinggal. Perkara ini dikesan setelah tuan guru membuat huraian di samping rujukan kepada naskhah kedua yang dicetak oleh syarikat Khazanah Fataniyah pada tahun 2010. Syarikat yang merupakan hak milik kepada cucunda Sheikh Ahmad itu sendiri mengambil inisiatif mencetak semula kitab Tashil untuk tujuan wakaf. Namun kualiti cetakan juga masih tidak memuaskan kerana ia dihasilkan melalui cetakan fotostap dari salah sebuah manuskrip kitab berkenaan tanpa melakukan proses taip semula.

Oleh hal yang demikian, setiap kali selesai daripada mengikuti kelas bersama tuan guru di Pondok, di samping melakukan catatan Nota Lapangan bagi tujuan kajian, saya mengambil inisiatif menaip semula teks kitab ini dalam komputer. Kemudian saya letakkan baris ke atas setiap perkataannya di samping mengeluarkan rujukan (takhrij) setiap shahid al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w yang terdapat dalam kitab tersebut. Setelah selesai kesemua halaqat pengajian bersama tuan guru, saya cetak hasil usaha berkenaan dan persembahkan kepada beliau. Alhamdulillah tuan guru bersetuju untuk melakukan semakan yang teliti ke atas setiap patah perkataan termasuk baris (tashkil) dan kesasihan takhrij shahid al-Quran dan hadis tersebut.

2Setelah menjalani proses semakan selama lebih kurang empat bulan (Ogos – Disember 2016), tuan guru turut bersetuju agar kitab ini diulang cetak bagi membantu para pelajar pada masa hadapan. Segala urusan percetakan, promosi, jualan dan agihan kitab akan diambil alih sepenuhnya oleh Syarikat Sidaratul Muntaha Enterprise yang merupakan syarikat percetakan yang sedang aktif menerbitkan kitab turath milik tuan guru sendiri. Hasilnya, kini kitab Tashil diedarkan dalam dua bentuk, pertama dalam bentuk jualan biasa dengan harga RM15.00 satu naskhah untuk semenanjung Malaysia dan RM16.50 bagi Sabah dan Sarawak.

Bagi membuka ruang kepada khalayak masyarakat untuk turut terlibat dalam memartabatkan pengajian kitab turath di Pondok dan peluang amal jariah, pihak syarikat turut bersedia mengedarkan kitab Tashil berkenaan dalam bentuk Waqaf. Ini bermakna, sesiapa pun jua yang berhasrat menyumbang dalam bentuk waqaf kitab ini, boleh berbuat demikian dengan membayar RM15.00 satu naskhah kepada pihak syarikat dan kitab waqaf berkenaan akan disalurkan kepada para pelajar atau institusi Pondok yang terlibat mengajar kitab Tashil sama ada di Negeri Kelantan khususnya atau mana-mana negeri di Malaysia bahkan boleh sahaja diagihkan ke serata pelusuk Nusantara ini.

Oleh itu, saya sebagai pemilik blog ini dan juga penyumbang sedikit usaha bagi cetakan kitab Tashil oleh syarikat Sidratul Muntaha berkenaan, saya dengan rendah hati mempelawa dan mengalu-alukan siapa sahaja dalam kalangan pembaca sama ada untuk melakukan sumbangan waqaf kitab tersebut ataupun menuntut bekalan kitab untuk dijadikan bahan pengajian di pondok. Untuk itu, tuan/puan boleh berhubung terus dengan saya menerusi emel ibnrajab[at]yahoo.com atau menghantar mesej peribadi (PM) menerusi FB saya http://www.facebook.com/abubassyar

Ciri-ciri kitab Tashil Nayl al-Amani cetakan syarikat Sidratul Muntaha Enterprise, 2017:
– Dicetak dalam bentuk buku bersaiz A4 (82 muka surat).
– Ditaip dengan font yang lebih besar secara double spacing, memudahkan pelajar membuat catatan (dhabit).
– Setiap perkataan sudah lengkap diletakkan dengan baris.
– Takhrij (mengeluarkan rujukan) bagi setiap shahid al-Quran dan hadis Nabi SAW.
– Boleh didapati secara percuma bergantung kepada stok buku dari projek waqaf.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan kitab ini dari stok waqaf kami, mereka dikehendaki menyertakan nama penuh serta no kad pengenalan, nama institusi pondok yang menganjurkan kelas berkenaan, jumlah pelajar dan juga nama serta nombor telefon guru yang mengajar bagi tujuan rekod dan rujukan kami pada masa hadapan. Maklumat ini hendaklah disalurkan melalui emel dan FB yang tersebut di atas atau klik link ini https://www.facebook.com/abubassyar

Semoga usaha ini dihitung sebagai amal soleh yang ikhlas semata-mata kerana Allah dalam memartabatkan bahasa Arab khususnya pengajian kitab turath di pondok dalam kalangan masyarakat Malaysia dan Nusantara Amnya. Apa sahaja cadangan membina, teguran dan lain-lain yang berkaitan usaha ini amatlah dialu-alukan.

Wallahu Taala Aklam, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. Anwarmuaai
    Feb 04, 2017 @ 22:39:13

    Assalamualaikum…. Sy selaku penerbit sidratulmuntaha mengucapkan ribuan Terimakasih dan selamat maju jaya kepada Ustaz Zamri selaku penulis kitab ini…. Juga harapan beliau ingin memastikan kitab turath yang semakin ditelan zaman ini kembali gemilang sebagaimana asalnya yang mana terbit daripada sentuhan para ulama’ jawi yang masyhur keilmuannya …..
    Diharapkan usaha ini berterusan dengan berkat kegigihan dan kesungguhan anak waris yang mempusakai ilmu warisan ulama’ …
    Mudah mudahan Allah memberkati dan menjadikan usaha ini sebagai bekalan yang berharga dunia akhirat…. اللهم أمين
    Tahniah diucapkan….

    Balas

    • abu bassyar
      Feb 06, 2017 @ 23:06:52

      MasyaAllah jazakallah ust atas kesudian singgah ke blog saya, mendoakan sy, mnjadi guru sy, membntu dn mnyokong pengajian sy dll.. smg ust sentiasa d bwh lembayung rahmat Allah Taala jua.. amin

      Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: