Salam Eidul Fitr 1435H/2014

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Buat tatapan semua sahabat pengunjung IbnRajab Online.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.. Semoga sepanjang tahun anda berada dalam peliharaan Allah, sihat walafiat dan semoga semua amal soleh kita diterima oleh Allah SWT hendaknya.. dicatat dalam buku amalan sebagai amal baik yang akan dibentang dihadapanNya kelak di hari yang tidak akan memberi manfaat oleh harta benda dan anak pinak melainkan mereka yang datang/kembali kepada Pencipta dengan hati yang sejahtera.. Maaf zahir dan batin semua!

Wassalam dan terima kasih atas kunjungan..

fb

Advertisements

Salam Eidul Adha 1433H/2013

Assalamu’alaikum wbt.

Selamat menyambut dan meraikan Hari Raya Aidil Adha atau hari raya korban kepada semua pengungjung IbnRajab Online. Dengan ucapan maaf zahir dan batin, kullu am, wa antum bi alf khayr. Semoga amalan kita diterima dan dicatat amal soleh di sisi Allah SWT.

Subhanallah, maha suci Allah yang telah menjadikan hari 10 Zulhijjah sebagai hari raya untuk umat muslimin. Tarikh 10 zulhijjah telah merakamkan pelbagai sejarah dan peristiwa sejak dari zaman Nabi Adam AS sehingga Nabi Muhammad SAW. Semoga kedatangan 10 Zulhijjah pada kali ini memberi seribu keinsafan dan ketawaan kepada kita semua.

Lagi

Salam Eidul Fitri al-Mubarak

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada para pengunjung yang sempat singgah ke IbnRajab Online.

Lagi

Selamat hari raya aidiladha

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rasanya tidak terlalu lewat mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat walau di mana anda berada terutama rakan pengunjung blog IbnRajab Online yang dihormati. Kesibukan dua tiga hari sebelum menjelang aidil adha dan berterusan sehingga ke hari semalam, maka baru hari ini berkesempatan updated blog. Sebenarnya, hari ini pun kita masih beraya walaupun ramai antara kita yang telah balik bekerja, anak-anak telah kembali ke sekolah dan sebagainya. Namun, hakikatnya hari raya aidil adha ini adalah hari raya besar orang Islam.

Lagi

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pada kesempatan ini, ana mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat walau di mana sahaja mereka berada. Terutama kepada kedua mak dan ayah tercinta, mak dan ayah mertua, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat handai, rakan kenalan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ana sekeluarga. Semoga Aidil Adha membasahi kembali ingatan dan semangat perjuangan dan pengorbanan kita semua.

Lagi

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Lagi

Selamat balik kampung

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat balik kampung! Alhamdulillah, hariraya akan tiba tidak lama lagi. Ramai antara kita yang mengambil peluang pulang beraya ke kampung bersama orang tua tersayang, adik beradik, sanak saudara dan rakan-rakan. Pada kesempatan ini, ana sekeluarga mengucapkan selamat balik kampung kepada pengunjung IbnRajab Online dan kepada semua umat muslimin walau di mana anda berada.

Lagi

Selamat hariraya aidiladha

SELAMAT HARIRAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas daripada: IbnRajab dan seisi keluarga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Di kesempatan ini dan melalui ruang dan peluang yang ada, ana ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Hariraya Aidiladha teristimewa kepada ayah bonda tercinta, isteri tersayang, anak-anak yang dikasihi; Aidi Bassyar, Afifah Humaira dan Akrimy Mathwa, kakak-kakak dan adik-adik perempuan ana. Ucapan ini juga dipanjang kepada ipar-ipar, sanak-saudara, sepupu-sepupu dan kaum kerabat yang sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja ada ter’view’ entry ana di blog ini.

Lagi