Kitab Tashil secara percuma atau beli dan waqaf

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

1

Syukur al-Hamdulillah, dalam usaha menelusuri jejak pengajian PhD saya diberikan kesempatan membuat penelitian ataupun pemerhatian ke atas kelas pengajian kitab yang dijadikan bahan kajian saya itu di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Pemerhatian dalam bentuk penglibatan secara langsung itu disebut sebagai pemerhatian peserta dalam kamus metodologi kajian. Untuk menjayakannya, saya terlibat dalam kelas tersebut sebagai pemerhati dan sekaligus sebagai peserta, iaitu menjadi salah seorang murid dari mula sampai tamat pengajian. Kelas yang saya ikuti itu bermula pada 23/4/2015 dan berakhir pada 20/7/2016, iaitu dalam tempoh satu tahun tiga bulan (15 bulan).

Kitab atau apa yang disebut sebagai korpus yang terlibat dalam kajian atau pengajian saya itu bernama Tashil Nayl al-Amani fi Sharh ‘Awamil al-Jurjani karangan al-Allamah Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani. Beliau melakukan sharh kepada matan ‘Awamil karangan Sheikh Abdul Qahir al-Jurjani yang masyhur sebagai pakar dalam bidang bahasa Arab khususnya ilmu Balaghah dan mukjizat al-bayan bagi al-Quran. Teorinya yang masyhur, iaitu Teori Susunan telah menarik perhatian ramai pengkaji dalam bidang berkenaan.

Sepanjang mengikuti kelas Tashil tersebut saya mendapati sedikit kesukaran meneliti teks kitab yang digunakan oleh saya sendiri dan para pelajar yang lain. Cetakan yang dimaksudkan adalah terbitan syarikat Bin Halabi yang beroperasi di Fatani, Thailand dengan tidak disebutkan tahun penerbitan. Saya mendapati tulisannya agak kecil dan menyukarkan kami membuat catatan ke atas huraian yang disampaikan oleh tuan guru yang mengajar. Ada di antara kami yang terpaksa menyalin semula teks kitab tersebut ke dalam buku khas bagi melancarkan proses catatan ilmu berkenaan.

Di samping itu juga terdapat beberapa kesalahan cetakan bahkan ada beberapa perkataan yang tertinggal. Perkara ini dikesan setelah tuan guru membuat huraian di samping rujukan kepada naskhah kedua yang dicetak oleh syarikat Khazanah Fataniyah pada tahun 2010. Syarikat yang merupakan hak milik kepada cucunda Sheikh Ahmad itu sendiri mengambil inisiatif mencetak semula kitab Tashil untuk tujuan wakaf. Namun kualiti cetakan juga masih tidak memuaskan kerana ia dihasilkan melalui cetakan fotostap dari salah sebuah manuskrip kitab berkenaan tanpa melakukan proses taip semula.

Oleh hal yang demikian, setiap kali selesai daripada mengikuti kelas bersama tuan guru di Pondok, di samping melakukan catatan Nota Lapangan bagi tujuan kajian, saya mengambil inisiatif menaip semula teks kitab ini dalam komputer. Kemudian saya letakkan baris ke atas setiap perkataannya di samping mengeluarkan rujukan (takhrij) setiap shahid al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w yang terdapat dalam kitab tersebut. Setelah selesai kesemua halaqat pengajian bersama tuan guru, saya cetak hasil usaha berkenaan dan persembahkan kepada beliau. Alhamdulillah tuan guru bersetuju untuk melakukan semakan yang teliti ke atas setiap patah perkataan termasuk baris (tashkil) dan kesasihan takhrij shahid al-Quran dan hadis tersebut.

2Setelah menjalani proses semakan selama lebih kurang empat bulan (Ogos – Disember 2016), tuan guru turut bersetuju agar kitab ini diulang cetak bagi membantu para pelajar pada masa hadapan. Segala urusan percetakan, promosi, jualan dan agihan kitab akan diambil alih sepenuhnya oleh Syarikat Sidaratul Muntaha Enterprise yang merupakan syarikat percetakan yang sedang aktif menerbitkan kitab turath milik tuan guru sendiri. Hasilnya, kini kitab Tashil diedarkan dalam dua bentuk, pertama dalam bentuk jualan biasa dengan harga RM15.00 satu naskhah untuk semenanjung Malaysia dan RM16.50 bagi Sabah dan Sarawak.

Bagi membuka ruang kepada khalayak masyarakat untuk turut terlibat dalam memartabatkan pengajian kitab turath di Pondok dan peluang amal jariah, pihak syarikat turut bersedia mengedarkan kitab Tashil berkenaan dalam bentuk Waqaf. Ini bermakna, sesiapa pun jua yang berhasrat menyumbang dalam bentuk waqaf kitab ini, boleh berbuat demikian dengan membayar RM15.00 satu naskhah kepada pihak syarikat dan kitab waqaf berkenaan akan disalurkan kepada para pelajar atau institusi Pondok yang terlibat mengajar kitab Tashil sama ada di Negeri Kelantan khususnya atau mana-mana negeri di Malaysia bahkan boleh sahaja diagihkan ke serata pelusuk Nusantara ini.

Oleh itu, saya sebagai pemilik blog ini dan juga penyumbang sedikit usaha bagi cetakan kitab Tashil oleh syarikat Sidratul Muntaha berkenaan, saya dengan rendah hati mempelawa dan mengalu-alukan siapa sahaja dalam kalangan pembaca sama ada untuk melakukan sumbangan waqaf kitab tersebut ataupun menuntut bekalan kitab untuk dijadikan bahan pengajian di pondok. Untuk itu, tuan/puan boleh berhubung terus dengan saya menerusi emel ibnrajab[at]yahoo.com atau menghantar mesej peribadi (PM) menerusi FB saya http://www.facebook.com/abubassyar

Ciri-ciri kitab Tashil Nayl al-Amani cetakan syarikat Sidratul Muntaha Enterprise, 2017:
– Dicetak dalam bentuk buku bersaiz A4 (82 muka surat).
– Ditaip dengan font yang lebih besar secara double spacing, memudahkan pelajar membuat catatan (dhabit).
– Setiap perkataan sudah lengkap diletakkan dengan baris.
– Takhrij (mengeluarkan rujukan) bagi setiap shahid al-Quran dan hadis Nabi SAW.
– Boleh didapati secara percuma bergantung kepada stok buku dari projek waqaf.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan kitab ini dari stok waqaf kami, mereka dikehendaki menyertakan nama penuh serta no kad pengenalan, nama institusi pondok yang menganjurkan kelas berkenaan, jumlah pelajar dan juga nama serta nombor telefon guru yang mengajar bagi tujuan rekod dan rujukan kami pada masa hadapan. Maklumat ini hendaklah disalurkan melalui emel dan FB yang tersebut di atas atau klik link ini https://www.facebook.com/abubassyar

Semoga usaha ini dihitung sebagai amal soleh yang ikhlas semata-mata kerana Allah dalam memartabatkan bahasa Arab khususnya pengajian kitab turath di pondok dalam kalangan masyarakat Malaysia dan Nusantara Amnya. Apa sahaja cadangan membina, teguran dan lain-lain yang berkaitan usaha ini amatlah dialu-alukan.

Wallahu Taala Aklam, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

2013 in review

Assalamu’alaikum wbt.

Terima kasih kepada para pengunjung setia IbnRajab Online yang telah menjadikan laman blog ini sebagai tempat rujukan, bacaan ringan, perkongsian idea dan pelbagai sumbangan lagi. Sebagai owner, saya melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anda semua terutama para pelanggan yang setia membaca entry-entry terkini melalui email masing-masing. Minta maaf juga sekiranya entry tersebut tidak mengikut citarasa pelanggan budiman.

Sekali lagi terima kasih atas sokongan anda semua! Tidak dinafikan, penulisan yang sedikit ini membantu juga dalam mempertingkatkan kemahiran menulis yang cuba digarap dan digilap saban masa. Tidak ada niat lain melainkan ingin berkongsi idea, pandangan dan semoga tulisan ini sedikit sebanyak memberatkan timbangan di akhirat nanti. Segala komen dan teguran membina amatlah diharapkan demi memperteguhkan lagi jaditiri dalam penulisan akan datang.

Selamat Tahun Baharu 2014. Wassalam!

Here’s an excerpt:

The Louvre Museum has 8.5 million visitors per year. This blog was viewed about 110,000 times in 2013. If it were an exhibit at the Louvre Museum, it would take about 5 days for that many people to see it.

Click here to see the complete report.

A notice from WordPress.com: 2012 in review

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

19,000 people fit into the new Barclays Center to see Jay-Z perform. This blog was viewed about 150,000 times in 2012. If it were a concert at the Barclays Center, it would take about 8 sold-out performances for that many people to see it.

Click here to see the complete report.

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2012

Lagi

Hiburan alternatif

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Setelah tiga minggu berturut-turut tidak pulang bermalam ke pangkuan mak ayah di kampung atas urusan kerja (minggu lepas berhujung minggu di Sabah, dua minggu lepas hujung minggu di Melaka) yang terpaksa berlarutan hingga ke hujung minggu, hari ini (kira dah lewat juga dah, sebab Terengganu weekend dia mula petang khamis) kami sekeluarga berpeluang balik kampung. Syukur juga dapat posting balik ke Besut Terengganu, kerana anak-anak masih dapat merasai nikmat balik kampung. 🙂

Lagi

Cuti 2012

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Untuk mengetahui cuti umum persekutuan atau negeri untuk tahun hadapan 2012, anda boleh muat turun dari sini. Semoga anda dapat merancang cuti dengan baik dan memanfaatkannya untuk kepentingan diri, keluarga dan organisasi anda.

Sekian, untuk makluman.

UMK di kampung ambo

Pintu masuk utama ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.

Lagi

Biasiswa untuk guru-guru

Permohonan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2011

Dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana  Tahun 2011 telah dibuka bermula 19 Januari 2011 (Rabu) hingga 18 Februari 2011 (Jumaat). Permohonan boleh dibuat di http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm. Sila baca dan fahami Pengenalan, Tatacara, Panduan dan Syarat Permohonan sebelum membuat permohonan.
 
Lagi

Cuti belajar pegawai KPM

Adalah dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Tahun 2011 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana telah ditunda pada 19 Januari 2011.
 
Lagi

Semakan temuduga KPLI Jan 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) & KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011 Anjuran Bahagian Pendidikan Guru boleh dilakukan mulai hari ini di laman web KPM, atau klik sahaja link ini.

Lagi

Previous Older Entries