Sudoku

Tahukah anda sejenis permainan ‘indoor’ atau dalaman yang diberi nama sudoku. Ia adalah sejenis permainan yg dikatakan berasal dari Jepun. Permainan ini boleh dikatakan seronok bagi mereka yang minat dengan nombor dan mereka yang bersifat ‘pantang mindaku dicabar’.

Tahukah anda cara menyelesaikan permainan yang menyeronokkan ini? Ia sebenarnya tidak memerlukan kita mengetahui asas-asas matematik, yang perlu hanya logik pemikiran. Kali ini insyaAllah kita akan sama-sama mempelajari cara menyelesaikan permainan sudoku yang kian diminati ramai dan yang selalu sahaja keluar dalam majalah-majalah.

contoh
Ini adalah contoh papan soduku. Ia mengandungi sembilan segiempat sama yang membentuk segiempat sama yang besar. Kita namakan segiempat-segiempat tersebut dengan kotak 1, kotak 2, 3, 4, hingga kotak 9. Maksudnya kotak yang memiliki no 29587 itu adalah kotak 1, manakala yang memiliki no 729 itu kotak dua, yang memiliki no tunggal 2 itu kotak 5 dan begitulah seterusnya.

Seterusnya kita lihat pula kepada lajur dan kolum. Juga masing-masing ada sembilan lajur dan sembilan kolum yang akan membentuk segiempat besar itu. Lajur 1 iaitu lajur yang memiliki no 2576, lajur 2 pula memiliki no 95128 dan begitulah seterusnya. Manakala kolum 1 yang memiliki no 298, kolum dua memiliki no 58721 dan begitulah seterusnya juga.

Mari kita mulakan permainan.
Ada beberapa teknik bagi menyelesaikan permainan ini. Yang pertama ialah teknik buang. Iaitu buang kemungkinan ada nombor yang kita kenalpasti dalam sesuatu kotak. Perhatikan contoh di bawah.

step 1
Contohnya kita hendak mencari no 5 dalam kotak 7 (kita boleh sahaja memilih mana-mana no untuk memulakan permainan ini mengikut citarasa dan minat). Untuk membuang kemungkinan-kemungkinan no 5 daripada kotak-kotak kecil dalam kotak tujuh, kita perlu lihat kepada no 5 dalam lajur dan kolum berhampiran. Jadi warna kuning itu kita letakkan (sebenarnya warna itu hanya dalam minda kita sahaja, tetapi bagi memudahkan di sini warna turut digunakan) di setiap lajur dan kolum yang mempunyai no 5. Dengan itu jelaslah kepada kita bahawa no 5 tidak boleh diterima di semua kotak-kotak kecil yang berwarna kuning dalam kotak 7 kecuali kotak kecil yang berada di lajur 3 dan kolum 7. Maka letakkan no 5 di situ.

Contoh yang kedua, cuba perhatikan gambar di bawah. No 9 tidak dapat diterima oleh kotak-kotak kecil yang lain selain kotak kecil dalam lajur 9 dan kolum 2.

step 2

Ana rasa anda telah jelas bagaimana teknik ini digunakan. Jadi cuba selesaikan permainan ini sehingga muncul jawapan seperti gambar di bawah (semuanya menggunakan teknik buang).

step 3

Sekarang teknik buang sudah tidak dapat diguna pakai. Maka kita beralih pula kepada teknik yang kedua, iaitu teknik meletakkan no yang sesuai dalam sesebuah kotak. Kita perhatikan dalam kotak 2 dan 3, tidak ada no yang paling sesuai (tertinggal) melainkan no 6. Maka jadilah seperti gambar di bawah.

step 4

Kemudian kita dapat tahu bahawa no yang sesuai dalam kotak 5 dan 6 ialah no 7. Tetapi apabila kita pergi ke kotak 8, di situ ada dua kotak yang memerlukan kita letak no 6 atau 7. Maka samada kita kembali ke kaedah yang pertama (kaedah buang) maka kita ketahui jawapannya atau kita gunakan kaedah yang ketiga iaitu kaedah no yang paling sesuai dalam lajur. Untuk itu, kita perhatikan lajur 4 itu hanya no 7 yang belum ada maka kita letakkanlah no 7 itu dalam kotak kecil dalam kotak lapan di lajur 4 tersebut. Maka keluarlah jawapan seperti di bawah.

Step 5

Dari sini kita kembali semula ke kaedah kedua (no yang paling sesuai dalam sesuatu kotak) maka kita dapat isi no 6 ke dalam kotak 8 itu tadi. Atau boleh juga digunakan kaedah no yang paling sesuai dalam sesuatu lajur maka kita dapati jawapan yang sama seperti gambar di bawah.

Step 6

Akhirnya untuk menyelesaikan kesemua permainan ini, kita hanya perlu memilih kaedah mana yang nak digunakan, kaedah 1 (buang) atau kaedah 4 (no sesuai dalam sesuatu kolum pula). Maka akan sempurnalah jawapan soduku kita sebagaimana gambar di bawah.

Step 7

Sekian, selamat mencuba!

Advertisements