Ta’aruf

——————-
=**= PENAFIAN =**=
——————-

** TULISAN YANG TERHASIL DALAM BLOG INI MERUPAKAN CETUSAN IDEA YANG TERBIT DARIPADA PENGALAMAN PERIBADI PENULIS SENDIRI DAN RUJUKAN KEPADA BAHAN YANG MUNGKIN BERBEZA DARIPADA APA YANG DIAKSES OLEH ORANG LAIN. IANYA SAMA SEKALI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN PERIBADI SESIAPA DAN MANA-MANA PIHAK SAMADA YANG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA DAN TELAH MENDAPAT KEBENARAN SECARA KHUSUS. PUN BEGITU, SEKIRANYA TERDAPAT PERTENTANGAN DENGAN FAKTA-FAKTA YANG LEBIH TEPAT DAN MUKTABAR TERUTAMANYA AL-QURAN DAN HADIS, MAKA TULISAN BERKENAAN ADALAH TERBATAL DENGAN SENDIRINYA. SEGALA YANG BAIK ITU MERUPAKAN ILHAM DARIPADA ALLAH JUA, MANAKALA JIKA ADA KEBURUKAN ADALAH KELEMAHAN PENULIS. HARAPAN AGAR PELAWAT MENGAMBIL SEGALA YANG POSITIF SAHAJA UNTUK DISEBARLUASKAN DEMI ILMU DAN AMAL JARIAH, MANAKALA JIKA ADA YANG TIDAK SESUAI PENULIS SANGAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG TEGURAN YANG MEMBINA. SAYUGIA DIINGATKAN BAHAWA PENGENDALI BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA JUA BENTUK KERUGIAN SEKIRANYA PELAWAT MENCUBA APA-APA TEORI YANG DIPERSEMBAHKAN. SEMOGA ALLAH MENJAUHKAN KITA SEMUA DARIPADA SEGALA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI **

——————————
=**=  TENTANG PENULIS  =**=
——————————

Ayah
Anak kelahiran kampung Aur, Telong Bachok Kelantan (1944). Seorang bekas nelayan, penternak lembu dan petani. Berkemahiran (part time) dalam membaiki pelbagai jenis enjin disel (bot nelayan dan enjin siraman pertanian). Tabiatnya selalu ada backup kewangan. Di saat-saat emergency, ada saja duit yang dapat dikeluarkannya. Pernah ditimpa ujian sakit strok awal tahun 2008. Dengan berkat doa dan rezeki Allah, beliau disahkan sembuh 95% dan dibenarkan mengerjakan haji pada tahun 2009. Sehingga kini, walau terenjut-enjut berjalan kerana kesan strok, masih komited dengan solat jemaah di masjid. Tabiatnya dalam menjalani hidup di dunia yang menjadi contoh dan inspirasi kepada anak-anak. Alhamdulillah..

Mak
Anak kelahiran kampung Bukit Chenda, Gunung Bachok Kelantan (1948). Suri rumah sepenuh masa. Hobinya suka bertani.  Berkemahiran dalam memberi khidmat nasihat dan kaunseling. Dengan itu dia selalu jadi tempat mengadu sama ada oleh jiran-jiran, rakan-rakan, sanak saudara terdekat terutama anak-anaknya. Seorang yang tegas dan tetap pendirian. Prinsipnya “Hak orang kita tak nak, sebaliknya hak kita perlu dipertahankan”.

Akhawaati
Kami semua lima beradik. Ana anak tunggal lelaki. Kakak yang sulong adalah hasil perkongsian hidup ayah dengan isterinya yang pertama. Kini menetap di Setapak Kuala Lumpur. Mempunyai enam orang anak dan seorang cucu merangkap cicit kepada ayah. Kakak ana yang kedua, merupakan anak sulong belah mak ana. Kini bekerja di Kelantan bagi membesarkan anak lelaki tunggalnya. Adik-adik ana; seorang dah berumah tangga dengan orang Kuching Sarawak. Bekerja sebagai seorang guru Pendidikan Islam. Murah rezeki, dalam tahun 2008 sahaja dianugerahkan dua orang anak lelaki. Kini sedang menunggu kelahiran anak yang ke-4. Adik perempan ana yang bongsu bertugas sebagai guru j-QAF di Lembah Subang, Selangor. Belum berumah tangga. Mungkin tak lama lagi. InsyaAllah.

Zaujati
Anak kelahiran kampung Kemasin Bachok Kelantan. Anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Bersekolah awal di SK Kubang Golok Bachok, Kelantan kemudian SMU(A) Amir Indera Putera, Bachok Kelantan. Mendapat ijazah pertama dari Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah.

Anak-anak
Setakat ini empat orang. Dua lelaki dan dua perempuan. Anak sulong lelaki sekarang di tahun tiga SK Kampung Raja, Besut Terengganu. Adik perempuannya di tahun satu di sekolah yang sama. Anak yang ketiga (perempuan) baru berumur tiga tahun dan adik bongsu lelaki mereka (setakat ini) dalam usia setahun yang pertama. Semoga anak-anak menjadi permata soleh dan solehah buat keluarga, agama dan negaranya. Amien..

Sirah zaatiyyah
Dilahirkan di Kampung Kuala Melawi Bachok Kelantan. Di atas teratak kecil yang dibina di atas tanah milik orang. Kemudian berpindah ke rumah yang sederhana selesa yang dibeli dengan harga RM1000.00 (1979). Juga sebuah rumah yang dibina di atas tanah orang. Mendapat pendidikan awal yang rasmi di SK Gunung Bachok Kelantan (1982-1987). Kemudian SMU(A) Yaakubiah Nipah, Bachok Kelantan (1988-1994). Pada 1994 mengikuti keluarga untuk berpindah ke Kampung Baru Sri Manja, Rekang Hulu, Bachok Kelantan. Sebuah rumah yang dibina di atas tanah pemberian Kerajaan. Diberi hak milik atas nama ayah sehingga 99 tahun. Pada tahun yang sama melanjutkan pelajaran ke Jordan. Setelah kembali, diarahkan mengambil KPLI dan setahun kemudian ditempatkan di SMT Matang, Kuching, Sarawak (2001). Penghujung tahun berkenaan, ana bertemu jodoh dengan seorang putri penghulu Kampung Kemasin, Bachok Kelantan merangkap sepupu kepada seorang sahabat karib ana yang sama-sama berjuang di Jordan. Mac 2006, meneruskan perjuangan dalam mencari rezeki dan khazanah Allah di bumi Bintangor apabila ditugaskan di IPG Kampus Rajang, Sarawak. Pada tahun 2008-2009 sekali lagi mendapat tawaran Biasiswa HLP dari KPM secara sepenuh masa bagi mengikuti pengajian peringkat sarjana di UKM (Bahasa Arab). Setelah setahun kembali bertugas di IPG Kampus Rajang. Alhamdulillah kini ana ditukarkan ke IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu. Alhamdulillah wa al-Syukru lillah ala kulli hal wa fi kulli hal..

Sumber Inspirasi
Masa kecil-kecil, mak ana selalu beritahu bahawa, suatu ketika dahulu beliau berdoa agar Allah menganugerahkannya seorang anak lelaki, akan dihantarnya ke sekolah agama sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti di Madinah. Katanya, kalau orang belajar di Madinah, bacaannya sedap bila jadi imam. Boleh mengajar ilmu agama dan mencurahkan bakti serta berjasa kepada orang lain. “Kalau tak sampai Madinah pun, boleh jadi imam mak solat nanti pun cukup lah” antara kata-katanya yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga.

Pencapaian diri (sebagai sumber motivasi untuk anak-anak, adik beradik, anak-anak buah, anak didik dan relatif)

1985 – Hadiah Galakan Pelajar (Kategori sekolah rendah) daripada YAM Raja Permaisuri Kelantan;
1994 – Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama di universiti Al al-Bayt Jordan;
2000-Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Islam, Bangi Selangor.
2004 – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Pelajaran Malaysia;
2007 – Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia;
2008 – Anugerah Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia bagi semester satu dan semester dua;
2013 – Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melanjutkan pelajaran di peringkat kedoktoran.

Permata hati

Saya 'Aidi Bassyar..

‘Aidi Bassyar
2002

Saya, 'Afifah Humaira'..

‘Afifah Humaira’
2004

Saya, Akrimy Mathwa..

Akrimy Mathwa
2008

Akrim Faateh Hamdi
2010

##

Adam Faqeehuddin
2013

=========== WALLAHU MIN WARAIL QASD ============
======= IN URIDU ILLAL ISLAHA MASTATA’TU ========

20 Komen (+add yours?)

  1. mizan
    Jan 24, 2009 @ 23:44:07

    assalamualaikum…\
    bagaimana ana nak mhn MA bahasa arab UKM. Bila dibuuka [endaftarannaya
    \

    IbnRajab: pergi sndiri ke Pusat Pengajian Siswazah UKM, atau mohon secara online di http://www.ukm.my dan pendftrn dibuka sepanjang tahun

    Balas

  2. datoksir
    Feb 22, 2009 @ 11:32:05

    salam ukhwah ustaz.

    IbnRajab: wa’alaikumussalam. tq singgah 🙂

    Balas

  3. rahimjusoh
    Mac 06, 2009 @ 18:46:29

    salam taaruf,buat al ustaz,
    semuga berjaya dalam pengajian di ukm tu,
    ana ada baca biodata anta…
    kirim salam buat ustaz Zamri Ariffin,Jabatan Bahasa Arab UKM tu,
    kawan ana masa di SMU Arabiah pasir Mas,1978-1981

    IbnRajab: wa’alaikumussalam. terima kasih sudi bertandang ke IbnRajab Online dan doa. ustz Zamri kini ketua jabatan Arab UKM. insyaAllah semoga usaha kita semua dipermudahkan olehNya. salam ikhlas kembali

    Balas

  4. azrinasaary
    Mei 05, 2009 @ 20:38:55

    Assalamualaikum.
    Rasa-rasa kenal tak ana?Seronok baca biodata ustaz.Comel-comel anak ustazPepun semoga dapat menyiapkan disertasi dgn baik dan selamat.Adik ana baru-baru ni rumah sewa dia kena pecah masuk pencuri.Semua data dia hilang sebab data ada dalam laptop.Habis ler.K,wish me luck too.Wassalam

    IbnRajab: kalau jumpa kenal lah kot. 🙂 anyway tq sudi singgah blog ana yg tak seberapa ni dan tinggalkan komen jg. anak2 je comel tu, ikut ibunya. biasa data perlu lah dibuat back-up, paling baik kalau dpt send ke email, buat satu folder khusus dlm emai tu. mana2 blh download dan bila2 masa. kemudahan zaman skarang ni kan? anyway semoga semua kita selamat.. wallahu aklam

    Balas

  5. nazet
    Okt 02, 2009 @ 08:37:20

    salam ukhwah, syukur alhamdulillah semoga ustaz dan keluarga selamat dah bahagia selalu.. ana juga seorang ummi yang mempunyai harapan yang tinggi kepada anak2 lelaki ana sebagaimana harapan ummi ustaz semasa ustaz kecik2 dulu.. semoga anak2 lelaki ana menjadi anak2 yang soleh, mendapat pendidikan di sekolah agama sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke madinah, pandai mengaji alquran serta menjadi imam kepada ana, abah dan adik beradiknya yang lain.. amin2 yarabbal’alamin.

    IR: wa’alaikumussalam. syukran sudi singgah. insyaAllah, Dia maha penerima doa hamba2Nya yang ikhlas. Amien..

    Balas

  6. rosliza che rahim
    Okt 13, 2009 @ 00:39:03

    Assalamualaikum, ustaz..salam ziarah..ini buat kali pertama saya ke blog ustaz..sgt berinformasi.. sekiranya tidak keberatan..bole ke sy berkongsi ilmu ustaz di blog saya..?

    IR: wa’alaikumussalam. terima kasih atas kunjungan. boleh insyaAllah,,

    Balas

  7. sik ada
    Nov 19, 2009 @ 17:49:15

    Assalamualaikum,maaf sik kamek sepat gi ghumah kitak

    IR: wa’alaikumussalam. la, mun mauk singgah dpt je insyaAllah.. 🙂

    Balas

  8. hanzalah
    Feb 24, 2010 @ 05:29:47

    Salam..saya berminat hendak meletakan banner saya di dalam laman saudara..

    insyaAllah saya akan add saudara dalam link saya
    banner code saya di

    Hanzalah Quran E-Shop
    http://hanzalahquran.blogspot.com/

    IR: w’salam. blh insyaAllah

    Balas

  9. zieton
    Jul 16, 2010 @ 17:13:54

    Alhmdulillah smoga Allah menguatkan tekad dan azam anta,fromYIK

    IR: insyaAllah, amien ya Rabb

    Balas

  10. hayat
    Jul 23, 2010 @ 01:21:36

    bangga dgn org Klate..smoga ustaz istiqomah dlm pjuang mndidik ..

    IR: alhamdulillah. marilah sama2 dlm saf ini

    Balas

  11. Noor mauliza akma bt shaharani
    Jul 25, 2010 @ 15:35:53

    assalamualaikum..ustaz,sy nak tanye bagaimana nak jauhkan perkare2 yang dilarang Allah terutamanye jauhkan diri dari mendekati maksiat.Bagaimana kita nak kuatkan diri dalam mencari ilmi Allah ini.

    IR: w’salam. tuhan x mjadi dua hati dlm diri seorg manusia. oleh itu, jika sentiasa melakukan taat, nescaya tiada ruang utk hati memikirkan perkara maksiat insyaAllah. lazimilah zikrullah dan jaga solat sentiasa, sunat apatah lagi yg wajib. nasihat utk diri sdiri jg ni sbnarnya 🙂

    Balas

  12. cg zaiful
    Okt 23, 2010 @ 21:39:49

    salam persaudaraan muslimin.. bagus sumbangan ustadz.. teruskan, boleh sedekah ilmu…

    IR: w’salam cg zaiful. terima kasih sudi bertandang dn mmberi ransangan minda. sekadar perkongsian. mohon kpd Allah “thabat” dlm mmperjuangkan agamaNya. moga dicatat amal soleh. syukran akh..

    Balas

  13. nor hayati ismail
    Mac 08, 2011 @ 16:25:09

    Assalamualaikum Ustaz,
    Sy mmpunyai sorang anak lelaki berumur 6 bulan. Sy slalu berdoa spy allah mudahkan sy untuk hantar anak sy ke sekolah tahfiz dan sy igin sekali hantar die belajar ugama ke Univ. Al-Azhar. Mohon nasihat Ustaz bagaimana sy boleh capai impian sy terhadap anak sy ni. Terima kasih.

    IR: niat yg baik insyaAllah akan dipermudahkanNya. Cuba pastikan dia khatam al-Quran sebelum tahun 3, blh hafaz surah2 pendek dan beberapa surah dalam juz 29 sebelum tamat seklh rendah. InsyaAllah..

    Nor Hayati Ismail

    Balas

  14. cikgukecik
    Mei 21, 2011 @ 00:25:43

    Assalamualaikum ustaz. Saya mohon copy cerpen Beruk untuk dimuatkan dalam blog saya, untuk tatapan kenalan dan murid2.
    Saya dulukan ucapan terima kasih utk itu.
    wassalam

    blh, cerpen ni kami di IPG guna dlm modul BIG

    Balas

  15. ummu ain
    Jul 30, 2011 @ 18:14:18

    assalamualikum..alhamdulillah dapat menambah ilmu daripada kalimah-kalimah yang ustaz barikan disini..dan saya mohon izin share beberapa catatan ustaz di sini..Moga ustaz beroleh kebahagiaan.

    IR: insyaAllah

    Balas

  16. belon
    Jan 19, 2012 @ 01:32:13

    Assalamualaikum ustaz…
    saya sedang membuat sedikit kajian untuk novel yang ingin saya tulis…jadi saya ada beberapa persoalan..bagaimanakah status pasangan suami isteri yang tidak pernah bersama selama 3 tahun?si suami tidak pernah melafazkan sebarang talak kepada si isteri..tetapi si suami telah meninggalkan si isteri dan hanya memberi nafkah zahir sahaja sepanjang perpisahan mereka dan kadang kala akan menghubungi si isteri untuk bertanya khabar…dan apabila mereka bertemu kembali adakah mereka boleh terus bersama atau perlu merujuk kepada jabatan agama islam terlebih dahulu sebelum bersama?

    IR: tak perlu

    Balas

  17. atikae
    Ogo 12, 2012 @ 11:45:17

    bagus

    Balas

  18. atikae
    Ogo 12, 2012 @ 11:48:32

    sya nk tanya apakah hukumnya jika kita mandi sunat ketika 10 minit hendak berbuka puasa.

    IR: makruh. Allah aklam

    Balas

  19. hans
    Jul 17, 2013 @ 20:07:01

    salam.ustaz.. demo beranok kg aur ko? sapo eh namo ore tua demo

    IR: ambo dilahirkan di kpg kuala melawi. ore tua ambo asal aur. anak branok gemulah tok awang gong

    Balas

  20. nurul
    Mei 10, 2014 @ 16:08:04

    salam.. ustaz, saya ada pertanyaan tentang hukum feqah… bagaimana saya nak hubungi ustaz utk dapatkan jawapan segera?

    IR: email ke: ibnrajab[at]yahoo.com

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: