Khutbah Sarikei

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang berbahagia hari ini, ana dijemput dan diberi peluang menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Bahagian Sarikei Sarawak. Sebenarnya jemputan tersebut sudah lama. Kalau tak silap dari awal Januari lepas lagi. Kalau tidak diingatkan, sudah tentunya ana terlupa. Pada tahun ini, pihak JK Masjid cuba melibatkan para ustaz yang ada di Daerah Sarikei ini untuk menyampaikan khutbah Jumaat secara bergilir-gilir.

Lagi

Advertisements

Teks Khutbah Jumaat ke 2

Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim

Kepada sesiapa yang sedang mencari-cari teks khutbah Jumaat yang ke-2, di sini suka ana kongsikan contoh teks berkenaan untuk rujukan dan panduan semua. Biasanya mudah untuk kita mencari teks khutbah yang pertama, tetapi tidak untuk teks yang kedua, mungkin kerana ia sesuatu yang sterotype. Kadang-kadang teks khutbah kedua ini sudah siap tersedia di atas mimbar dan tidak pernah diturunkan sampai bila-bila pun.

Lagi

Kiamat pada hari Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Satu SMS masuk ke Inbox Handset ana berbunyi “27.11.09 aidiladha – Jumaat; 18.12.09 maal hijrah – Jumaat; 25.12.09 krismas – Jumaat; 01.01.10 tahun baru – Jumaat; 15.01.10 Gerhana matahari – Jumaat; 26.02.10 maulidur rasul – Jumaat; 10.09.10 aidilfitri – Jumaat; 27.08.10 nuzul al-Quran – Jumaat; Kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat, maka adakah dengan kebetulan-kebetulan seperti ini, kiamat sebenarnya telah dekat?” Renung-renungkan.

Wah! Prihatinnya. Alhamdulillah, ada orang yang masih lagi peka dan ada kesedaran untuk saling ingat memperingati tentang sesuatu yang dapat menambah iman. Mengingati kematian, ingat kepada hari pembalasan (Akhirat) itu adalah sumber makanan rohani bagi meningkatkan keimanan. Tetapi adakah perbuatan ini wajar? Adakah dibenarkan di sisi syarak?

Lagi

Mimbar 1/10

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatuhu wabarakatuh

Berikut ini adalah isi khutbah pertama yang ana sampaikan di Surau Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang. Pada semester pengajian ini, surau berkenaan sekali lagi dikehendaki menganjurkan Solat Jumaat untuk kemudahan warga Institut. Sukacita ana panjangkannya di sini untuk manfaat kita bersama dan untuk rujukan pada masa-masa memerlukan. InsyaAllah.

Sidang Jumaat yang berbahagia;
Tajuk khutbah kita pada hari ini adalah “Azam tahun baru”.

Alhamdulillah, dengan rasa penuh kesyukuran kita sekali lagi diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk melangkah ke tahun baru 2010, seterusnya melangkah ke sesi pengajian baru 2010. Kebetulan tidak lama sebelum ini, kita umat Islam juga telah meraikan kedatangan tahun baru Hijrah 1431 Hijriyah. Sama ada kita sedar ataupun tidak, kedatangan kedua-dua tahun baru ini, sebenarnya menandakan usia kita semakin meningkat, dan kita pada hakikatnya semakin menghampiri saat kematian (yang sekiranya disebut; maka akan datanglah kegerunan di hati-hati mereka yang sakit, sebaliknya pada masa sama, peringatan tentang kematian itu mendatangkan pertambahan iman, jatidiri pula kepada mereka yang bersedia dengan amalan sebagaimana disyariatkan).

Lagi

Haji gambaran kepada mati

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kemungkinan besar, pada hari ini ramai para khatib yang memilih untuk berkhutbah dengan tajuk yang ada kaitan dengan ibadah haji. Mimbar masjid kampung ana juga tidak ketinggalan memilih tajuk sama untuk dibicangkan dan diambil iktibar serta renungan oleh para jemaah yang hadir.

Inilah antara isi kandungan khutbah hari ini yang sempat ana rakamkan dalam minda dan sempat pula ana titipkan di sini untuk perberkongsian kita bersama, InsyaAllah.

Lagi

Muslim ilusi vs Yahudi realiti

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.

Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.

Assalamu’alaikum warahmtullahi wabarakatuh

Sebuah tulisan (khutbah) yang baik untuk dikongsi baca, direnungkan dan diambil tindakan. Selamat berjuang wahai seluruh umat Islam bagi mengembalikan iman kamu agar kita semua berada di alam raliti, bukannya fantasi jauh sekali sekadar ilusi.

Ikuti keseluruhan teks khutbah itu di sini.

Wassalam.

Mimbar 1/09

Bismillahirrahmanirrahim

Marilah sama-sama kita berazam untuk menjaga solat. Sebagaimana yang kita semua maklum, solat adalah perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah Taala. Kalau baik solat seseorang, maka baiklah seluruh amalannya. Solat yang baik di sini adalah solat yang diterima oleh Allah. Solat yang diterima pula adalah solat yang ditunaikan dalam keadaan penuh khusyuk, tawadhuk, ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah.

Sebaik-baik solat adalah yang dikerjakan secara berjamaah. Sebaik-baik solat jamaah pula adalah yang dikerjakan ditempat yang dialunkan padanya azan. Sebaik-baik alunan azan adalah di Masjid. Sebaik-baik masjid pula adalah masjidil haram. Kalau pun kita tidak berupaya untuk berada di masjidil haram itu, maka cubalah sedaya mampu untuk bersolah secara berjamaah di mana-mana tempat kita berada.

Orang yang sentiasa menjaga solatnya, akan peka dengan waktu solat. Mereka akan sentiasa perhatikan waktu masuk setiap solat. Ada seorang mekanik kereta, beliau sangat menjaga waktu solatnya. Setiap setengah jam nak masuk waktu (pada waktu kerja di siang hari) beliau akan mula menyiapkan dirinya. Tangan dibasuh menggunakan sabun. Segala kotoran yang berupa minyak, gris dan pelbagai lagi akan dibuangkan. Dua tiga minit sebelum azan dilaungkan, beliau telah kelihatan berada di masjid berdekatan kedai bengkel keretanya. Kadang-kadang, beliau sendiri yang mengalunkan azan mengajak masyarakat berdekatan solat jamaah bersama.

Kita yang bekerja tak sentuh minyak, tak kena kotoran ini, kenapa tak mampu nak solat berjamaah? Kenapa perlu tangguh solat? Kenapa ada yang jamak (himpun) solat? “Ustaz, saya nak confirm, rakan saya kata, kalau kita sibuk sangat bekerja, meeting sana sini, jumpa klien, boleh solat jamak, katanya darurat, betul ustaz?” sebuah soalan pernah diajukan kepada ana. “Solat dalam keadaan bekerja perlu ditunaikan seperti biasa, kecuali yang melibatkan musafir, dan dalam keadaan darurat yang dibenarkan oleh syarak (bukan darurat yang diistilahkan oleh diri sendiri)” jawab ana ringkas.

Solat adalah perkara individu
Bagi ana solat bukan perkara individu. Ia adalah perkara agama. Ia adalah tanggungjawab bersama. Dalam satu-satu jabatan, atau organisasi, ketua perlu sentiasa mengingatkan pekerjanya jika ingin mengadakan mesyuarat pada waktu tengahari atau berlanjutan hingga ke petang. “Tuan-tuan, mesyuarat ini mengingatkan, seeloknya kita hendaklah selesaikan tuntutan solat terlebih dahulu sebelum kita memulakan mesyuarat sebagaimana yang dijadualkan”. “Tuan-tuan, nampaknya mesyuarat kita ini akan berlanjutan, apa kata kalau kita tangguhkannya sekejap bagi memberi ruang kepada ahli-ahli beragama Islam menunaikan solat”.

Perkara solat adalah yang terpenting. Memastikan setiap individu muslim bersolat adalah tanggungjawab bersama. Bermula daripada ibu bapa, ahli keluarga, masyarakat seterusnya pemimpin sebuah negara.

Wallahu aklam.