Kitab Tashil secara percuma atau beli dan waqaf

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

1

Syukur al-Hamdulillah, dalam usaha menelusuri jejak pengajian PhD saya diberikan kesempatan membuat penelitian ataupun pemerhatian ke atas kelas pengajian kitab yang dijadikan bahan kajian saya itu di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Pemerhatian dalam bentuk penglibatan secara langsung itu disebut sebagai pemerhatian peserta dalam kamus metodologi kajian. Untuk menjayakannya, saya terlibat dalam kelas tersebut sebagai pemerhati dan sekaligus sebagai peserta, iaitu menjadi salah seorang murid dari mula sampai tamat pengajian. Kelas yang saya ikuti itu bermula pada 23/4/2015 dan berakhir pada 20/7/2016, iaitu dalam tempoh satu tahun tiga bulan (15 bulan).

Kitab atau apa yang disebut sebagai korpus yang terlibat dalam kajian atau pengajian saya itu bernama Tashil Nayl al-Amani fi Sharh ‘Awamil al-Jurjani karangan al-Allamah Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani. Beliau melakukan sharh kepada matan ‘Awamil karangan Sheikh Abdul Qahir al-Jurjani yang masyhur sebagai pakar dalam bidang bahasa Arab khususnya ilmu Balaghah dan mukjizat al-bayan bagi al-Quran. Teorinya yang masyhur, iaitu Teori Susunan telah menarik perhatian ramai pengkaji dalam bidang berkenaan.

Sepanjang mengikuti kelas Tashil tersebut saya mendapati sedikit kesukaran meneliti teks kitab yang digunakan oleh saya sendiri dan para pelajar yang lain. Cetakan yang dimaksudkan adalah terbitan syarikat Bin Halabi yang beroperasi di Fatani, Thailand dengan tidak disebutkan tahun penerbitan. Saya mendapati tulisannya agak kecil dan menyukarkan kami membuat catatan ke atas huraian yang disampaikan oleh tuan guru yang mengajar. Ada di antara kami yang terpaksa menyalin semula teks kitab tersebut ke dalam buku khas bagi melancarkan proses catatan ilmu berkenaan.

Di samping itu juga terdapat beberapa kesalahan cetakan bahkan ada beberapa perkataan yang tertinggal. Perkara ini dikesan setelah tuan guru membuat huraian di samping rujukan kepada naskhah kedua yang dicetak oleh syarikat Khazanah Fataniyah pada tahun 2010. Syarikat yang merupakan hak milik kepada cucunda Sheikh Ahmad itu sendiri mengambil inisiatif mencetak semula kitab Tashil untuk tujuan wakaf. Namun kualiti cetakan juga masih tidak memuaskan kerana ia dihasilkan melalui cetakan fotostap dari salah sebuah manuskrip kitab berkenaan tanpa melakukan proses taip semula.

Oleh hal yang demikian, setiap kali selesai daripada mengikuti kelas bersama tuan guru di Pondok, di samping melakukan catatan Nota Lapangan bagi tujuan kajian, saya mengambil inisiatif menaip semula teks kitab ini dalam komputer. Kemudian saya letakkan baris ke atas setiap perkataannya di samping mengeluarkan rujukan (takhrij) setiap shahid al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w yang terdapat dalam kitab tersebut. Setelah selesai kesemua halaqat pengajian bersama tuan guru, saya cetak hasil usaha berkenaan dan persembahkan kepada beliau. Alhamdulillah tuan guru bersetuju untuk melakukan semakan yang teliti ke atas setiap patah perkataan termasuk baris (tashkil) dan kesasihan takhrij shahid al-Quran dan hadis tersebut.

2Setelah menjalani proses semakan selama lebih kurang empat bulan (Ogos – Disember 2016), tuan guru turut bersetuju agar kitab ini diulang cetak bagi membantu para pelajar pada masa hadapan. Segala urusan percetakan, promosi, jualan dan agihan kitab akan diambil alih sepenuhnya oleh Syarikat Sidaratul Muntaha Enterprise yang merupakan syarikat percetakan yang sedang aktif menerbitkan kitab turath milik tuan guru sendiri. Hasilnya, kini kitab Tashil diedarkan dalam dua bentuk, pertama dalam bentuk jualan biasa dengan harga RM15.00 satu naskhah untuk semenanjung Malaysia dan RM16.50 bagi Sabah dan Sarawak.

Bagi membuka ruang kepada khalayak masyarakat untuk turut terlibat dalam memartabatkan pengajian kitab turath di Pondok dan peluang amal jariah, pihak syarikat turut bersedia mengedarkan kitab Tashil berkenaan dalam bentuk Waqaf. Ini bermakna, sesiapa pun jua yang berhasrat menyumbang dalam bentuk waqaf kitab ini, boleh berbuat demikian dengan membayar RM15.00 satu naskhah kepada pihak syarikat dan kitab waqaf berkenaan akan disalurkan kepada para pelajar atau institusi Pondok yang terlibat mengajar kitab Tashil sama ada di Negeri Kelantan khususnya atau mana-mana negeri di Malaysia bahkan boleh sahaja diagihkan ke serata pelusuk Nusantara ini.

Oleh itu, saya sebagai pemilik blog ini dan juga penyumbang sedikit usaha bagi cetakan kitab Tashil oleh syarikat Sidratul Muntaha berkenaan, saya dengan rendah hati mempelawa dan mengalu-alukan siapa sahaja dalam kalangan pembaca sama ada untuk melakukan sumbangan waqaf kitab tersebut ataupun menuntut bekalan kitab untuk dijadikan bahan pengajian di pondok. Untuk itu, tuan/puan boleh berhubung terus dengan saya menerusi emel ibnrajab[at]yahoo.com atau menghantar mesej peribadi (PM) menerusi FB saya http://www.facebook.com/abubassyar

Ciri-ciri kitab Tashil Nayl al-Amani cetakan syarikat Sidratul Muntaha Enterprise, 2017:
– Dicetak dalam bentuk buku bersaiz A4 (82 muka surat).
– Ditaip dengan font yang lebih besar secara double spacing, memudahkan pelajar membuat catatan (dhabit).
– Setiap perkataan sudah lengkap diletakkan dengan baris.
– Takhrij (mengeluarkan rujukan) bagi setiap shahid al-Quran dan hadis Nabi SAW.
– Boleh didapati secara percuma bergantung kepada stok buku dari projek waqaf.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan kitab ini dari stok waqaf kami, mereka dikehendaki menyertakan nama penuh serta no kad pengenalan, nama institusi pondok yang menganjurkan kelas berkenaan, jumlah pelajar dan juga nama serta nombor telefon guru yang mengajar bagi tujuan rekod dan rujukan kami pada masa hadapan. Maklumat ini hendaklah disalurkan melalui emel dan FB yang tersebut di atas atau klik link ini https://www.facebook.com/abubassyar

Semoga usaha ini dihitung sebagai amal soleh yang ikhlas semata-mata kerana Allah dalam memartabatkan bahasa Arab khususnya pengajian kitab turath di pondok dalam kalangan masyarakat Malaysia dan Nusantara Amnya. Apa sahaja cadangan membina, teguran dan lain-lain yang berkaitan usaha ini amatlah dialu-alukan.

Wallahu Taala Aklam, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kenapa nak jadi cikgu?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Kenapa nak jadi cikgu? Atau soalan lain, Kenapa mohon nak kerja cikgu? Kenapa dalam banyak-banyak profesion yang ditawarkan dalam pasaran, profesion sebagai seorang guru yang menjadi pilihan? Itulah bentuk-bentuk soalan ataupun persoalan (secara yang lebih tepat) akan dikemukakan kepada seorang calon guru.

Mungkin sesuai dengan peristiwa semasa, iaitu pada masa ini iklan permohonan KPLI telah dikeluarkan dan borang-borang permohonan secara atas talian sudah mula diisi oleh para calon guru (yang ingin jadi cikgu, atau kerja cikgu), maka ana mengambil sedikit ruang dan peluang ini untuk bermusabah (melakukan sedikit refleksi) tentang apakah tujuan sebenar anda nak jadi cikgu, atau kerja guru.

Lagi

Ceramah motivasi

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam hormat kepada semua pengunjung IbnRajab Online yang tidak jemu-jemu datang menziarahi walaupun blog ni jarang-jarang diupdate. Ilmu dan perkongsian juga nampaknya biasa-biasa sahaja. Tapi, jauh di sudut hati, ana sangat menghargai antum semua. Bila jumpa dalam kalangan antum (sudah tentu rakan-rakan yang mengenali) ada rasa malu menyerlah dalam diri bila antum tegur tentang lama tak update, bila antum kata sentiasa mengikuti perkembangan diri kerdil ini dan bila antum menyatakan betapa kehadiran IbnRajab Online yang kerdil ini juga adalah sebuah perjuangan yang ada ertinya. Syukran jazilan kepada rakan-rakan.

Lagi

PKPI Seremban 2012

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam hormat kepada pengunjung setia blog IbnRajab Online ini. Sudah lama tidak menulis di sini. Banyak yang perlu dipertimbangkan. Semoga Allah SWT memberikan kelapangan pada setiap apa yang dilakukan. InsyaAllah..

Hari ini, ana nak kongsi pengalaman membentangkan kertas kerja dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam yang diadakan di Seremban Negeri Sembilan pada 3-6 Julai 2012 lalu. Anjuran IPG Zon Tengah. Alhamdulillah, ana diberikan ruang dan peluang membentangkan kertas kerja bertajuk : Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berbantukan Gaya Shahid al-Quran (GSQ). Terima kasih kepada pihak penganjur yang memberi laluan tersebut.

Muat turun kertas kerja lengkap di sini.

Wallahu aklam.

Tahniah, selesai interaksi sem 2/2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat

Alhamdulillah pembuka bicara. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW dan mereka yang mengikut jalan baginda berkekalan dalam rahmat Allah sehingga ke hari akhirat. Seterusnya permohonan maaf dari lubuk hati yang paling dalam ditujukan khas buat para pengunjung setia IbnRajab Online yang mungkin sesekali menjenguk ke sini tetapi tiada catatan atau updated. Hanya cerita-cerita lama, perkongsian-perkongsian lapuk sahaja.

Bagaimanapun, statistik memberitahu, followers IbnRajab Online makin meningkat dan terlalu banyak soalansoalan yang tidak sempat diberikan respon. Mohon maaf sekali lagi.

Lagi

Biasiswa 2012 untuk guru

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 (dipanjangkan dari laman web KPM untuk rujukan para pengunjuang IbnRajab Online)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuka tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan  Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan KPM bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.

Lagi

Selamat Hari Guru 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Selamat Hari Guru khas buat semua guruku yang tercinta. Rakan-rakan guru. Adik-adikku yang semuanya adalah guru. Tiada kata seindah bahasa inginku puji semua. Semoga Allah memberkati hidup guru-guruku, (dan semua guru) di dunia ini lebih lebih lagi pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Semoga segala tunjuk ajar, asuhan bakti dan budi telah dicatatkan sebagai amal soleh untuk dipersembahkan di hadapan Rabb al-Jalil pada hari yang tidak akan bermanfaat padanya akan harta dan anak pinak, melainkan mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.

Lagi

Biasiswa untuk guru-guru

Permohonan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2011

Dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana  Tahun 2011 telah dibuka bermula 19 Januari 2011 (Rabu) hingga 18 Februari 2011 (Jumaat). Permohonan boleh dibuat di http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm. Sila baca dan fahami Pengenalan, Tatacara, Panduan dan Syarat Permohonan sebelum membuat permohonan.
 
Lagi

Semakan temuduga KPLI Jan 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) & KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011 Anjuran Bahagian Pendidikan Guru boleh dilakukan mulai hari ini di laman web KPM, atau klik sahaja link ini.

Lagi

MTest untuk KPLI Jan 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sukacita dipanjangkan makluman daripada pihak KPM, semakan ujian MTest bagi calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai hari ini melalui laman web rasmi KPM. Klik sahaja link ini untuk terus akses laman berkenaan. Sekian, harap maklum.

Semoga berjaya. Wallahu aklam.

Previous Older Entries