Awas! penceroboh email

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Cerita daripada pengalaman sendiri. Sebenarnya ana sudah tidak ingat berapa kali. Tetapi rasanya sudah dua tiga kali email (melbox) ana diceroboh. Penceroboh telah masuk ke melbox, dan menghantar email atau email-email spam ke alamat-alamat email yang mereka sendiri kehendaki. Mungkin juga email-email fitnah atau pornografi. Ana perasan apabila alamat-alamat email yang mereka gunakan itu tidak betul atau mengandungi kesalahan ‘typing’.

Lagi

Advertisements

Windows 7

Seronok guna Windows 7 yang baru ana install nih. Sangat mesra pengguna “user friendly”. Nak install apa-apa program yang disupport oleh Windows sangat senang. Contoh nak install keyboard untuk menaip jawi atau Arab. Jika dulu terpaksa cari CD installer bila nak tambah keyboard input, tetapi dengan Windows 7 yang baru ni, anda perlu ke Control Panel dan Add Langguages sahaja.

Nak runing apa-apa program pun laju. Tak ada sekat-sekat lagi sejak ana guna windows 7 dari awal Jan lepas. Paling seronok, tak perlu pening-pening cari driver apabila nak format komputer seperti selalunya. Apabila komputer dah siap tersedia dengan Windows 7, anda ambil menu “manage” sahaja dekat “My Computer” seterusnya Windows 7 akan membantu anda mencari apa-apa driver yang diperlukan oleh komputer anda secara atas talian (online).

Jom mari ramai-ramai bertukar kepada Windows 7.

Baca lagi.. @ read more..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Suka ana nak kongsikan satu benda ni. Dah lama cari cara nak buatnya, tapi hari ni dengan bantuan dan kesepakatan secara bersama dengan adik ipar, juga berorientasikan teknik cuba dan jaya (try and error), akhirnya ana (atau sebenarnya kami) temui jalannya. Iaitu cara untuk memendekkan artikel yang panjang untuk di’view’ pada laman utama blog di WordPress ini.

Sebelum ni, baanyak masalah sekiranya menulis artikel yang panjang. Kerana kalau artikel itu panjang, pengunjung akan terpkasa melihat ataupun membaca keseluruhan isi artikel walaupun mungkin mereka tidak perlu (kerana sudah tahu dll). Begitu juga, jika laman utama memuatkan artikel yang panjang-panjang, maka tidak banyak artikel yang dapat dipaparkan di ruangan utama tersebut.

Lagi

Quran in word

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini ada rakan tanya tentang program yang membolehkan kita memasukkan ayat al-Quran dengan mudah ke dalam program microsoft word. Jadi pada kesempatan ini, ana nak kongsikan dengan semua (kalau belum tahu) akan adanya (wujud) program seumpama itu yang dikenali sebagai Al-Quran In Word. Ia diusahakan oleh rakan kita dari Indonesia. Semoga Allah memanjangkan usia beliau di dalam meneruskan amal kebajikan yang baik dan menjadi bekalan yang baik juga di akhirat.

Untuk download program ini, silalah klik laman ini kemudian boleh terus download. Pilihlah mana-mana yang anda suka kat site itu. Program ni user-friendly sebenarnya. Nak install pun mudah saja. clik file itu apabila ia dah selesai didownloadkan ke komputer anda. Ia akan masuk dalam word. Open MS Word dan boleh terus guna. Anda perlu tahu bahawa duplicate window word tidak akan mengfungsikan program ini. Maksudnya windows (paparan atau tetingkap) word pertama sahaja boleh guna. Jangan nanti anda duplicate tak fungsi maka anda sangka program ini telah rosak. Tak. Sebenarnya ia tak fungsi pada duplicate windows.
 
Kalau anda guna word 2007, anda cari program ni kat plug in. Kalau sekali (first time) anda guna biasanya ia akan mengeluarkan (menatijahkan) font yang tidak boleh dibaca, seperti kotak-kotak. Itu biasa. Anta perlu guna (cari ayat) sekali lagi. Tak delete yang tadi (kotak-kotak yang tak jadi tadi) tu pun tak pe. Kemudian apabila ayat al-Quran yang dikehendaki itu muncul, anda copy dan paste (letakkan) dalam mana-mana word anda seperti kertas soalan peperiksaan, nota dan sebagainya.

Satu lagi anda perlu ingat juga untuk installkan program ini ke komputer yang ada printer. Kalau tak, kat komputer anda ada (ayat-ayat al-Quran ini) tapi bila print, ia tak keluar (kalau keluar pun ia akan keluar font yang kotak-kotak dan tidak boleh dibaca). Itulah..

Sekian, dan selamat mencuba. Wassalam.

Awasi pencuri

Hari ini ana nak berkongsi email yang datang daripada si pencuri alaf baru. Mereka ingat senang-senang nak memperdayakan orang. Ana harap setiap pembaca kalam IbnRajab lebih berhati-hati dengan email-email yang sengaja dihantar oleh si pencuri seperti email yang masuk ke dua mailbox ana (yahoo dan tm.net) ini. Ambillah langkah perlu yang sepatutnya anda ambil.

Kedua-dua email tersebut dihantar oleh server yang berbeza-beza. Sekali pandang dan sepintas lalu nampak macam pihak bank sendiri yang hantar. Maklumlah bila tengok domain yang mereka beli dan gunakan (cimbgroup.com.my dan cimb.com). Mereka kononnya sangat proffesional. Macam lah pihak bank tak mampu nak guna server mereka yang asal bagi memohon sebarang maklumat tambahan daripada pihak pendeposit mereka. Domain asal bagi CIMB bank adalah (https://www.cimbclicks.com.my).

Email-email yang ana terima adalah dari dua alamat ini. Bernamakan “CIMBClicks Team” dengan alamat email “support@cimbgroup.com.my” dan satu lagi atas nama “CIMB Bank” dengan alamat email “service@cimb.com“. Ana syorkan jika anda nak buat spam email, masukkan kepada kedua alamat ini agar melbox mereka cepat penuh. Kalau anda adalah pegawai penguatkuasa, silakan kaji siapa pemilik berdaftar email-email tersebut. Tangkap mereka dan buatlah apa yang patut kerana mereka ini memamg sah pengkhianat bangsa. Pencuri alaf baru!

Manakala isi kedua-dua email yang ana terima itu adalah sama iaitu (email asal tanpa ada sedikitpun editing):

cimbtipu

Dear CIMB Bank customer,

We are hereby notifying you that we’ve recently suffered a DDos-Attack on one of our’s Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your CIMBClicks account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.

Here’s how to get started:

1. Log in to CIMBClicks online account (click here) <– ana tak sertakan linknya.

2. You must request for TAC online via CIMBClicks – your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM.
( you can find the “request TAC” button in the left menu of your account )

3. Logout from your account and close the browser.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, Log in to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.

5. Please allow 48 hours for processing.
Please comply and thanks for understanding.
2008 CIMB Bank

Note: Please do not reply to this email.
This mailbox is not monitored and you will not receive a response.

Tindakan ana
Setelah ana dapat email ini, ana dah rasa semacam email penipu. Jadi ana ambil tindakan untuk mendapat pengesahan daripada pihak CIMB Bank (CIMBCliks Devision). Ana log in akaun (perbankan internet) kemudian melalui kemudahan email di dalamnya ana hantar email bertanyakan isu ini. Lalu pegawai yang bertanggungjawab (En. Ravindran) membalas email ana (dalam masa tak sampai 24 jam) dengan:

Dear <nama penuh ana>,

jwbcimb

Thank you for your email.

We believed that the attached email is a scam as the contents and contact info are absolutely not related to our bank, CIMB Bank Berhad. We would advise you to be extra careful of scam and fraud activity via internet. Do not disclose any of your personal details neither transfer any amount to unknown parties.

Regards and have a great day.

Faham dan yakin
Maka faham dan yakinlah ana. Kalau sebelum ini ana hanya mengandaikan email-email tersebut datang daripada si penipu. Maka kini yakinlah ana bahawa ia datangnya daripada si pencuri.

Nasihat
Sekiranya anda (penghantar email tersebut yang ada baca tulisan ini) dan yang kononnya nak mencuri duit daripada akaun pengguna internet banking, minta maaf sahajalah. Jangan anggap orang lain itu mudah terpedaya dan buta internet macam anda. Ingatlah bahawa, dengan menghantar email-email macam ni, alamat anda mudah dikenalpasti melalui no IP. Dengan mudah pihak berkuasa boleh mencari anda. Setiap domain yang dibeli (cth cimbgroup.com.my atau cimb.com) itu mesti ada pemiliknya. Jika anda gunakan domain tersebut untuk mencuri, anda boleh dikesan dan ditangkap!

Oleh itu, carilah pekerjaan yang halal. Jangan asyik berfikir nak cepat kaya. Jangan berfikir nak mencuri sahaja. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Kaya di dunia hasil mencuri bukannya boleh bawa bahagia pun. Sedangkan mereka yang bekerja keras tanpa ikut syariat pun tak bahagia. Hasil titik peluh yang tidak disertakan ikhlas kerana Allah tak bahagia, inikan pula anda yang nak hidup dengan mencuri. Samentelah pula akhirat anda akan tersangat kecewa dan rugi.

Kesimpulan.
Sebenarnya bukan mudah mana-mana pihak nak masuk dan selongkar akaun perbankan internet kita. Kecuali kalau kita izinkannya. Sama ada dengan mendedahkan ID, Password kepada sesiapa atau kita terlalu mudah mempercayai permintaan hal-hal peribadi menerusi email dan internet. Tidak ada istilah virus atau antivirus sebenarnya yang dengan tanpa kawalan kita ia boleh sahaja menyelongkari akaun perbankan. Ia semestinya melalui izin pengguna itu sendiri. Kalau menerusi email seperti di atas, ialah dengan memberi segala maklumat dan menuruti segala arahan mereka. Kedua kalau menerusi software yang dihantar, ialah dengan cara kita menerima sahaja (install) apa yang tertera di skrin sewaktu melayari internet. Sebaliknya kalau kita tidak ikut arahan email seperti ini, dan tidak pula syok tekan ‘ok’ sahaja pada apa-apa pop-up yang terkeluar semasa kita online, nescaya perkara seperti ‘ada pihak ketiga yang dapat masuk akaun perbankan internet’ tidak akan berlaku.

Sekian, wallahu aklam. Ana pun sebenarnya bukanlah pandai sangat, cuma ini adalah perkongsian apa yang ana lalui. Semoga bermanfaat.

Kemudahan IT UKM

Assalamu’alaikum wbt

Bagi siapa-siapa yang ingin jadi student UKM, atau yang dah lama jadi student UKM. Hari ni ana nak kongsi satu pengalaman menghantar komputer ‘notebook’ untuk diservis secara percuma. Apabila anda menghadapi masalah dengan komputer, usahlah pening-pening kepala untuk betulkan sendiri. Maksud ana jika melibatkan installer yang macam-macam dan dahsyat-dahsyat. Hantar sahaja komputer anda itu ke Pusat Komputer UKM.

Ianya terletak bersebelahan Fakulti Pendidikan (seberang jalan). Bangunannya bernama ‘Pusat Teknologi Maklumat’. Dari Masjid UKM, anda jalan terus dan ambil simpang (kanan) yang kedua. Jalan terus sehingga anda jumpa fakulti pendidikan dan sebelahnya pusat teknologi maklumat. Kat situ (masuk ofis dia) anda dikehendaki mengisi satu borang dengan menyatakan kerja-kerja yang perlu dilakukan ke atas komputer anda.

Segala perisian (software) adalah menggunakan lesen UKM dan sah disisi undang-undang Malaysia ataupun antarabangsa. maksudnya, sekiranya anda nak update software micfrosoft (Windows ataupun Office) melalui internet pun tak ada masalah kerana ia adalah sah dan berlesen.

Anda boleh minta apa sahaja software untuk tujuan pembelajaran anda di UKM, samada untuk buat analisa tesis seperti software SPSS, atau software Grafic seperti Authorware, Media, Movie Maker, ataupun software kejuruteraan seperti AutoCAD, lukisan geometry dan sebagainya.

Selain itu, bagi yang minat antivirus, mereka juga akan installkannya untuk anda. Kata pegawai kat situ yang sangat mesra “Nak minta kita tolong formatkan komputer kemudian isikan program-program pun boleh”.

Semua perkhidmatan adalah percuma. Ia sudah termasuk dalam yuran kemudahan yang dibayar kepada UKM di awal pendaftaran setiap semester.

Sekian, sekadar perkongsian.

Shortcut

Assalamu’alaikum wbt

Pada kesempatan ini insyaAllah ana akan jawab soalan beberapa orang rakan berkenaan dengan kemahiran komputer. Tujuannya adalah semata-mata ingin berkongsi ilmu yang Allah berikan. Walaupun sedikit. InsyaAllah ada orang yang akan memanfaatkannya. Walaupun mungkin ada (otai-otai komputer) rasa ilmu ini terlalu kecil.

Ada rakan-rakan bertanya: Bagaimana menulis 22 x 3 log10 atau menulis perkataan al-cAlamīn? Mungkin ada sesetengah orang dia menjawab: senang je, ada software. Install dan hanya gunakannya sahaja. Tapi ana secara peribadi tak pernah jumpa software (yang dimaksudkan) itu. Mungkin lebih tepat, sebab ana tak suka cari (atau beli) software kot (melainkan software yg datang bersama komputer).

Bagi ana, selagi kita boleh buat sesuatu secara sendiri, kenapa kita perlukan software orang lain. Pada ana, software sebenarnya mengajar seseorang malas berfikir. Setiap perkara disediakan dengan mudah. Kita hanya install dan gunakannya (tanpa susah2 berfikir). Falsafah hidup sebeginilah yang (sebenarnya) akan merosakkan jati diri kita sebagai manusia istimewa. Yang Allah ciptakan lengkap dengan akal fikiran dan menggesa pula manusia agar sentiasa berfikir. Bila ada software (walaupun untuk selesaikan masalah mudah seperti virus) maka keistimewaan kita (iaitu otak) langsung dilupakan terus.

Bagi orang yang mencipta software, ia adalah suatu kerja yang sangat baik lagi murni. Menyenangkan orang lain. Memudahkan sesama manusia ini memang digalakkan dalam agama. Cuma apa yang perlu diingati adalah, adakah kita? Adakah kita ini yang memudahkan manusia tersebut ataupun kita sekadar cari perkara-perkara mudah sahaja? Cari software. Kita hanya guna saja!

Untuk tujuan mencipta (kalaupun tidak software) kemudahan untuk diri sendiri tanpa menghabiskan nilai wang ringgit (atau mungkin lebih tepat lagi jatidiri) anda maka sukacitanya dikongsikan kemahiran ini. (juga kemahiran-kemahiran yang ana kongsikan terdahulu, termasuklah cara menangani virus tanpa antivirus yang mendapat kutukan ramai itu). Ia adalah suatu percubaan untuk memudahkan diri sendiri sebenarnya, disamping mencari sesuatu daripada Yang Maha Pencipta (berbentuk habuan akhirat) sekiranya ada pihak yang ingin (berkongsi) membaca, menggunakan atau sehingga menyampaikan pula kepada yang lain. Dalam bentuk perkongsian, bukan merendah-rendahkan.

Cara melakukannya mudah saja. Gunakan shortcut (yang telah tersedia bersama software Microsoft Word anda, bukannya software berasingan). Jadi, untuk menghasilkan kuasa 2 itu (22) anda highlightkan nombor 2 yang kedua kemudian tekan Ctrl+Shift+(butang +/=). Iaitu tekan butang Ctrl kemudian ditekantambah (tanpa melepas butang yang pertama) butang Shift kemudian tambah butang (+/=). Samalah juga untuk hasilkan c pada perkataan cAlamīn. Manakala untuk menghasilkan nombor 10 pada log10, anda highlightkan no 10 itu kemudian tekan Ctrl+(butang +/=). Jadi, untuk meletakkan sesuatu byte (samada no atau abjad) di atas, anda guna Ctrl+Shift+(butang +/=), sebaliknya untuk meletakkanya di bawah, guna Ctrl+(butang +/=) sahaja tanpa butang Shift. Itulah yang dimaksudkan dengan penggunaan ‘shortcut’ di sini.

Itu adalah sebahagian shortcut yang disediakan oleh software (MS Word atau Office secara keseluruhannya). Ia (kewujudannya) diketahui oleh kebanyakkan pengguna yang suka explore (belek-belek sebelum atau semasa menggunakan, atau mungkin mengikuti kursus menggunakan) sesuatu software seperti MS Word ini. Sebaliknya, untuk lebih memudahkan anda dalam proses menaip (tesis atau perkara-perkara yang memerlukan simbol) anda perlu wujudkan pelbagai shortcut anda sendiri. Yang mengetahuinya adalah anda seorang sahaja atau mereka yang anda beritahu. Ia juga hanya boleh digunakan menerusi komputer anda dan perlu diwujudkan semula setelah anda ingin menggunakan komputer baru. Kecuali anda copy fail normal.dot (atau normal.dotm) kemudian pastekan ke komputer baru itu.

Sebagai contoh, MS Word tidak menyediakan shortcut untuk memudahkan anda menulis huruf ī pada perkataan al-cAlamīn itu. Jadi anda perlu buatkan shortcut untuknya. Kalau kerja mudah, anda cari sahaja ī dan masukkannya ke dalam Word menggunakan ‘symbol’. Tetapi itu sangat membosankan kerana setiap kali anda perlukannya, anda perlu cari dalam ‘symbol’. Selain ia sangat memenatkan anda. Lebih baik anda buat shortcut untuknya.

Untuk mencipta shortcut, apabila anda berada dalam Word, ambil menu insert, kemudian ‘symbol’. Pada paparan itu, pilihlah mana-mana symbol yang anda selalu guna, kemudian tekan butang ‘shortcut’ (yang terletak di bawah sebelah kiri). Apabila paparan seterusnya keluar, anda hanya perlu tekan butang-butang shortcut (anda sendiri) spt contoh crtl+Shift+(apa2 huruf). Pastikan tiada pertindanan yang berlaku kepada shortcut yang baru anda wujudkan itu. Iaitu satu shortcut yang sama untuk dua symbol yang berbeza. Anda boleh tukar-tukar samada nak guna ctrl+Shift atau Ctrl+Alt bagi shortcut pilihan anda.

Semoga ilmu ini memanfaatkan anda. Wallahu aklam.

Penyata KWSP

Assalamu’alaikum wbt..

Jangan tak tau, urusan dengan pihak KWSP sekarang ini semakin canggih. Mereka sudah ada mesin Kiosk Pintar yang menyediakan perkhidmatan menyemak dan mencetak penyata KWSP anda untuk tahun semasa dan tahun sebelumnya. Mereka juga menyediakan perkhidmatan Kiosk Internet untuk pelbagai kemudahan berurusan terus ke laman peribadi anda.

Kiosk Pintar
Sebuah mesin touch screen yang diletakkan di bahagian dalam pejabat KWSP (ruj. caw Kota Bharu). Dua perkhidmatan setakat ini yang disediakan iaitu menyemak dan mencetak penyata, satu lagi perkhidmatan pendaftaran i-Akaun yang membolehkan anda mengurus akaun melalui laman web. Perkara yang boleh diuruskan adalah seperti; pertukaran dan kemaskini alamat, semakan penyata kira-kira tahun semasa dan sebelumnya, melihat status dan rekod pengeluaran, melihat dan mengira had pengeluaran dan memindah turun borang-borang berkaitan.

Untuk mencetak penyata kira-kira anda melalui mesin kiosk pintar ini, anda perlu tekan skrin untuk pilih bahasa, masukkan mykad, letakkan ibu jari kanan pada pengimbas cap jari, pilih penyata dan cetak penyata (diberikan percuma sebanyak 3 helai dalam masa sebulan).

Untuk lebih maklumat, kunjugi laman KWSP di sini

Muhasabah
Dunia hari-hari semakin canggih dan nampak memudahkan. Pertama, adakah kita mengetahui, menguasai dan memanfaatkannya? kedua, adakah kita sedar semua ini adalah bukti bahawa pencipta Alam ini ada? dan pastinya akan menyediakan perkara-perkara yang tidak pernah didengari oleh telinga, dilihat oleh mata bahkan terlintas diminda pada hari kemudian (akhirat). Maksud ana, bersedialah dengan amalan yang akan diberikan balasan yang baik oleh Allah SWT kelak. Sedarlah bahawa alam akhirat itu pasti. Sedikit sebanyak penemuan benda-benda canggih hari ini turut sama membuktikan kewujudannya juga.

Wallahu aklam..

Update 7 Julai 2009 (setelah setahun artikel ini diterbitkan)
Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi membaca dan berkongsi maklumat dalam ruangan komen di bawah. Di sini ana ingin memohon jutaan kemaafan kepada mereka yang tulis komen pasal nak tau penyata kwsp, dukacita dimaklumkan dan ana ulang sekali lagi bahawa ana bukanlah seorang staf kwsp. Artikel ini ana tulis kerana ingin berkongsi kemudahan terkini yang disediakan di pejabat kwsp (walaupun ana bukan pencarum kwsp sebenarnya). Kepada mereka yang ingin maklumat lanjut berkenaan tabungan/caruman/simpanan mereka dengan kwsp, silalah anda berhubung dengan mana-mana pegawai kwsp di mana-mana pejabat kwsp ataupun menghantar email melalui laman web kswp sendiri. Sekian, maaf sekali lagi dan harap maklum.

Remote Control

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini mari kita berkongsi cara menggunakan telefon bimbit sebagai remote control untuk komputer (samada laptop atau desktop). Ana percaya ramai yang sudah menggunakannya namun tidak dinafikan masih ada dalam kalangan kita yang masih belum mengentahuinya lagi. Untuk itu elok kita berkongsi pengetahuan yang sedikit ini agar sama-sama kita mengambil manfaat daripada teknologi sedia ada.

Setakat pengetahuan ana, hany telefon bimbit jenama sony ericsson sahaja yang dilengkapi dengan aplikasi remote control menggunakan perantara bluetooth (maksudnya walaupun handset anda berjenama sony ericsson, tetapi tidak dilengkapkan dengan bluetooth, maka fungsi ini dikecualikan). Oleh yang demikian, komputer anda yang ingin menerima aplikasi remote control ini pun hendaklah dilengkapi dengan bluetooth device (peralatan). Kebanyakkan komputer riba era ini sudah pun dilengkapi dengan device berkenaan, jika tidak anda terpaksalah membeli external bluetooth device yang boleh didapati dengan harga serendah RM20 sahaja.

Caranya
1. Aktifkan aplikasi bluetooth pada kedua-dua handset sony ericsson dan komputer;
2. Buka tetingkap ‘My Bluetooth Places’ pada komputer, klik pada Bluetooth pada menu bar dan ambil ‘Search for devices’;
(Komputer anda akan mengambil masa selama beberapa saat bagi mencari rangkaian bluetooth pada handset)
3. Setelah handset ana dijumpai, klik pada icon (yang menunjukkan) handset anda itu, kemudian klik pada icon ‘HID Mouse & Keyboard on (nama handset anda);
(Setelah komputer anda berjaya menghubungi handset, biasanya menu kawalan jauh atau remote control akan terus aktif secara automatik dan terus keluar pada screen handset anda, ianya ada tiga bentuk komunikasi iaitu; Presenter untuk anda control program PowerPoint, Media Player untuk anda control program Windows Media Player dan Desktop untuk anda control Desktop -icon dan screen- komputer anda)

Sekarang anda tidak lagi perlu duduk dekat komputer untuk klik pada cursor (sekiranya anda sedang membentangkan kertas kerja dengan menggunakan program powerpoint) atau menggunakan mouse kawalan jauh dan sebagainya. Cukup handset sony ericsson anda melakukan fungsi mouse dengan jarak yang agak memuaskan (bergantung kepada perisian dan hardware bluetooth pada kedua-dua komputer dan handset anda).

Sekian, selamat mencuba!

Kembalikan aplikasi ‘Search’

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh..

Sudah sekian lama ana tidak menulis tentang Virus sejak tulisan ana tentangnnya mendapat kencaman yang agak luar biasa daripada kalangan peminat-peminat komputer atau lebih tepat peminat atau mungkin penjual software antivirus. Sila klik di sini untuk mengamati perbicangan atau pro and contra serta pandangan mereka berkenaan tulisan ana tentang pencegahan komputer daripada virus. Sebenarnya ana bukanlah seorang yang pakar dalam bidang perkomputeran, jauh sekali programmer. Ana mungkin pernah belajar kursus komputer dan mengikuti perkembangan mengenai dunia programmer melalui beberapa siri kursus dan bacaan daripada beberapa buah buku yang terlalu terhad.

Cuma prinsip ana adalah, segala apa yang baik dan bermanfaat elok kita kongsi bersama, agar sama-sama kita perolehi manfaatnya. Sekiranya mana-mana individu merasakan apa yang ana kongsikan di sini tidak memberi manfaat langsung, sumbangkanlah idea bernas anda atau cadangan yang membina. Jangan sesekali merendah-rendahkan orang lain kerana itu melambangkan ciri minda dan cara pemikiran kelas ketiga. Kita jangan sahaja menerima sesuatu perkara itu tanpa memahami apakah yang sebenarnya ia. Seperti kereta, jangan kita hanya tahu membawa, bayar road tax, isi minyak dan membawa ke servis berkala sahaja. Kita perlu faham prinsip asas bagaimana sebuah kereta berfungsi. Ilmu asas berkenaan perlu ditambah dari sehari ke sehari.

Begitu juga komputer. Dan apa sahaja termasuklah rohani kita. Kita perlu memahaminya.

Hari ini ana suka kongsikan satu lagi cara merawat sekiranya komputer anda telah dimasuki virus. Iaitu kadang-kadang apabila anda sudah (clean) menggunakan antivirus (yang sangat cekap) anda itu pun, beberapa perkara tidak kembali seperti asal. Sebagai contoh, anda perhatikan aplikasi ‘search’ sudah hilang dari tempatnya yang asal (start menu). Begitu juga ‘folder options’ hilang. Ini memberi kesukaran sekiranya anda ingin mencari fail-fail penting. Dan jika anda nak ubah setting fail-fail yang anda sembunyikan (hidden).

Di sini kita perlu faham kenapa ‘search’ hilang? kerana orang yang buat virus (sebenarnya arahan elektronik) tidak ingin anda mencari fail ciptaannya (virus itu). Kenapa pula ‘folder options’ hilang? kerana orang yang buat virus biasa akan menjadikan mode failnya tersembunyi (hidden) supaya sekali lagi anda sukar mencarinya dan memadamkannya (delete). Itu sahaja.

Amatlah merugikan masa sekiranya anda memilih untuk menformatkan semula komputer, sedangkan cara mengembalikan aplikasi ‘search’ tidak memakan masa lebih dari 3 minit.

Caranya
Sekiranya anda inginkan aplikasi ‘search’ kembali ke start menu, anda perlu masuk ke sistem edit registry dengan menaip ‘regedit’ dalam aplikasi run pada start menu. Kemudian apabila screen registry editor keluar pada desktop, anda pilih HKEY_LOCAL_MACHINE. Kemudian anda perlu buka sub key SOFTWARE, Microsoft, Windows, CurrentVersion, Explorer, StartMenu, StartPanel, ShowSearch, Policy, NoFind. Kemudian anda perhatikan dalam kotak detail key (NoFind) itu adakah terdapat pelbagai arahan. Delete kesemua arahan-arahan itu. Kerana sekiranya komputer anda sihat, anda hanya dapati tertera (Default) pada ruangan ‘Name’ dan REG_SZ pada ruangan ‘Type’ dan tiada apa-apa perkataan pada ruangan ‘Data’.

Kemudian anda kembali ke CurrentVersion, ambil sub policies, explorer. Delete NoFind dan segala apa yang ada dalam detail sub key berkenaan. InsyaAllah, aplikasi ‘search’ akan muncul semula pada start menu anda. Begitu juga dengan ‘folder options’.

Selamat mencuba! Wallahu aklam..

p/s: Ilmu ini boleh digunakan dan disebarluaskan kepada sesiapa sahaja. Dengan ini dakwaan sesetengah pihak yang kononnya ana menawarkan khidmat menghapuskan virus dengan caj RM50 yang dipetik daripada tulisan ana sebelum ini yang sebenarnya hanyalah bebentuk gurauan (dan tidak difahami itu) terbatal dengan sendirinya.

Previous Older Entries