Tahun 2012 Miladi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pagi ini, sempat berbual-bual dengan seorang ‘orang tua’ di kampung. Bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan dan mengambil nasihat serta pengajaran daripada kata-katanya.

Sambil mengeluh, beliau menyatakan “ermm.. lepas setahun, setahun masa berlalu begitu sahaja”.

“Berlalu begitu sahaja ke pakcik?” ana menyampuk.

Lagi

Muhasabah 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

“Selamat tinggal tahun 2011 dan selamat memasuki tahun 2012”. Ungkapan yang selalu meniti di bibir banyak pihak sama ada juruhebah, selebrtiti dan juga orang perseorangan biasa bagi menyatakan perasaan dan kegirangan menyambut tahun baru. Satu lagi persoalan “biasa” yang menjadi bualan adalah berkenaan dengan azam tahun baru dan penilaian tentang pencapaian-pencapaian tahun dan tahun-tahun sudah.

Lagi

Adab berhias diri

KONSEP BERHIAS MENURUT ISLAM
Allah SWT itu indah, dan suka kepada keindahan. Manusia secara fitrahnya menyukai sesuatu yang cantik, indah dan kemas termasuk penampilan keperibadian yang baik. Selaras dengan itu Islam telah mengatur adab berhias diri sebagai panduan umatnya, merangkumi anggota fizikal, berpakaian, memakai bau-bauan, memakai perhiasan seperti emas, perak, batu permata dan sebagainya bertujuan supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.

Lagi

Selamat Hari Guru 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Selamat Hari Guru khas buat semua guruku yang tercinta. Rakan-rakan guru. Adik-adikku yang semuanya adalah guru. Tiada kata seindah bahasa inginku puji semua. Semoga Allah memberkati hidup guru-guruku, (dan semua guru) di dunia ini lebih lebih lagi pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Semoga segala tunjuk ajar, asuhan bakti dan budi telah dicatatkan sebagai amal soleh untuk dipersembahkan di hadapan Rabb al-Jalil pada hari yang tidak akan bermanfaat padanya akan harta dan anak pinak, melainkan mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.

Lagi

Umur semakin meningkat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh

Dengan adanya anak-anak, kita mudah terasa fizikal kita semakin tua. Umur yang disebut-sebut itu adalah umur fizikal. Umur fizikal dikira sebagai meningkat dari hari ke hari, dari bulan ke bulan, tahun ke tahun dan seterusnya. Adapun umur metafizik, umur rohani yang di luar daripada fizikal itu tidak meningkat, tidak juga mengenal tua. Sebab itulah, ada orang walaupun mencecah umur 70an, 80an, masih ada perasaan untuk berkahwin. Masih bernafsu.

Lagi

Penampilan baru

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sengaja ubah penambilan. Rasa-rasa mode yang ini boleh tahan dan sesuai kot.

Terima kasih. Wassalam

Google translator

Bismillahirrahmanirrahim
Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh

Saja nak kongsi. Dan mungkin ana baru perasan. Setelah sekian lama menggunakan enjin carian google, sama ada untuk mencari maklumat, blog dan sebagainya. Entah kenapa pagi ini terasa macam nak cuba klik “translate this page” yang selalu keluar di samping result carian. Dalam beberapa saat sahaja, blog carian tersebut sudah dalam mode terjemahan. Wah, sungguh cepat enjin google menterjemah.
Lagi

Analisis jiwa orang Kelantan

Ana suka tulisan ini. Sebab itulah ana copy dan kongsikan dalam blog ana ini. Boleh diberi perhatian oleh orang-orang yang suka memerhati. Wallahu aklam.

Analisis jiwa orang Kelantan
Oleh – A. Aziz Deraman

Rupa-rupanya tulisan penulis tentang ‘Hayati 1Malaysia Cara Samo So Kelate’ dalam Sinar Harian 12 Mei 2010 mendatangkan beberapa reaksi. Ada rakan-rakan dan pembaca tetap Ruangan Geger Sokmo mengirimkan emel dan SMS. Ada yang bersetuju dan ada yang meminta penjelasan tambahan. Antaranya, mempersoalkan bukankah jiwa orang Kelantan itu tebal dengan semangat kenegeriannya sehingga di mana sahaja, mereka menampakkan hati dan jiwa Kelantan itu! Jadi bagaimanakah dapat dijelaskan bahawa rakyatnya berhati Kelantan dan berjiwa Malaysia? Dalam tulisan asal itu, penulis cuma sentuh sekelumit sifat dan citra orang Kelantan dalam kehidupan politik, ekonomi dan sosial budaya mereka. Memang luas dan dalam kalau mahu dibahaskan.

Lagi

Peraturan itu penting

Pepatah atau mutiara kata ini telah disandarkan kepada Saydina Ali bin Abi Talib Karrama Allah Wajhah. Ada juga sebahagian ulama menyandarkan pepatah itu sebagai kata-kata hukama. Ia bermaksud “Kebenaran (atau sebarang usaha memperjuangkan kebenaran) yang tidak disertakan dengan aturan (atau sistem atau perancangan atau peraturan) itu akan dikalahkan oleh kebatilan (atau sebarang usaha memperjuangkan kejahatan dan keburukan) yang mempunyai peraturan”.

Lagi

Facebook: Sebuah pandangan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rakan-rakan di pejabat, sahabat-sahabat, kenalan, anak-anak pelajar, saudara mara dan ramai pihak sebenarnya yang mengajak ana untuk sama-sama buka satu akaun di facebook. Tidaklah pula ana ingat bila bermulanya seruan facebook ini, yang perasannya, akhir-akhir ini makin ramai yang menghantar email invatation. Terima kasih atas keprihatinan mereka menjemput ana untuk sama-sama dalam arus perdana komunikasi abad ini.

Lagi

Previous Older Entries