J. Kasih

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rakan sekolah rendah

Iaitu mereka yang satu batch dengan ana menjejakkan kaki ke sekolah rendah di SK Gunung, Bachok pada tahun 1982. Atau mereka yang sempat berada dalam satu kelas dengan ana (darjah 1-6) bermula tahun 1982-1987. Nama-nama mereka yang masih kekal dalam kotak pemikiran ana tetapi sudah agak terlalu lama tidak berjumpa, seperti seorang rakan yang kami panggil ‘abang’. Dia ni anak cikgu, tak lah berapa rapat sangat tetapi ikatan persahabatannya masih terasa. Kalau tak silap namanya Azrul Aktar bin Abd Aziz.

Yang lain-lain tu, ana masih ingat shahiran dan mustaza. Bakinya ana sudah tidak ingat nama atau mereka memang masih berhubungan sehingga kini seperti YB marzuk, ust sukri, zaini, suhaimi dan yin.

Sekiranya ada yang mengenali mereka, minta agar disampaikan mesej ini.

Rakan sekolah menengah
Iaitu mereka yang pernah sekelas dengan ana dari tingkatan peralihan hingga tingkatan 5 (tahun 1988-1993). Ramai yang masih berhubungan dengan ana, dan ada juga yang sudah terputus hubungan seperti ahmad nazri, sabri, redhuan, suhaimi mat zin dan kazaidiraj. Yang lain-lain ana tak sebut nama tu maklumlah kita sudah dalam “incontact” samada melalui radar FB, WhatApps dll. Tahniah!

Rakan sekerja
Mereka yang pernah bertugas satu bumbung dengan ana sama ada di SM Teknik Matang (2001-2006) atau IPGM kampus Rajang (2006-2008) yang sudah lama tidak berhubungan atau tidak berjumpa. Kita rapatkan semula ukhuwwah.

Rakan pena
Ada sorang insan ana sudah lupa namanya. Berasal dari Merlimau Melaka. Dahulu dia mengikut jemaah tabligh yang datang ke masjid kampung ana di Kuala Melawi. Masa tu ana dalam tingkatan 2. Kami selalu berutus surat sehinggalah ana melanjutkan pelajaran ke Jordan. Sehingga kini, ana ternanti-nantikan berita daripada insan pertama yang menjadi sahabat pena ana ini.

InsyaAllah, semoga kita semua dipertemukan semula.. kepada anda, sudi-sudikanlah membantu (email ibnrajab[at]yahoo.com. Wassalam.

Advertisements

13 Komen (+add yours?)

  1. Rahim
    Dis 22, 2009 @ 22:24:23

    Assalamualaikum warahmatullah.

    Nak cari dasuki buka facebook cari dia dgn email ahmaddasuki@ymail.com

    IR: w’salam. ok Him, akhirnya ana jumpa cari anta. alhamdulillah

    Balas

  2. ahmad dasuki
    Dis 24, 2009 @ 10:47:47

    assalamuailaikum…ni dasuki, apa khabar? lama x dengar berita..sihat ko?

    IR: w’salam Ki.. member lama.. kalu dema wi no kawe call dah.. sms lah ke no kawe 019-GDW+PGW.. alhamdulillah sihat seadanya nih.. demo stara mana? ada blog buh la dlm ni.. 🙂

    Balas

  3. atie
    Feb 17, 2010 @ 17:29:24

    baguh web us ni, terjumpa sbb cari jadual gaji. byk info

    IR: ana pun pelik, ramai sungguh peminat jadual gaji 🙂

    Balas

  4. Fazlini
    Mei 09, 2010 @ 00:40:54

    Assalamu’laikum..nti ana try tny zauji..mgkin ye ada knl shbt2 ustaz..ustaz leh jg rujuk facebook sek arab yaakubiah.ada ana tgk gmbr ustaz msa mudo2:)

    IR: w’salam. ana xde FB

    Balas

  5. hambaAllah
    Mei 12, 2010 @ 16:11:14

    Assalamualaikum ustz..
    Alhamdulillah ada web lagu ni no..bleh mcm2..bg sy ia lebih bermakna dr FB..

    IR: w’salam. alhamdulillah. skdar perkongsian. mmg ana xde FB pn..

    Balas

  6. Md. Ali Ismail
    Jun 21, 2010 @ 15:50:06

    Assalamualaikum ustz.. bila tengok blog ustaz ni teringat masa kita sama-sama di SMT (Matang).. masa tu isteri saya Julia mengajar sama-sama dengan Ust. dan saya bekerja sebagai pegawai bomba di HQ Bomba Bt. Lintang, Kuching..tapi kini saya dan keluarga dah tinggal di Puchong, Selangor. saya bekerja di HQ Bomba Putrajaya manakala cikgu Julia pula mengajar di SMK Kinrara 4, Kinrara, Selangor. Kalau ada kesempatan ke KL calling lah kita di sini … 019 6222234

    IR: wa’alaikumussalam wbt. Allahu akbar. inilah antara tujuan saya mwujudkan blog ni. dpt berhubungan dgn insan2 yg memberi kesan kpd pembangunan diri ini. Antaranya rakan2 seperjuangan seperantauan spt en Ali dan keluarga cg julia. Kenangan hari semalam kembali segar diingatan. Pernah saya mengnjungi rmh cg di jalan matang itu. alhamdulillah. dan banyak kenangan2 termasuk membawa pelajar ke balai bomba batu lintang utk sesi latihan fizikal. termasuk kenangan2 en Ali datang menjemput pn julia yg br habis sesi kaunselingnya bersama pelajar2 hard-core (program bina insan). terima kasih atas jalinan semula ukhuwwah ini. sampaikan salam saya sekeluarga utk cg julia. kalau ingin berkenalan dgn keluarga saya, ada saya titipkan sedikit sebnyk cerita merka dlm blog ini. mmg inilah antara tujuannya. silaturrhim. insyaAllah, sy akan hubungi en (dulu panggil abang) Ali nanti. semoga Allah permudahkan pertemuan insyaAllah..

    Balas

  7. nuraliza
    Jul 20, 2010 @ 10:16:51

    Salam…

    Ustaz, saya ingin bertanya…

    Bolehkah saya dapatkan nasihat hal-hal rumahtangga di ruangan blog ustaz ni??

    W’salam.

    IR: w’salam. insyaAllah, blh. asalkan tdk menyentuh mana-mana individu/pihak secara langsung. laras bahasa hendaklah disesuaikan utk tatapan umum. wallahu aklam

    Balas

  8. nuraliza
    Jul 22, 2010 @ 17:09:03

    Salam..

    Ustaz,
    Saya dah berkahwin baru je setahun lebih..tp setelah berkahwin mcm2 perkara yang menduga saya..antaranya :-

    1) Adik beradik malah saudara mara atau pun org tua (rakan2 mak saya) pun mengamanahkan saya untuk menjaga orang tua saya…memandangkan mak saya adalah ibu tunggal(kematian suami). saya mempunyai 6 adik bradik, 3 orang sudah keluar dari rumah dn bekerja diluar dari negeri yg kami tinggal dan sekarang tinggal saya dan 2orang adik..wlaubagaimana pun saya lah yg menjadi tumpuan mak untuk kemana2 sblm saya kawin.
    Tp…setelah kawin..tangunggjawab saya lebih kepada suami..kadang2 mak selalu bekecil hati kerana saya mengabaikan tanggungjawab sya sbg seorang anak..malah mak pernah beritahu bahawa suami saya mengabaikan tanggungjawab dia sbg anak menantu. Itu mmg saya xmenafikanye..suami saya kurang mengambil berat tentang keperluan rumah mak saya.
    Sebenarnya ustaz, sebaik shj. saya pulang dari kerja pada hari jumaat saya sudah berkemas untuk pulang ke rumah mak mertua..sehinggalah hari ahad mlm baru saya pulang semula ke rumah mak saya. kadang2 saya tidak berkesempatan untuk kemas rumah(menolong mak saya),basuh baju dan malah bilik saya sendiri..tidak terurus.
    saya pernah menjelaskan perkara ini kepada suami supaya beri saya peluang untuk menyelesaikan segala urusan rumahtangga..tp suami tidak memahami..malah suami saya menyuruh saya berkemas lebih awal sewaktu balik kerja..
    saya tahu uztaz tanggungjwb saya sbg isteri..tp saya perlukan masa rehat dan masa untuk diri saya sendiri..dan menguruskan keperluan mak saya..
    Ustaz,saya cube sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan suami saya…tp kadang2 suami susah untuk membantu saya dalam menjalani urusan runahtangga..
    Ape yang perlu saya lakukan ustaz…??

    IR: w’salam. berbincang baik2, spt dlm alam cinta dulu bahkan lbh lg. dulu blh, kini lg blh sptutnya. wallahu aklam

    Balas

  9. suhaimi
    Sep 02, 2010 @ 02:19:55

    salam sheikh….
    syukur dengan apa hok Allah berikan.tahniah atas kejayaan hasil usaha ust,minta maaf sebab tak beri maklum balas smpai putus gu.terima kasih atas segala tunjuk ajar ust yi sejak zaman kita sek lagi.demo mmg baik ngan gu,dulu dan kini. ada jugak ambo tanya ust sukri ttg ust yi.ni pun dia wi maklumat blog ust. insyallah ada temuan kita jumpa. kawe dah 3 org cahayamata. duk lawas 11 tahun doh. jumppa lagi.

    IR: wa’alaikumussalam akh.. alhamdulillah, dpt membaca tulise pn t’rasa sgt keakraban ukhuwwah. insyaAllah raya ni ada kelapangan kita jumpa di tok bali. ana pn 3 cahayamata ni, duk swak masuk thn 10 dah. nk mitak balik x lulus2. trima kasih atas kunjungan, wassalam

    Balas

  10. zira
    Jan 07, 2011 @ 16:23:33

    seorang suami berkata kepada isteri saya akan tinggalkan awak bila anak dah besar, tetapi dia tidak berniat bercerai atau berpisah… hanya saja2 cakap kepada isterinya… adakah lafaz ini sah? minta ustaz beri jawapan ini ke email saya… terima kasih… saya amat memerlukan jawapan bagi masalah ini

    Balas

  11. amir
    Mac 10, 2011 @ 18:25:04

    Assalamualaikum ustaz,
    Rasa nak menulis skit, maklumlah dah lama tak pegang pena. Pengalaman saya dgn ustaz mmg tak lama di SMTM. Mungkin banyak yg berlaku tp sy mungkin tak perasan sbb dlm kepala sy mmg 200% nak blk semenanjung je masa tu. Hidup pun ambil syarat je bersama dua rakan lain (Zaidi dan Mazlan) di rumah warden. Sibuk nak blk takde sbb lain sbb mak yg sudah tua di kg. Alhamdulillah, setahun sblm arwah meninggal sempat juga sy bertugas selama setahun di kg halaman sendiri. Jd sempat lah buat apa yg patut, tgjwb sbg seorang anak.
    Pengalaman pertama bila ustaz dtg dan tinggal bersama kami di rumah warden. Warden di SMTM mmg berwibawa dan tegas. Saya masih ingat, ada seorg pelajar yg tak ke surau dan berkirim salam kpd ustaz, selepas mendapat laporan, warden telah menghukum pelajar tersebut. Hukuman itu sgt mengejutkan ustaz. Masa sy jadi s/u disiplin pun, saya kesian utk merotan pelajar, masa tu sy mengajar bdk baik aliran teknik. Slps mengajar pelajar vokasional sy menyesal krn tidak merotan pelajar masa jd s/u dulu, krn mmg pelajar nakal patut dirotan. SMTM pd sy adalah sebuah sekolah terbaik slps 4 sekolah sy bertugas. Krn rotan guru nya masalah disiplin dapat dikawal. Tp di sek ke empat sy, ada pelajar yg bertumbuk dgn cg. Rindu sy nak tgk tamparan Cg Mazlan, sepakan Cg Rakawi dan rotan Cg Hanif. Kdg2 masalah pelajar adalah raja disekolah membuatkan hilang mood nak jd cg.
    Kenangan lain bersama ustaz ialah waktu ustaz demam, sempat juga bermlm di rumah sy dan Mazlan. Itulah peluang kita berborak panjang. Lps tu tiada lg. Rugi juga rasanya tak dpt bersama ustaz yg byk ilmu ttg agama. Insya-Allah, suatu hari nanti didoakan kita akan bersua semula. Harap2 anak2 kita pun akan dapat bersahabat.

    -Amir_

    IR: w’salam cg Amir.. apa yg cg tulis ini adalah antara memori terindah saya di bumi kenyalang.. alhamdulillah atas nikmat persahabatan.. dan sokongan

    Balas

  12. Mohammad rizal
    Dis 30, 2011 @ 23:28:56

    Assalamualaikum ustaz, saya nk tanya satu soalan.. Saya menanya isteri saya satu soalan bergini melalui sms…” sekarang kau nk cerai ke pe?adakah itu sudah dikira kan sah?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: