Akademik

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat

Dunia akademik (ilmiyah) adalah sebuah alam tanpa sempadan. Ianya terlalu luas lagi dalam. Punca segala ilmu manusia di dunia ini adalah Ilmu Allah SWT. Hanya sedikit sahaja ilmu yang diperolehi dan dimiliki oleh manusia, iaitu sekadar yang dizinkan olehNya. Oleh kerana itu, manusia sememangnya tidak harus berbangga dengan apa sahaja tingkatan, tahap ilmu dan akademik mereka. Bahkan, al-Quran menegaskan, semakin tinggi ilmu seseorang itu, hendaknya semakin kenallah ia kepada Penciptanya. Semakin takut, taat dan patuhlah ia kepadaNya (Fathir:28)

Pepatah mengatakan “Dengan menulis, seseorang itu akan kekal hidup walaupun jasadnya telah menemui kematian”. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan tulisan. Darjat kesarjanaan (akademik) seseorang itu pula dikenali bahkan diiktiraf di dunia ini dengan bakat penulisannya. Oleh kerana itu, untuk memperolehi segulung ijazah sarjana muda, pelajar perlu menulis Latihan Ilmiyah, untuk ijazah sarjana pula pelajar menulis Disertasi manakala penulisan Tesis diperlukan untuk memperakukan ijazah kedoktoran (PhD).

Walaubagaimanapun, menulis hanyalah salah satu cara menyampaikan ilmu yang diperolehi seseorang. Cuma, kerana ia kekal dan boleh dijadikan rujukan tegar, maka penulisan itu mendapat pengiktirafannya yang tersendiri. Namun, seseorang penulis, tidak seharusnya merasakan kesempurnaan ilmunya hanya kerana ia bisa menulis. Atau hanya kerana banyaknya tulisan yang telah dihasilkannya.

Justeru, demi menyahut cabaran “dengan menulis seseorang itu akan terus hidup selepas kematiannya” maka dalam ruangan “Akademik” blog IbnRajab Online ini, ingin dikongsikan tulisan-tulisan yang pernah ana hasilkan. Tidak lain matlamatnya sekadar perkongsian dan memohon doa sekiranya tulisan-tulisan berkenaan ada memberi impak dan manfaat kepada para pembacanya.

PENULISAN AKADEMIK
(Untuk mencapainya, silalah anda menghubungi ana secara langsung)

1. Latihan Ilmiyah (Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al al-Bayt, Jordan)
Tajuk: Al-Shahid al-Qurani fi Kitab Sharh Ibn Aqil (dalam bahasa Arab)

2. Disertasi (Ijazah Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia)
Tajuk: Penggunaan Shahid al-Quran Dalam Kitab Sharh Ibn Aqil dan Sharh Qatr al-Nada wa Bal al-Sada Bab al-Marfuat: Satu Kajian Bandingan (Download abstrak)

ARTIKEL JURNAL *klik pada link untuk membaca
1. Jurnal MAPERA edisi 17/2006 terbitan IPG Kampus Rajang, Sarawak.
Tajuk: Akhlak Orang Berilmu.

2. Jurnal MAPERA edisi 19/2009 terbitan IPG Kampus Rajang, Sarawak.
Tajuk: Tahap Penguasaan Huruf Tunggal Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF.

3. Jurnal MAPERA edisi 22/2010 terbitan IPG Kampus Rajang, Sarawak.
Tajuk: Kebitaraan Ibn Aqil Dalam Matra Tatabahasa Arab Zaman Kerajaan Mamluk.

4. Jurnal GEMA Online issue 2/2011 terbitan UKM.
Tajuk: Penggunaan Shahid al-Quran Dalam Kitab Sharh Ibn Aqil dan Sharh Qatr al-Nada wa Bal al-Sada Bab al-Marfuat: Satu Kajian Bandingan.

5. Jurnal Al-Mizan (Akademik) terbitan IPG Kampus Sultan Mizan 2011.
Tajuk: Ibn Hisham Gemilang Dalam Tatabahasa Arab Zaman Kerajaan Mamluk.

6. Jurnal Muallim (Penyelidikan) terbitan IPG Kampus Sultan Mizan 2011.
Tajuk: Aplikasi Shahid Al-Quran Membitarakan Ibn Hisham.

7. Jurnal Al-Mizan (Akademik) terbitan IPG Kampus Sultan Mizan 2012.
Tajuk: Pendekatan Tauhid Dalam Ekonomi.

PROSIDING (Pembentangan Kertas Kerja)
1. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012, Royale Bintang Negeri Sembilan.
Tajuk: Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Berbantukan Gaya Shahid Al-Quran (GSQ)

2. Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG Zon Timur 2013, Tajong Vista Kuala Terengganu
Tajuk: Motivasi Agama Mempengaruhi Pencapaian Pelajar PISMP PAI(2) di IPG Kampus Sultan Mizan

TULISAN DI ALAM MAYA
1. IbnRajab Online

2. Majalah al-Manahil
(Majalah ini telah diusahakan oleh rakan-rakan semasa kami menuntut di Jordan (1994-1998). Ana telah dijemput menulis dalam beberapa siri dalam majalah berkenaan – ruangan Pimpinan al-Baary. Sila ikuti link di bawah ini untuk mencapai artikel-artikel berkenaan)

Siri 1 : Surah al-Asr
Siri 2 : Al-Deen itu nasihat
Siri 3 : Ulama dan kepentingan ilmu dan masa
Siri 4 : Sambungan siri 3
Siri 5 : Tujuan yang betul
Soal jawab : Menangani anak yang degil

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. saudara keliru..
    Dis 14, 2011 @ 20:23:15

    assalmualaikum, adakah sekolah mahaad tahfiz sains bachok mempunyai program pada cuti sekolah pada hujung tahun?

    IR: Allah aklam. kena hubungi pihak sekolah..

    Balas

  2. Trackback: Prosiding Zakat Download | Terbaru 2015

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: