Cek kiblat anda hari ini

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jangan lupa untuk menyemak arah Kiblat tempat anda hari ini. Sebenarnya kita di Malaysia boleh menyemak ketepatan arah Kiblat (untuk kepastian bagi mereka yang baru menetap di suatu tempat baru contohnya) dua hari dalam setahun; iaitu pada hari ini 28 Mei pada jam 5.16 pm (1716) atau pada 16 Julai jam 5.28 pm (1728). Hal ini kerana, pada kedua-dua hari tersebut dan pada masa berkenaan, keadaan matahari berada tepat di atas Ka’bah di Makkah al-Mukarramah (seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi di atas). Oleh yang demikian, di mana-mana tempat yang menerima bayang matahari pada tempoh hari dan masa yang berkenaan akan dapat menentukan arah Kiblat mereka dengan tepat. Cara menentukan arah Kiblat menggunakan kaedah ini telah digunapakai oleh banyak negara dan badan-badan rasmi yang bertanggungjawab terhadap agama Islam setempat.

Lagi

Cari Lailatulqadr

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Carilah lailatulqadr wahai diri. Hanya tinggal beberapa malam sahaja lagi peluang mencari lailatulqadr. Hadis tentang lailatulqadr berlaku pada malam 27 itu masih valid. Tiada salah kalau kita nak beramal berdasarkan hadis itu. Mana tahu, ia benar-benar terjadi pada tahun ini. Malam ke 27 itu adalah lailatulqadr.

Lagi

Dua kalimah syahadah

AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ungkapan dua kalimah syahadah, atau mengucap dua kalimah syahadah merupakan dua susunan perkataan yang nilainya di sisi Allah dan orang-orang yang beriman adalah melebihi daripada nilai dunia dan segala isinya. Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa “Sekiranya hendak ditimbang nilai dua kalimah syahadah dengan segala isi dunia, nescaya timbangan yang membawa dua kalimah itulah yang terlebih berat”.

Lagi

Doa memulakan pekerjaan

Bismillahirrahmanirrahim

Sukacita dikongsikan bersama doa memulakan pekerjaan. Alhamdulillah, ana di Besut ini, suatu fenomena positif di pejabat kerajaan (negeri mahupun persekutuan) di sekitar ini mengamalkan bacaan doa awal pagi. Semoga sesuai dengan jolokan bumi besut sebagai BUMI ULUL ALBAB. Pada mulanya, ana ingat hanya ILTIM (Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur) sahaja yang mengamalkan bacaan doa di awal setiap hari pekerjaan, rupa-rupa pejabat Daerah, sekolah-sekolah dan beberapa tempat lain juga turut mengamalkannya. Alhamdulillah..

InSyaAllah, akan ada kesannya daripada amalan ini. Klik untuk muat turun contoh doa

Wallahu aklam

12 Rabiul Awwal – Ittiba’

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini cuti umum sempena memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tahniah kepada seluruh umat Islam atas nikmat Islam dan Iman yang ditinggalkan oleh baginda SAW. Banyak perbincangan dan ilmu yang dapat dikongsikan berhubung dengan peristiwa besar dalam sejarah umat Islam ini jika hendak diperkatakan. Dalam dunia maya ini sudah tentu banyak bahan-bahan yang dapat dibaca untuk dijadikan renungan bersama.

Lagi

Majlis ilmu sempena Ramadhan 1433H

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ana mempelawa mana-mana rakan pengunjung blog ini yang berdekatan, untuk sama-sama hadir ke majlis-majlis perkongsian ilmu seperti di bawah:

Jumaat 27 Julai 2012 / 7 Ramadhan 1433
Masjid Mukim Kemasin, Bachok
Kuliah selepas solat jumaat.

Jumaat 3,10 dan 17 Ogos 2012 / 14,21 dan 28 Ramadhan 1433
Masjid Mukim Neman, Kpg Rekang, Bachok.
Kuliah sebelum solat fardu jumaat.

Lagi

Kerja sebagai ibadah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kerja sebagai ibadah. Adakah kita menghayati kata-kata itu? Apakah yang dimaksudkan dengan kerja dan pekerjaan sebenarnya? Menurut Kamus Dewan, kerja adalah bersinonim dengan khidmat, tugas, tanggungjawab, kewajipan, usaha, urusan dan kegiatan. Kerja dalam konteks bahasa Arab dikatakan “Amal” yang bermaksud perbuatan yang dibuat dengan qasd (niat). Qasd juga bermaksud perbuatan dengan keteguhan hati ingin melakukannya.

Lagi

Tahun 2012 Miladi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pagi ini, sempat berbual-bual dengan seorang ‘orang tua’ di kampung. Bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan dan mengambil nasihat serta pengajaran daripada kata-katanya.

Sambil mengeluh, beliau menyatakan “ermm.. lepas setahun, setahun masa berlalu begitu sahaja”.

“Berlalu begitu sahaja ke pakcik?” ana menyampuk.

Lagi

Salam Hijratul Rasul SAW 1433H

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

IbnRajab Online mengucapkan selamat mengingati peristiwa Hijratul Rasul untuk tahun yang ke 1433H pada hari ini. Semoga peristiwa Hijratul Rasul yang membawa sinar baru kepada dunia dakwah Islam akan menyuluh sinar kepada jalan-jalan dakwah yang bakal kita selaku umat Nabi tempuhi. Ingatlah, tidak ada nilainya kita meraikan tarikh hijratul rasul ini sekiranya hati kita tidak pernah terfikir untuk meneruskan usaha untuk mempastikan kelangsungan dakwah Islamiyah.

Lagi

tinggalkan vs tak boleh

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sebelum khatib naik mimbar untuk khutbah jumaat hari ni, Imam 1 menyapa ana “minta ustaz memberi tazkirah selepas jumaat, boleh?”. Memandangkan beliau berharap, ana anggukkan juga kepala tanda setuju walaupun satu perkataan yang berbentuk fakta belum dijana dalam minda. Usai jumaat nanti, apa yang Allah ilhamkan insyaAllah itu sahajalah yang akan ana kongsikan bersama-sama ahli jemaah. Mengharap.

Lagi

Previous Older Entries