Kewangan

Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatu waridhwanuh

Salam hormat, salam ceria dan salam perpaduan..

Di bawah ini sukacita ana (saya) cadangkan beberapa peluang investment yang pada pandangan peribadi ana boleh dipertimbangkan oleh para pengunjung sekalian. Ana sendiri tak la banyak sangat melibatkan diri dalam dunia investment ini, cuma ada lah sikit-sikit. Bersama kita menuju ke arah kebebasan masalah atau belenggu kewangan. InsyaAllahu Taala.

PUBLIC MUTUAL
Public Mutual menyediakan beberapa plan yang berlandaskan syariat Islam. Potensinya dalam mengurus dana telah mendapat pengiktirafan dan anugerah saban tahun. Plan pelaburan yang berlandaskan syariat seperti Ittikal telah memberi pulangan sehingga 150 peratus dalam masa lebih 10 tahun. Maksudnya purata lebih 10% setahun.

Kini Public Mutual menyediakan lebih daripada 15 dana/plan pelaburan berlandaskan syarak yang diwujudkan berasaskan potensi dan kesediaan perancangan pelaburan masyarakat. Dana yang dikumpulkan melalui pengwujudan saham itu dilaburkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi meliputi seluruh negara Asean bahkan ke seluruh dunia termasuk di Negara China, Hong Kong, Korea, Jepun dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut, boleh email ke: ibnrajab[at]yahoo.com

HARTANAH

Ada pihak berpendapat kalau nak beli, maka belilah tanah. Atau rumah. Banyak pun tak apa. Kalau beli (tukar) kereta baru memang memuaskan nafsu, tetapi menjahanamkan potensi untuk terus maju dalam erti kata kuasa kewangan. Beli rumah beli tanah nilainya tidak akan turun. Orang makin banyak dari sehari ke sehari.

Begitu juga tanah. Oleh kerana mereka tiada (kemampuan memiliki) tanahlah mereka duduk rumah bertingkat-tingkat. Berkongsi tanah. Rumah pun sama juga. Anda beli rumah untuk didiami dan beli juga rumah untuk orang lain diami dan bayar sewa kepada anda. Pastikanlah penyewa yang ada agama supaya anda tidak akan kecewa. Macam pilih pasangan juga, cari yang ada agama nescaya selamat dua tanganmu (Mafhum al-Hadith).

Terutama sekali sekiranya anda adalah seorang pegawai Kerajaan. Jangan melengah masa untuk mohon pinjaman perumahan. Beli rumah pertama (guna gov-loan) janganlah cari yang besar dan mewah-mewah. Gaji pun kecil lagi. Beli yang sederhana yang mana kita masih ada kuasa (urus) beli yang tinggi. Jangan rumah besar tapi anak-anak kelaparan atau terpaksa berhutang!

Jangan lengah sebab kadar insuran akan meningkat mengikut pertambahan umur. Jangan lengah sebab tidak tahu bila masa kita akan pergi buat selama-lamanya. Kerana kalau dah ada rumah, sekurang-kurangnya anak sudah ada tempat berteduh walaupun kecil.

SIMPANAN
Simpanan adalah asas dalam pengurusan kewangan berhemah. Ia juga pembuka peluang pelaburan yang luas untuk kita semua. Seringgit seringgit lama-lama jadi bukit. Jangan kedekut untuk memulakan dan istiqamah dalam membuat simpanan. Rasulullah SAW pun ada berpesan berkenaan hasil pendapatan perlu dibahagikan kepada tiga, satu bahagian adalah untuk simpanan.

Sebenarnya kita tidak tahu dan tidak dapat menghidu pun bau kemalangan, kecelakaan atau lebih tepat lagi bentuk ujian Allah yang mendatang kepada diri dan keluarga kita. Sekiranya kita ada simpanan maka kesukaran kita menghadapi saat-saat getir itu dapat dikurangkan. Juga tidak ada orang yang boleh dengan megah mendakwa bahawa ia akan sihat selama-lamanya.

Anda boleh menubuhkan bank sendiri dengan menyimpan. Kalau pun anda terdesak untuk meminjam, pohonlah pinjaman berkenaan dari bank anda sendiri itu. Anda tidak perlu bawa penjamin, tidak perlu melakukan beberapa salinan kad pengenalan, slip gaji atau sijil nikah. Cukup sekiranya anda adalah orang yang memiliki sifat amanah. Juga bertanggungjawab terutama pada diri anda sendiri. Maksud, pinjaman itu perlu dibayar..

Dengan dana simpanan, anda sudah boleh membina pelaburan sendiri. Pilih pelaburan yang diyakini akan beroleh keuntungan. Pada saat ini anda telah memiliki pembantu di dalam menghasilkan pendapatan bagi keluarga anda. Sekiranya anda fikir pihak Bank di luar sana dapat menggaji para pekerja mereka dengan hanya menguruskan simpanan para pendepositnya, kenapa anda tidak boleh melakukan perkara yang sama bagi maslahat diri anda sekeluarga. Selamat berjuang, perniagaan itu sememangnya sunnah Nabi, namun perlu kita semua awasi larangan syariat dalam melaksanakan.

Sampai bila kita perlu hidup untuk duit,, sudah tiba masanya duit itu bekerja untuk kita pula.

“BIJAK DI DUNIA, AKHIRAT SELAMAT SELAMANYA..”

Jazakallah, TQ!

18 Komen (+add yours?)

  1. abuwijaz
    Okt 02, 2007 @ 07:30:19

    salam.ana ada terdengar satu bentuk pelaburan di bawah syarikat “pan Phoenic Dina” (kalu tak silap ejaan macam tu lah). kita boleh melabur dalam nya dengan had minimanya sebanyak RM 5000.00. setiap minggu dia akan berikan kita sebagai hibah RM100. maknanya sebulan dapat RM400. macam mana tu boleh tak ? dia berpuasat di kelate..

    IbnRajab: Akhi,
    Pada ana sekiranya dah ditetapkan bonus/faedah/hibah (apa sahaja namanya) itu dah dikira riba. Kalau al-bai’ (bisness) betul2 dia kata kemungkinan untung banyak ni kemungkinan rugi banyak ni, itu baru halal. Pada ana la akhi. Wallahuaklam. Musuh agama atau agen musuh agama ni di mana2 pun ada, tak semestinya di kelate tu semua benda baik aje ada. Wallahuaklam. Rujuk laman http://www.zaharuddin.net utk baca lebih artikel ttg bisnes islam ini.

    Balas

  2. abuwijaz
    Okt 02, 2007 @ 11:35:25

    ana ada cadang nak beli umah kat sini. ari tu ada tengok umah harganya RM230.000.00 doble story.ana nak guna loan k’jaan. kalu nak guna loan bank ana rasa tak dapat sebab dah banyak nama ana pakai di bank. tp ana dengar citer kalu wat loan k’jaan susah mahu jual. betul ko ? ana dok sini pun bukan lama 5-6 tahun lagi.
    apa pendapat anta ??tk

    IbnRajab: Akhi,
    Terima kasih kerana sudi tanya pendapat ana. Kalau ana, beli rumah yang mahal ni utk bisnes adalah tak patut.
    1. Sebab beli dah mahal, nak jual takan sampai 1/2 juta? Kalau sampai 1/2 juta pun bila? Mesti makan masa.
    2. Bayaran bulanan anta dah tentu tinggi. Susah bila anta dpt transfer utk sewa nanti dgn kadar yg dpt mengelakkan anta terus bayar pd bank/gov.
    3. Bayaran bulanan anta tinggi sudah tentu kuasa beli gaji anta/zaujah anta dah jadi rendah. Banyak perkara2 yg akan dtg nanti akan di’skip’kan oleh anta secara tak langsung. Mmg tiap2 tahun ada kenaikan gaji dlm rm90.45 tapi harga barang juga tiap tahun naik. Lambat laun bila kuasa beli duit gaji anta kurang, anta akan terlibat dgn hutang juga akhi. So bg org bisnes, hutang boleh ada tapi kuasa membayar itu tinggi.
    4. Sepekara anta perlu ingat, langkah utk jadi kaya adalah dgn menabung, bukan dgn berhutang. Jika anta beli rumah dah mahal, mana duit utk anta buat pelaburan? Simpan? Simpanan ptg utk masa kecemasan, ditimpa musibah dsb. Sekiranya tiada simpanan yg baik, maka akan berhutang juga nanti.
    5. Akhirnya, ana syor anta beli rumah kecil2 dulu. Buat permulaan. Rumah besar tu mmg nafsu kata best sbb (nauzubillah) kita mmg takut org nampak kita mcm tak mampu.

    Wallahu aklam.

    Balas

  3. abuwijaz
    Okt 04, 2007 @ 09:49:26

    salam.
    terima kasih atas pandangan anta. Ana beli sini pun untuk elak daripada dok bui duit ko tuan nyewa rumah.(sewa di miri RM 500-700)so lebih baik ana bayar beli umah. Kalau umah tu RM 1200 sebulan ana kena bayar, jadi ana kena bayar hanyalah Rm600 sahaja darpda gaji ana tu. Rm 600 lagi tu ana guna elaun perumahan yg ana dapat. ana cari dekat ngan kawasan sekolah, tempat kerja n bandar. so itu sebab mahal sikit. kalau ditempat lain ada juga saiz macam tu sekitar harga rm170.000.00 je tapi jauh lah dr tempat sekolah.

    IbnRajab: Betul tu akhi, drpd kita sewa, bila keluar nanti habuk pun tarak.
    Ana saran anta buat solat istikharah lah dulu, bincang dgn zaujah, cuba cari jalan yang terbaik. Sbb buat masa skrang ni ok anta masih di miri tapi bila anta nak balik nanti ssh sikit la nak jual. Maybe org yg mampu mcm anta je dpt beli rumah tu. Tapi sekiranya rumh kos rendah lebih ramai lagi org mampu beli. So, duit kita dpt balik dan kita tak terbeban dgn hutang. Transfer tmpt baru bolh buat loan lain utk beli rmh di situ pula.
    Maaf ana akhi sekiranya ana ni ibarat “lebih sudu dari kuah” hehehe..

    Balas

  4. abuwijaz
    Okt 05, 2007 @ 20:32:01

    tq atas pandangan..barakallahu fikum..

    IbnRajab: BERES..

    Balas

  5. aims
    Apr 29, 2008 @ 12:35:16

    Anta sendiri rasa bagaimana dengan pelaburan internet ni? Ada pengalaman?

    Balas

  6. ibnrajab
    Apr 29, 2008 @ 18:19:16

    Ana tiada pengalaman berkenaan pelaburan internet.. cuma pada pendapat ana yang dhaif ini, pelaburan internet adalah haram sekiranya ia menjanjikan pulangan dalam bentuk peratus tanpa mengira kemungkinan untung rugi, kedua sekiranya tidak dijelaskan bentuk dan kaedah yang digunakan untuk menjalankan pelaburan tersebut. Wallahu aklam.

    Boleh rujuk pandangan ustaz Zaharuddin (www.zaharuddin.net)

    Balas

  7. muhammad
    Sep 23, 2008 @ 14:37:19

    Assalam alaikum wbth

    Apa pandangan Ustaz tentang MLM (multilevel marketing), halal ke? ana rasa ragu sebab orang yg atas du (pioneer), dia always dapat lebeh dari yg juniors, sebab apa-apa usaha yg junior buat, dia (seniors) akan dapat share juga, walaupun dia tak buat apa-apa dok relaks je. sistem dia memang begitu: disebabkan senior yg bawa masuk junior dlm bisnes tu, jd senior akan dapat share keuntungan dari setiap usaha junior.

    jazakallah khairan

    IbnRajab: pada pandangan ana, ia halal. soal mereka bawa masuk junior itu pun bukan atas paksaan. cuma ana tak join mana2 MLM kerana:
    1. harga pasaran produk mereka tinggi kerana lebih separuh daripadanya akan diagih2kan kepada distributor mengikut pangkat masing-masing.
    2. cita-cita yang dijanjikan dlm MLM adalah angan2 yg akan menguntung setengah pihak. setiap MLM akan ok dlm masa 5 tahun, kemudian down 5 tahun seterusnya hidup balik dan down balik dan begitulah seterusnya. ikut pemerhatian ana
    3. tak suka menyakiti hati sahabat seagama yg lain (downline) kerana mereka ingin jadi macam kita (upline) tetapi mereka tidak akan selama-lamanya akan capai apa yg kita capai.
    4. kalau betul MLM ni bawa keberkatan, kenapa tak ramai yg taja orang (downline) secara percuma dan menaja produk sehingga seseorang puas hati dulu, baru mula. sebaliknya tidak ada langsung soal tolong menolong melainkan menanam tebu di bibir mulut semata2.
    5. Ana rasa sekiranya buat MLM utk dpt untung dr downline (jualan/tajaan) dan tanpa ada usaha (cth komisen dr downline yg ke-4,5,6..10) maka pendapatan itu adalah haram (kerna tidak diasaskan kpd usaha, bahkan kenal pun tidak)

    Wallahu aklam.

    Balas

  8. en_me
    Dis 30, 2008 @ 21:37:03

    jangan beli rumah dilereng bukit, nanti merundum harganyerrr.. salammmz

    IbnRajab: thanks..

    Balas

  9. Faridil Atrash
    Mac 04, 2009 @ 09:37:38

    Assalaamualaikum

    Ana minta pandangan ustaz tentang FOREX kerana sekarang ini ramai yang melabur atau ‘main’ FOREX ni. Apa pandangan ustaz

    IbnRajab: ana tidak akan melibatkan diri dgn forex. pd ana (berpandukan ilmu yg ada) ia tak halal. wallahu aklam

    Balas

  10. Chase Hollins
    Mei 22, 2009 @ 14:20:17

    Hi,

    If you want to add Facebook or email sharing buttons to your blog posts, there’s a plugin that does it for you: http://tinyurl.com/sharebuttons

    Hope you find it helpful!

    Cheers,
    Chase

    Balas

  11. suhaimie
    Ogo 01, 2009 @ 23:10:51

    Assalam….
    Saya nak tanya la, macamana nak tukarkan hutang kad kredit kita tu jadi ezy payment plan. Kita boleh runding sndiri ke dgan bank tersebut.

    Wassalam…

    IbnRajab: w’salam. ana rasa tak dpt. kerana easy payment tu utk belian baru shj. kalau hutang lama, mesti bayar semua. atau kalau ada offer dr pengeluar kad dgn bank2 lain yg membenarkan bayaran secara ansuran tanpa faedah (biasanya 12-18 bulan), blh dipertimbangkan. wallahu aklam

    Balas

  12. rafizan bin mohamad
    Ogo 17, 2009 @ 13:18:35

    salam…boleh x sy nk tau isu isu semas berkenaan dengan ekonomi islam?syukran

    IbnRajab: w’salam. kalau blh tlg kecilkan sket skop soalan 🙂

    Balas

  13. tandek sedah
    Sep 08, 2009 @ 08:55:01

    Asalamualikom….,Selamat berpuasa juga salam semoga sehat walafiat sekeluarga. Syukur saya dapat membaca pengalaman dan pengtahuan mu dan pula berintraksi dalam laman ini ,Moga sedikit sebanyak Pak Tua serupa saya ini dapat menimba ilmu keinsafan dan kesedaran lahan menghabiskan sisah sisah hidup. Pak”Tandek.

    IR: wa’alaikumussalam.. walau siapa pun kita dan di mana berada, perlu kpd saling nasihat menasihati dan ingat mmperingati termasuklah diri ana yg dhaif ini

    Balas

  14. cg kimi
    Okt 15, 2009 @ 16:35:56

    salam.ana ada terdengar satu bentuk pelaburan di bawah syarikat “pan Phoenic Dina” (kalu tak silap ejaan macam tu lah). kita boleh melabur dalam nya dengan had minimanya sebanyak RM 5000.00. setiap minggu dia akan berikan kita sebagai hibah RM100. maknanya sebulan dapat RM400. macam mana tu boleh tak ? dia berpuasat di kelate..

    IbnRajab: Akhi,
    Pada ana sekiranya dah ditetapkan bonus/faedah/hibah (apa sahaja namanya) itu dah dikira riba. Kalau al-bai’ (bisness) betul2 dia kata kemungkinan untung banyak ni kemungkinan rugi banyak ni, itu baru halal. Pada ana la akhi. Wallahuaklam. Musuh agama atau agen musuh agama ni di mana2 pun ada, tak semestinya di kelate tu semua benda baik aje ada. Wallahuaklam. Rujuk laman http://www.zaharuddin.net utk baca lebih artikel ttg bisnes islam ini.

    SAYA SETUJU DENGAN RESPON USTAZ NI….. ASB MACM MANA???? DARIPADA HARAM JADI HARUS PLAK????? DENGAN ALASAN UMAT ISLAM TERLALU RAMAI MASUK ASB….. DENGAN KATA LAIN PENGATAHUAN PASAL HALAL HARAM AMAT KRITIKAL DARI SATU SUDUT TERUTAMA PELABURAN YANG MENDATANG HASIL NI…. ATAU SAYA YANG SALAH TAFSIR…. MINTA PENJELASAN WALAUPUN SEDIKIT…

    IR: Allahu akbar.. ilmu yg ada dlm diri ana tdklah terlalu tinggi sehingga dpt menepis hujah mana-mana majlis fatwa yg sdg berkuasa dan sdg berkuatkuasa. pd ana, elok tidak memilih ASB dan dana2 yg seumpamanya. wallahu aklam

    Balas

  15. nur
    Feb 17, 2010 @ 17:44:10

    us. ana nk tanya ni. pasal kongsi modal & bg pulangan tetap tiap-tiap bulan. syarikat tu kata dia dpat bg 10 % setiap bulan kerana dia dpat lebih lg. sbb bisnessnya sewakan bbrapa peralatan spt mesin prepaid, telefon, mesin air . bila cukup bulan keuntungan setiap mesin dijumlahkn then dibahagikan sama rata. apa pendapat us?

    IR: jgnlah. kalau hanya dijanjikan untung tanpa ada apa2 byngan rugi, riba namanya. kalau betul bisnes, mrk akan janjikan untung/rugi sama2 tanggung dan nikmati. kalau ada duit baik melabur dlm institusi yg sah/ligel. wallahu aklam

    Balas

  16. azhar
    Feb 23, 2010 @ 05:03:28

    salam..boleh saya tanya..saya na

    Balas

  17. Chanelle Brehmer
    Nov 03, 2011 @ 02:18:14

    Quite good article. I basically stumbled upon a web site not to mention desired towards tell you who I have quite liked studying a website not to mention reports. Anyway I’ll turn out to be following a give food not to mention I just desire towards read a website yet again.

    Balas

  18. ADI
    Dis 20, 2011 @ 12:02:14

    ASSALAMUALAIKUM WBT….
    Salam ukhuwah buat semua…
    Saya ingin minta pandangan dari tuan ni. Alhamdulillah,sy baru sudah tamat pngajian di IPG. Baru memulakan khidupan baru alam pekerjaan. Jadi,sy ada buat RMK-1 buat sy untuk tempoh lima tahun ni. Dalam perancangan sy,ingin membeli tanah sawit seluas 3-4 ekar. Jadi,mana yg lagi baik untuk sy buat LOAN/PINJAMAN?? Sy xda pngalaman dlm membuat loan yg tinggi pada mana2 pihak. Sy bekerja sebagai CIKGU. Adakah sy perlu membuat pinjaman krajaan? Atau membuat pnjaman pada KOPERASI? Atau juga sebagai personal loan di mana2 bank??

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: