Teka teki berkaitan al-Quran

Salamullahi ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Siapa-siapa dalam kalangan rakan-rakan yang ada maklumat, atau info yang jarang-jarang diketahui, diperasani oleh kita tentang al-Quran, boleh sama-sama mencatatnya di sini. Semoga amalan ini dicatat sebagai soleh di sisi Allah SWT. Untuk memulakannya: Apakah surah dalam al-Quran yang tidak ada padanya huruf (Fa’)?

Bersama menghayati keindahan al-Quran.. mencintai al-Quran dan dicintai oleh al-Quran, seterusnya mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, tuhan yang menurunkan al-Quran.

Advertisements

Jual beli melalui mudah.my

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatulahi wabarakatuh

Semalam adalah pertama kali ana menikmati hasil daripada iklan di Mudah.my (sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan pengiklanan secara atas talian), iaitu apabila ana dapat menjual satu barang yang telah sebulan diiklankan dalam web berkenaan. Sebenarnya sudah tiga kali ada orang berminat dan menghubungi ana, tetapi mungkin belum ada rezeki, jadi barang berkenaan tidak dapat mereka ambil. Semalam kebetulan ada sorang pelanggan yang menghubungi, bersetuju dan terus datang ambil.

Sungguh mudah. Rakan ana yang selalu berjual beli secara online melalui perkhidmatan mudah.my berkata, mengikut pengalamannya, kalau kita menetapkan lokasi jual beli di kawasan-kawasan seperti Kuala Lumpur, Selangor, barang yang diiklan itu lebih mudah laku. Hal ini kerana, pengguna di kawasan itu lebih ramai dan mereka suka mendapat barang dengan harga yang berpatutan, kerana penjual juga tidak terlibat dengan kos sewa kedai,pengiklanan, pengangkutan dan sebagainya.

Lagi

Taman Sri Dahlia

Taman Sri Dahlia terletak dalam jajahan Bachok Negeri Kelantan Darul Naim. Ia adalah sebuah taman perumahan baru yang siap dibangunkan sepenuhnya pada akhir tahun 2008 dan mula diduduki oleh sebahagian besar pemilik rumah-rumah di taman ini bermula awal tahun 2009. Taman ini memuatkan sebanyak 32 unit rumah teres satu tingkat dengan keluasan kawasan (tanah) 20 x 70 kaki persegi manakala luas kediaman (rumah) 20 x 41 kaki persegi.

Lagi

Penulis buku teks diperlukan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Suka ana panjangkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang membuka peluang dan tawaran pelawaan sebagai penulis pakej buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun 1 untuk kegunaan mulai tahun 2011. Iklan tersebut didapati pada akhbar tempatan seperti berikut:

1. Berita Minggu dan Mingguan Malaysia pada hari Ahad 15 November 2009
2. Utusan Malaysia pada hari Rabu 18 November 2009

Lagi

Telong: Rumah teres

P1040087

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Istimewa dan terbuka kepada anak-anak Kelantan sahaja (sama ada yang kini berada di Kelantan atau sedang berada diperantauan). 38 Unit rumah teres setingkat untuk dijual di taman Sri Impian, Telong Bachok Kelantan DN. Keluasan tanah adalah 20 x 70 manakala bangunan 20 x 51. Harga pula dari RM98,000.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan puluh lapan ribu sahaja). Sama ada untuk didiami atau dijadikan rumah sewa bagi menjana pendapatan sampingan.

Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di sekitar taman perumahan ini ialah; Univesiti Malaysia Kelantan, UMK (4 km), SK Kandis, SMK Kandis, Pondok Moden, Kolej Islam Sains dan Teknologi, KIST (kurang dari 2 km), Pusat pendaratan ikan Tok Bali (7 km), resort-resort persendirian (kurang 1 km), Tapak kursus dan in-house tranning spt Aura Training Centre ATC, (4 km) dan berhampiran dengan bandar maritim.

P1040088

Harga sewa semasa di kawasan ini adalah di antara RM250 hingga RM350 dan dijangka akan meningkat sehingga dua kali ganda setelah UMK cawangan Bachok beroperasi sepenuhnya pada awal 2012 dan juga sebuah bandar Maritim siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Sekiranya anda berminat, boleh tulis sedikit catatan di ruangan komen dan ana akan cuba hubungi, insyaAllah. Sekian, wassalam.