Amalan tidak sia-sia

Bismillahirrahmanirrahim

Allah SWT juga telah menegaskan dan menyatakan persamaan di antara lelaki dan wanita daripada segi balasan (setiap amalan) termasuklah balasan syurga. Firman Allah (surah Ali Imran:195) yang bermaksud: “Maka Tuhan mereka (Allah SWT) memperkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amal orang-orang yang beramal daripada kalangan kamu, sama ada lelaki ataupun wanita (kerana) setengah daripada kamu (adalah keturunan) daripada setengahnya yang lain”

Di sini jelas, ayat al-Quran tersebut menjamin bahawa setiap amalan yang dikerjakan tidak akan hilang begitu sahaja di sisi Allah SWT, sama ada pembuatnya itu adalah seorang laki-laki ataupun wanita. Kedua-dua mereka adalah sama, berasal daripada tanah yang sama, juga berlatarbelakang yang sama.

Lagi

Wanita bukan penghasut

Firman Allah SWT (al-Ahzab:35) yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang lelaki muslim serta orang-orang perempuan muslimah, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang berzikir kepada Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang berzikir kepada Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya (orang-orang lelaki dan orang-orang perempuan tersebut) keampunan dan pahala yang besar.

Firman Allah berkenaan telah menjadi dalil yang menunjukkan persamaan antara lelaki dan wanita daripada segi tanggugjawab, beramal dengan agama dan tuntutan beribadah secara keseluruhannya.

Lagi

1. Wanita seorang manusia

Kedatangan Islam telah membawa era perubahan kepada kaum wanita. Pun begitu, masih ada dalam kalangan manusia yang mengingkari kemanusiaan wanita. Satu pihak yang lain pula mengutuk dan mencela wanita. Kalaupun ada yang menerima kemanusian wanita, tetapi golongan ini menganggap wanita dijadikan untuk berkhidmat kepada kaum lelaki semata-mata.

Ajaran Islam, memang signifikan dan telah menjadi kelebihan kerana agama ini menganjur sikap menghormati wanita, mengiktiraf kemanusiaan mereka seta mengakui hak mereka daripada segi kewajipan, tanggungjawab bahkan hak menerima pembalasan daripada Allah SWT, sama ada balasan baik yang berupa syurga yang dipenuhi nikmat, ataupun balasan buruk berupa neraka yang dipenuhi azab berdasarkan amalan mereka di dunia.

Lagi

Pengenalan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW, juga buat ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta siapa sahaja yang mengikuti ajaran dan petunjuk yang dibawa.

Banyak kita dengar orang mengatakan : Wanita adalah sebahagian daripada masyarakat, oleh yang demikian masyarakat tidak seharusnya membiarkan bahagiannya itu dan tidak boleh merosakkan serta menzaliminya.

Lagi