Sifat Nabi terpuji: Ummiyy

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu ala manittaba’a al-huda

Sebagai sedikit cetusan minda, sempena Maulidur Rasul kali ini 1436H, saya hidangkan kembali tulisan yang pernah saya terbitkan pada tahun 2008 ini untuk tatapan tuan-tuan dan puan pengunjung setia blog yang tak seberapanya ini.. saya sangat mengalu-alukan sebarang padangan dan komentar yang membina daripada tuan-tuan.. saya sedang mempertimbangkan cadangan sahabat saya Ustaz Abdullah dan ustaz Abu Farhi tersebut.. cuma sudah tentu banyak editing perlu dilakukan untuk memperkemaskan lagi artikel yang seadanya ini.. mohon lagi komentar tuan puan guna memantapkan lagi buah isinya.. harap sudi-sudikan..

ini adalah artikel ana yang asal.. selamat bermuhasabah dan memberi sedikit komentar.. wassalam.

>>>>Ana agak terkejut mendengar satu sesi tazkirah Ramadhan yang diterbitkan dalam salah sebuah radio tempatan. Pentazkirah berkenaan melahirkan rasa terkilan kerana ada golongan para ahli agama (Islam) di negara ini yang menasabkan sifat ummiyy kepada Nabi Muhammad SAW dan diterjemahkan sebagai Nabi itu tidak tahu menulis dan tidak tahu membaca. Katanya tuduhan itu adalah melampau dan tidak realistik kepada seorang yang sangat sempurna kejadiaanya samentelah dia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Rasulullah!

Bagi ana, kenyataan si pentazkirah ini telah menunjukkan sifatnya yang tidak suka mengkaji, sebaliknya hanya suka membuat tafsiran perkara agama mengikut logik akal fikirannya sendiri tanpa merujuk kepada fakta-fakta atau huraian yang dilakukan oleh para ulama muktabar. Sayanglah kalau kita tidak merujuk fakta sahih kerana ia berkemungkinan menyerlahkan penguasaan ilmu agama kita yang sangat tohor.

Lagi

Syaitan kita bertukar

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam hormat buat pengunjung budiman.

Bunyi macam pelik je kan tajuk ana pada kali ini? Yalah, pada bulan Ramadhan ni, semua syaitan dirantai mengikut sabdaan Rasulullah SAW. Alhamdulillah, kita patut bersyukur atas bantuan ilahi rabbani tersebut. Ramadhan sebuah bulan yang dibukakan pintu syurga seluas-luasnya dan ditutup pintu neraka, maksudnya dibuka ruang dan peluang menambah amalan yang dapat menyelamatkan manusia daripada dihumban ke neraka sebaliknya dengan rahmat Allah atas usaha taat yang dilakukan, memudahkan mereka mengumpul pahala untuk ke syurga.

Lagi

Persoalan Zakat

Bismillahirrahmanirrahim
Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh

Salam Ramadhan, selamat berpuasa dan semoga Allah menerima amalan salih kita. InsyaAllah.

Sejak ana melibatkan diri dalam dunia perniagaan, pelaburan dan pengurusan kewangan ini banyak pula persoalan tentang zakat diajukan dan menjadi persoalan ana sendiri juga. Walaupun kadang-kadang ana terpaksa menjawab dengan ‘wallahu aklam’, tetapi memang benar jawapan tersebut telah membuka ruang bagi ana untuk membuat sedikit rujukan. Benarlah kata ulama “wallahu aklam itu setengah daripada ilmu”.

Mereka bertanya ana tentang zakat pelaburan.
Zakat pelaburan terbahagi kepada dua. Pertamanya modal pelaburan itu sendiri. Modal ini perlu cukup haul (tempoh masa setahun mengikut kalendar hijri). Sekiranya modal sesuatu pelaburan itu telah melepasi nisab zakat (kalau negeri Kelantan RM8422.14) dan tempohnya pula telah cukup setahun hijri, maka modal pelaburan tersebut telah layak/wajib dikeluarkan zakat. Contoh orang yang melakukan pelaburan sebanyak RM10,000 maka wajib dizakatkan modalnya itu sebanyak RM250.00 (2.5% daripada 10,000).

Kalau modal itu adalah duit yang dipinjamkan, contohnya pinjaman bank, maka dia kena kira modal yang telah menjadi hakmiliknya yang sempurna. Contoh dia pinjam RM20,000 sebagai modal pelaburan dan telah membayar bulan-bulan sebanyak RM10,000 (atau mana-mana angka yang melebihi nisab zakat) maka modalnya itu perlu dizakatkan manakala baki 10,000 lagi tidak layak zakat kerana ia bukan menjadi hakmiliknya yang sempurna. Ia masih menjadi milik bank (yang terbeban sebagai hutangnya).

Lagi

Kenapa nak jadi cikgu?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Kenapa nak jadi cikgu? Atau soalan lain, Kenapa mohon nak kerja cikgu? Kenapa dalam banyak-banyak profesion yang ditawarkan dalam pasaran, profesion sebagai seorang guru yang menjadi pilihan? Itulah bentuk-bentuk soalan ataupun persoalan (secara yang lebih tepat) akan dikemukakan kepada seorang calon guru.

Mungkin sesuai dengan peristiwa semasa, iaitu pada masa ini iklan permohonan KPLI telah dikeluarkan dan borang-borang permohonan secara atas talian sudah mula diisi oleh para calon guru (yang ingin jadi cikgu, atau kerja cikgu), maka ana mengambil sedikit ruang dan peluang ini untuk bermusabah (melakukan sedikit refleksi) tentang apakah tujuan sebenar anda nak jadi cikgu, atau kerja guru.

Lagi

Selamat bercuti

Bismilahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh

Selamat bercuti diucapkan kepada rakan-rakan guru dan anak-anak pelajar semepena cuti akhir tahun persekolahan bermula hari ini (kami di besut, cuti awal sehari, semalam mula). Cuti persekolahan rasmi sahaja, dalam mencari ilmu tiadalah istilah cuti. Begitu juga dengan para guru, hanya bercuti kerja rasmi persekolahan sahaja, dalam menabur ilmu tiadalah istilah cuti juga. Banyak masjid-masjid dan surau atau tempat-tempat lain boleh dijadikan sebagai medan mencurahkan ilmu kurniaan Allah itu.

Lagi

Adab berhias diri

KONSEP BERHIAS MENURUT ISLAM
Allah SWT itu indah, dan suka kepada keindahan. Manusia secara fitrahnya menyukai sesuatu yang cantik, indah dan kemas termasuk penampilan keperibadian yang baik. Selaras dengan itu Islam telah mengatur adab berhias diri sebagai panduan umatnya, merangkumi anggota fizikal, berpakaian, memakai bau-bauan, memakai perhiasan seperti emas, perak, batu permata dan sebagainya bertujuan supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.

Lagi

Mohon maaf

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pada kesempatan ini, ana mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan cyber yang sudi berkunjung ke blog IbnRajab Online. Di samping itu, ana mohon maaf kerana lama tidak update laman ini dan soalan-soalan yang diutarakan juga tidak terjawab. Seolah masa yang dahulunya sentiasa lebih, dah tua-tua ni, banyak pula komitmen. Harap rakan blogger dan pengunjung semua memahami.

Lagi

Semak arah kiblat hari ini

Assalamu’alaikum warahamtullahi wabarakatuh

Saja, post semula isi artikel yang ditulis setahun yang lalu. Pada hari yang sama, hari ini. Untuk sama-sama memperingati agar kita menyemak arah kiblat di tempat kita bagi mempastikan kesasihan arah kiblat tempat kita hadapkan wajah semasa solat dan lain-lain ibadah yang berkaitan dengan kiblat seperti sembelihan, mengebumikan jenazah dan sebagainya.

Rujuk artikel ana di sini. Wallahu aklam.

Genap 10 tahun

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, 26 hb Januari 2011 (rabu baru ni) datang surat arahan pertukaran ana dari IPG Kampus Rajang ke IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu. Penantian selama lebih kurang setahun itu akhirnya menemui nokhtahnya. Permohonan pertukaran dikemukakan kepada pihak IPG-KPM pada awal bulan Mac 2010 setelah diminta balik semula berkhidmat di IPG asal sesudah menamatkan pengajian peringkat Sarjana di UKM.

Lagi

Kelahiran permata hati kami ke-4

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian layak bagi Allah. Selawat dan salam buat junjugan Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat. Syukur ke hadrat Allah, pada awal jam 00:54 pagi hari Rabu, 29 Disember 2010 isteri selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 2.96kg. Kedua-dua ibu dan anak sihat walafiat. Alhamdulillah..

Lagi

Previous Older Entries